Thursday, August 28, 2008

~dugaanMu~

bismillahirrahmanirrahim...

segala puji bagi ALLAH swt dan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw dan sahabat2 baginda.. alhamdulillah.. syukurku ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya aku sekeluarga serta sahabat handai masih lagi sihat untuk menempuh hidup ini pada hari ini...

da lama sangat aku xmasuk dalam bl0g aku neh... sekadar singgah unt melihat jikalau ada pesan dari teman2... selebihnya, ehm... memang xde m0od sangat.... ntah l0rr... ya ALLAH berikanlah hamba kekuatan ya ALLAH.. ameen... rindu rasanya nak p0st something dalam neh.. hehe.. da lame xmeng0mel .. da lame xp0st sesuatu yang bmanfaat.. alahai.. nak jadik apalah ngan aku nes... harap ada bl0g, tp malas nak update.. ades~

ehm.. marhaban ya ramadhan... menjelang bulan ramadhan yang bakal menjelma dalam masa 4 hari lagik... ades~ betul ke ayat aku nes...? hehehe.. da lame xmengarang.. camneh laa jadiknya... rindu rasanya nak puasa balik... m0ga bulan ramadhan yang bakal menjelang nanti akan memberikan seribu rahmat kepada aku sekeluarga... insyaALLAH... m0ga amalan aku bertambah untuk ramadhan kali ini... insyaALLAH.. ameen...

tp, nanti awal bulan ramadhan ini... aku akan menjalani pmbedahan kecil ke atas hidung aku neh... xtually, mata aku yang bermasalah... da 2 tahun da aku menanggung masalah ini... aku ingatkan masalah kecik je.. tp, makin lama makin teruk pulak.. mata aku neh asyik berair je... sampaikan nak wat aktiviti harian pun terbatas l0rr.. apatah lagi skang neh asyik mengadap pc je... makin teruk pulak mata aku neh berair.. mata belah kanan je yang teruk, mata belah kiri alhamdulillah.. baik ag... dari bulan 3 arituh ag aku d0k berulang-alik dari h0spital...

2,3 ujian telah dbuat ke atas mata aku... d0c nak memastikan mata aku neh bet0l2 ada masalah atau x... setelah ujian2 tersebut d buat, d0c telah mberitahu aku yang mata aku neh bet0l2 ada masalah...d0c telah mngesahkan yang saluran yang keluar air mata belah kanan aku telah tersumbat... ya ALLAH.. memang pada mulanya terkejut jugak aku.. tp, ini dah dugaan terhadap aku... redh0 je laa... kalau nak d bandingkan, ramai ag 0rang lain yang mengalami masalah yang lebih teruk ag dari aku... masalah yang d hadapi 0leh aku skang neh... hanya sedikit saja...

ehm.. d0c akan memasukkan tiub/something dalam hidung aku... aku pun xtahu gak nak terangkan camne... ades~ aku akan daftar masuk wad 8hb 9 neh.. kees0kannya ( 9 hb ).. barulah d0c akan menjalankan 0perate kecil tuh ke atas aku... sebenarnya.. aku dalam serba salah gak neh.. sebab semalam, d0c ada telef0n aku.. dia nak pastikan bet0l ke aku nak 0perate dalam bulan puasa neh... serba salah aku d buatnya.. aku ambil keputusan nak bincang ngan family aku dulu.. baru laa, bgtahu d0c... d0c bg temp0h sampai hari isnin ( 1hb 9 ) neh... pada mulanya, parentz aku nak aku jalani 0perate tuh nanti bulan n0vember neh... aku setuju je pada mulanya.. tp, apabila memikirkan yang mata aku neh dah teruk sangat dan aku rase da xtahan da nak tanggung sakit neh... selepas bincang ngan kakak aku semalam, aku pun buat keputusan yang aku akan jalani 0perate pada bulan ramadhan ne jugak... dan aku telah bgtahu ma aku pada pagi tadi... alhamdulillah.. mujurlah ma paham ngan situasi aku neh... tp, ayah aku xbgtahu ag neh... macam mana ya...???? ades~ buntu2.... aku harap ayah akan terima je keputusan aku neh... harap2nya lah.. ameen...

sabar dan redh0 dalam mghadapi hidup ini walaupun aku rase aku xkuat nak harungi hidup ini... subhanallah.. kenapa dengan aku neh..??? aku xpatut fikir macam neh..

"Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah 'Azza wa Jalla apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha maka ia akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu maka ia akan mendapat kemurkaan dari Allah."

Anas r.a"


aku sebenarnya tengah bimbang jugak sal intake upu dis ne punya... bila iklan nak kuar neh... aku takut, aku terlepas je... harapnya tidak... kalau aku memang da xde rezki nak sambung blaja dalam masa terdekat neh... maybe aku repeat balik next year... yup..!! semestinya....! harap aku tabah dalam mghadapi dugaan ini... memang ada terdetik dalam hati ini... sekelumit perasaan iri hati kat teman2 yang tengah blaja kat u atau kat institusi pengajian tinggi yang lain skang neh... sabar dan redh0 je lah skang neh...

"Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."

Abdullah bin Mas'ud r.a"

"Dari Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi r.a bahawa keduanya telah masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: "Bagaimana keadaanmu pagi ini?" Ia menjawab: "Aku berada dalam keadaan baik." Syaddad berkata kepadanya: "Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang menghapuskan dosa-dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Apabila aku menguji seseorang dari hamba-hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya ia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa ia dilahirkan oleh ibunya - bersih dari segala kesalahan", dan Tuhan Tabaraka wa Taala berfirman kepada Malaikat penulis amal itu: "Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) semasa ia berkeadaan sihat".

Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi r.a"


"Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnnya bagi setiap
umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.”

Riwayat at-Tirmidzi"


"Dari Abu Hurairah r.a katanya: “Bahawasanya nabi s.a.w sering berdoa minta perlindungan kepada Allah Taala dari suratan takdir yang buruk, dari mendapat celaka, dari kegembiraan musuh (kerana penderitaan baginda) dan dari tekanan ujian.”

(Muslim) "


aku hendaklah menjadikan hadis2 d atas sebagai panduan dan rujukan aku d kala aku d timpa ujian dan dugaan dalam mgharungi hidup d dunia yang serba mencabar ini...


aku harap, pmbedahan tersebut akan berjaya... insyaALLAH.. ameen...

da panjang sangat aku mng0mel kat ats tuh,... huk3... rindu punya pasal... insyaALLAH.. lepas neh aku akan kerap singgah dalam neh.. update apa yang patut.. insyaALLAH....yang baik itu datang dari ALLAH swt ,yang buruk itu datang dari kelemahan diri aku sendiri...

wassalam...
ilalliqa'

Wednesday, August 13, 2008

Hukum Ramalan Bintang

Jun 24, 2007 — mohd masri

Soal :
Assalamu ‘alaikum. Saya tahu bahawa membaca ramalan bintang adalah haram dan termasuk usaha menyingkap keghaiban yang dilarang oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hanya Allah yang dapat mengetahui masa depan kita. Dengan alasan itulah saya meninggalkan kebiasaan membaca ramalan bintang. Namun sebenarnya mentakwil mimpi itu sendiri boleh atau tidak? Saya pernah bermimpi bahawa saya sudah selesai menghafal Al-Qur’an. Saya juga pernah bermimpi bahawa salah seorang bibi saya dari pihak ibu yang biasa makan kepiting laut dengan gulai kari, tiba-tiba memeluk saya? Dalam internet terdapat satu website tentang tafsir mimpi. Saya sendiri membaca di situ tafsir dari sambaran adalah bahawa saya akan menghadapi situasi yang sulit bagi diri saya. Sementara erti pelukan yang saya dapatkan dalam mimpi kedua saya itu sendiri adalah bahwa saya akan kehilangan orang yang meminang saya. Apakah semua tafsir itu benar? Bolehkan saya bersandar pada penafsiran seperti itu? Semoga Allah memberikan kepada Syaikh kebaikan yang banyak.

Jawab :
Yang disebut sebagai ilmu Astrologi (ramalan bintang), ramalan nasib dan rezeki termasuk amalan jahiliyyah yang telah dibatalkan oleh Islam, dengan penjelasan bahwa itu termasuk perbuatan syirik, karena mengandung ketergantungan kepada selain Allah dan keyakinan adanya manfaat dan mudharrat dari selain Allah, serta kepercayaan terhadap para peramal dan tukang nujum yang mengaku mengetahui ilmu ghaib secara dusta dan membual belaka. Tujuannya adalah untuk mengeruk wang orang ramai dan merubah keyakinan mereka.
Dalilnya adalah riwayat Abu Dawud dalam Sunan-nya dengan sanad yang shahih dari Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barangsiapa yang mempelajari ilmu dari bintang-bintang, bererti telah mempelajari salah satu cabang dari ilmu sihir. Semakin bertambah ilmunya, semakin dalam ia mempelajari sihir tersebut.”

Demikian juga riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang bagus dari Imran bin Hushain, dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa beliau bersabda:

“Bukan termasuk golongan kita orang yang meramal atau minta diramalkan, orang yang berdukun atau minta didukunkan, orang yang menggunakan sihir (santet) atau mengambil faidah dari ilmu santet.”

Maka siapa saja yang mengaku mengetahui perihal ghaib bisa termasuk tukang nujum, atau yang sejenis itu. Ini Kerana Allah telah merahasiakan ilmu ghaib. Sebagaimana firman Allah:

“Katakanlah, tidak ada yang mengetahui keghaiban di langit dan di bumi melainkan Allah..”

Nasihat saya kepada siapa saja yang memiliki ketergantungan dengan hal-hal semacam itu agar bertaubat kepada Allah dan memohon ampunan kepada-Nya. Hendaknya mereka hanya bersandar dan bertawakkal kepada Allah semata dalam segala urusan, dengan tetap berikhtiyar secara benar menurut aturan syariat yang dibolehkan . Hendaknya mereka meninggalkan berbagai urusan jahiliyyah ini, dan menjauhkan diri darinya serta menjaga diri dari para pelakunya, jangan sampai membenarkan ucapan mereka demi ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, dan demi menjaga akidah dan agama mereka.

Kami menukilnya dari Majmu’ Al-Fatawa dari Syaikh Abdul Aziz II : 123 dengan sedikit perubahan redaksi

sumber:

Wednesday, August 6, 2008

Pemergian....Kematian Itu Pasti!

Kematian.Perkataan yang paling tidak disukai apabila terasa diri tidak bersedia menghadapinya.Begitulah lumrah kehidupan,yang muda akan tua,yang tua akan pergi,yang muda jua tidak ketinggalan dalam mengikut jejak walaupun tika umur masih merah.Kematian sangat-sangat memberi impak kepada manusia,terutama bagi mereka yang berada dalam lingkungan kekeluargaan kepada si mati.Isteri,anak-anak,ibu,ayah,adik beradik sepupu ,jiran ,rakan ,teman mahupun lawan.Semuanya mendapat kesan dari peninggalan si mati.

Perasaan sedih tatkala kehilangan orang yang disayangi sangat-sangat memberi impak pada keluarga terdekat pada si mati.Akibat kematian,diri rasa sedih,hilang selera makan sehinggakan terlupa bahawa hampir sehari suntuk tidak menjamah makanan dek kesedihan yang membungkam.Di sinilah salah satu kewajipan sebagai rakan atau jiran untuk menceriakan keluarga tersebut.tetapi bagaimana??..



Ketika peperangan Mu’tah,sepupu nabi,Jaafar bin abi Talib telah gugur di medan peperangan,berita gugurnya syuhada’ ini tidak membuatkan Nabi membungkam kesedihan bahkan terus dibelai dan dihiburkan anak-anak Jaafar untuk mengelakkan kesedihan kehilangan ayah mereka,dalam masa yang sama disuruh isterinya/khadam/sahabat-sahabat agar memasakkan makanan dan diberikan kepada keluarga jaafar bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung akibat dari kehilangan insan yang paling berharga dalam hidup mereka.

Kisah ini banyak memberi contoh kepada kita,apakah yang sepatutnya kita lakukan,pabila sahabat,atau jiran kita kehilangan ahli keluarga mereka.Menggembirakan anak-anak si mati akan menyebabkan jiwa kecil mereka tidak dibelenggu kesedihan yang tidak sepatutnya mereka tanggung.Bagi si ibu,jika melihat anak-anak nya dibelai oleh kenalan-kenalan,kawan-kawan rapat si mati mahupun jiran mereka,ini akan mengurangkan rasa beban si ibu yang sarat memikirkan kepada siapakah anak-anakku akan menumpang kasih seorang bapa??..siapakah yang boleh kuharapkan untuk melihat anak-anakku yang masih kecil ini??..Apakah anak-anakku boleh membesar tanpa seorang lelaki yang bernama ayah di sisi mereka??…Begitulah saratnya hati seorang ibu memikirkan masa depan anak-anaknya..Jadi,dengan menggembirakan anak-anak si mati,sekurang-kurangnya ia akan mengurangkan rasa beban dan sesak yang ditanggung,untuk anak-anaknya.

Keduanya,memberi atau memasakkan makanan kepada keluarga si mati.Akibat kesedihan yang membungkam hati-hati keluarga si mati,menyebabkan mereka kurang mengambil peduli sedikit tentang makan minum mereka dek kesedihan yang menimpa.Di sinilah perlunya kita menghulurkan sedikit juadah memberi kepada keluarga si mati,untuk mengurangkan rasa sibuk mereka menguruskan urusan si mati,menggembirakan hati-hati keluarga si mati, bahawa masih lagi ada yang mengambil berat tentang mereka.Juga memberi satu tanda yang kitalah tempat berteduh atau sekurang-kurangnya tempat luahan mereka jika sesuatu yang susah mereka hadapi selepas dari siapnya jenazah dikuburkan.

Begitulah serba sedikit berkenaan dengan kematian,yang bagi kita jiwa orang muda,yang kurang memikirkan soal kematian.Sedangkan Nabi menceritakan,secerdik-cerdik manusia adalah mereka yang banyak mengingati mati.Dengan ingat pada kematian,kita akan mencongak sejauh mana amalan kita,jika terasa ianya masih kurang,maka akan ditambahkan lagi amalan tersebut agar ianya seiring dengan datangnya ajal yang tidak pernah kenal usia.Moga-moga dengan coretan ringkas ini,akan membantu kita dalam menangani soal kematian yang tidak pernah lekang dari telinga.

Yang terakhirnya,mari kita sedekahkan bacaan Al-fatihah kepada ayah,ibu ,datuk nenek dan sesiapa yang telah pergi meninggalkan kita untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai di muka bumi ini selaku khalifah Allah..Al-fatihah.



oleh:Umar Al-Fateh*