Monday, May 19, 2008

Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Soleh(6)

Insya ALLAH lets cntinue.

Sifat-sifat yang buruk bagi suami tetapi baik bagi isteri

Ali R.A berkata:
' Sejelek-jelek sifat bagi kaum lelaki itu adalah sebaik-baiknya sifat bagi kaum perempuan iaitu kikir dan bersikap keras dan takut. Kerana sesungguhnya perempuan itu jika kikir, maka ia memelihara harta suaminya dan jika bersikap keras, maka ia menjaga diri dari berbicara kepada setiap orang dengan perkataan yang halus (mesra) yang menimbulkan sangkaan yang jelek, dan jika penakut, maka ia takut dari segala sesuatu. Oleh kerana itu ia tidak berani keluar dari rumahnya dan ia menjauhi tempat-tempat yang menimbulkan kecurigaan yang jelek kerana takut kepada suaminya.

'Kebebasan isteri terikat kepada keizinan suami

Dianjurkan bagi seorang isteri agar mengetahui (kedudukan dirinya) bahawa dirinya itu diumpamakan sebagai budak perempuan yang dimiliki suaminya dan diumpamakan sebagai tawanan yang lemah. Oleh kerana itu dia tidak boleh menjalan sedikitpun dari harta suaminya, bahkan segolongan dari ulama' berpendapat: sesungguhnya seorang isteri itu tidak boleh menjalankan hartanya (sendiri) juga, kecuali dengan seizin suaminya kerana ia diumpamakan sebagai orang yang terikat

16 kewajipan isteri kepada suaminya

Wajib bagi seorang isteri:
1. senantiasa malu terhadap suaminya.
2. menutup penglihatannya di hadapan suaminya.
3. mentaati perintah suaminya.
4. diam ketika suaminya sedang berbicara.
5. berdiri ketika suaminya datang dan ketika keluar.
6. menyodorkan dirinya kepada suaminya (ketika hendak tidur).
7. memakai wangi-wangian.
8. memelihara mulutnya dengan minyak misik dan wangi wangian.
9. senantiasa berhias di hadapan suaminya.
10. tidak berhias ketika suami tidak ada.
11. tidak berkhianat kepada suaminya ketika tidak ada di dalam tempat tidurnya dan di dalam hartanya.
12. menghormati keluarga suami dan para kerabatnya.
13. merasa puas jika diberi sedikit oleh suaminya.
14. tidak mencegah dirinya (jika diajak sanggama oleh suami), biarpun berada di punggung unta.
15. tidak boleh menjalankan puasa sunat kecuali dengan seizin suaminya.
16. tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan seizin suaminya. Kalau seorang isteri berbuat (keluar dari rumah tanpa seizin suaminya), maka ia dilaknati oleh malaikat hingga ia bertaubat atau kembali biarpun suami sengaja menganiaya di dalam melarang isterinya keluar.

Insya ALLAH akn bsambung.

No comments: