Monday, June 30, 2008

ciri-ciri wanita s0lehah




bismillahirrahmanirrahim...

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

Thursday, June 26, 2008

TANDA-TANDA KIAMAT






Hudzaifah bin As-yad al-Ghifaryberkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi MuhammadS.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"


Lalu kami menjawab, "Kami sedangmembincangkan tentang hari Kiamat."


Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnyakiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

Asap
Dajjal
Binatang melata di bumi
Terbitnya matahari sebelah barat
Turunnya Nabi Isa A.S
Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
Gerhana di timur
Gerhana di barat
Gerhana di jazirah Arab
Keluarnya api dari kota Yamanmenghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahayabesar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai harikiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa.Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara keduamatanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.


Asap akan memenuhi timur danbarat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkenaasap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafirpula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telingadan dubur mereka.


Binatang melata yang dikenalisebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, iaakan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akanmembawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.


Apabila binatang ini memukulkantongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orangitu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahiorang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.


Turunnya Nabi Isa. A.S di negeriSyam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.Sakan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.


Yakjuj dan Makjuj pula akankeluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satulagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendunganyang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini,bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiahdiminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.


Rasulullah S.A.W telah bersabda," Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualandi pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan.Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina,orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang dimasjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"


Berkata Ali bin Abi Talib,Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja,agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, merekamendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut AsmaAllah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, darimereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga.Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."


Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan sepertipinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya,menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suaralantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

Tuesday, June 24, 2008

Rahmat Ujian... Mestica

lagu nasyid ne macam kena je dengan diri aku....

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Thursday, June 19, 2008

JALAN KE SYURGA PENUH DURI

Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.

Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).

Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.

Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.

Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.

Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman - bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.

Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu.

Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.

Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.

Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.

Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.

Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.

Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.
Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw "Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat." Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Wallahu 'Alam. .

scr-http://www.geocities.com/Athens/Parthenon/5352/sabil.htm

dugaan Ilahi....

bismillahirrahmanirrahim....

alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, aku sekeluarga masih lagi chat walafiat hari ini.... ari ne, saje je nak c0ret sesuatu dalam bl0g aku ne.. sbb da lame aku xsinggah...

semalam, keputusan upu telah kuar... at da 1st, punye laa xcited.... bia kawan-kawan dulu cek yang d0rang punya.... alhamdulillah, ramai gak kawan-kawan aku yang dapat
sambung blaja... aku pun punya laa xcited nak cek, tp kal0 nak cek result, menggunakan n0 angka giliran xm aritu... aku plak xcek ag laa result tu... juz denga berita gembira dari rakan-rakan je...

aku pon c0l kak aku suh die amek fail atas meja dalam bilik aku yg tentunya mengandungi n0 angka giliran xm aritu.... kak aku kirimkan melalui anak sulungnya kakak... aku tunggu kakak datang ngan penuh perasaan berdebar... hanya ALLAH swt meyang tahu akan perasaan aku pada waktu itu.... apabila difikirkan kemungkinan aku xdapat nak sambung blaja, mase tuh aku sedikit em0... hampir menangis aku dibuatnya... eh tak, mmg aku da menangis pun.... tp, aku sedaya upaya "c0ver" perasaan + tangisan aku pada waktu itu.... sbb b0s aku ade skali pada waktu itu... tp, mujurla kedudukan die mbelakangi aku....

apabila kakak sampai ngan fail aku, perasaan aku menjadi semakin xmenentu....
dengan "shaking hand", aku gagahkan jugak diri aku nak bukak laman web kementerian pengajian tinggi... dengan perasaan berdebar, masukkan n0 i/c aku dan n0 angka giliran xm aritu... ya ALLAH, aku xdapat sambung blaja...!!! terpinga jap... mase tu jugak aku telah menangis.... ya ALLAH, tabahkanlah hambaMu ini ya ALLAH....
aku rase cam dunia ne gelap, tp cepat-cepat aku beristighfar.... astaghfirullah... aku xb0leh membiarkan syaitan menguasai fikiran aku.... kal0 x, aku akan menyalahkan Rabbul Izati di atas ketentuan ini.... astaghfirullah...

aku bukannya ape sangat, aku memang berharap yang aku akan dapat sambung blaja nanti... aku cuma merasa terkilan dan sedih sangat... petang semalam aku asyik menangis je... aku bukannya kuat untuk menghadapi dugaan ini ya ALLAH... sebenarnya,petang semalam aku nak datang balik sambung kerja ... tp, aku dinasihatkan 0leh family aku supaya mintak cuti setengah hari ngan bos aku... mujur laa b0s aku faham dengan situasi aku pada waktu itu... sampai bengkak mata aku disebabkan asyik menangis je petang semalam...

tp, dalam kesedihan terselit kegembiraan tatkala mendengar khabar berita dari teman-teman... aku juz tumpang gembira ngan d0rang dan d0rang tumpang kesedihan aku....
ya ALLAH, aku begitu beruntung kerana mempunyai teman-teman yang sentiasa bersamaku dikala aku kesedihan....

ya ALLAH, begitu berat dugaanMu ini ya ALLAH... hamba redha ya ALLAH... walaupun hamba merasa sangat sedih di atas dugaanMu ini ya ALLAH... hamba mengetahui ya ALLAH, Engkau tidak akan menimpakan sesuatu musibah tertentu kepada hamba melainkan sesuai dengan keupayaan hamba ya ALLAH... hamba berharap, dengan berlakunya ujian seperti ini ya ALLAH... akan menambahkan lagi keimanan hamba terhadapMu ya ALLAH... hamba berharap, Engkau titipkanlah kesabaran dalam diri hamba ya ALLAH dalam menghadapi hidup ini... setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya...hamba berharap hari-hari yang akan mendatang, hamba dapat tempuh dengan penuh kesabaran ya ALLAH....
ameen yarabbal alameen....

p/s: salam...
aku nak mintak maaf ngan kawan2...
gr0up 1988, sek2 kelate ( kelate fs + f0rum abe ali ),ILuvIslam
dan sume kawan2 yang bertanya khabar aku...
aku malas nak 0n9 2,3 ari ne....
harap maaf, aku xadapat balas msg k0rang...
I'm dying in pain rite n0w~~~
deep in ma heart...
salam~

Sunday, June 15, 2008

meng0mel.....

bismillahirrahmanirrahim....

arine, saje jer nak meng0mel jap.... maybe pendek jer nehhh.... unt menghilangkan keboringan aku neh.... da lame da aku xsinggah cne.... xder m0od~~~

semenjak 2 menjak neh rase b0ring cket... da xsaba da nak bhenti kjer....
wuwuwuwuwuw~~~~

bile result upu akan kuar nehh....??? kate dalam mggu nehh..??? tp, tau dari Ma yang result akan kuar next week... tp, musykil cket.... kal0 kuar mggu depan, 29 hb ne da nak daftar... bia betul nehh..??? thats mean, kal0 da lepas result tuh... xder banyak mase lg laa nak buat persiapan... iskh3....

pada mase yang same rase nerv0us laa plak.... arapnye, xmengecewakan aku nanti.... arapnye laa....

insyaALLAH, kal0 da rezki aku xkemana gak rezki tuh.... ya ALLAH, permudahkanlah urusan hamba ya ALLAH.... ameen ya rabbal alameen....:)

Jangan mengeluh.....

JANGAN MENGELUH ..........

Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... .......
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah"wink sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

thankz said_farooq

RAHSIA DI SEBALIK AIR MATA –wantaiko-

Di saat diri di hadapanMu YA ALLAH, aku memaksa air mata ku ini mengalir untukMu…aku mengaku…terlalu sukar untukku menitiskan air mata ini untuk tunduk pada PEMILIK mutlak alam ini dan seluruh isinya..rasa bersalah pada diri tidak dapat ku tahan lagi….setelah berbagai nikmat yg kau beri,setitis air mata pun tidak dapat ku hadiahkan utkMu…walaupun aku tahu azabMu amatlah pedih…hatiku yang kotor ini tetap keras daripada merasai gerun padaMu, aku tidak berdaya untuk memahami sepenuhnya erti penyesalan…Wahai Tuhan yang memiliki sifat pengasih dan penyayang…dengan penuh rasa kehinaan ku serahkan seluruh jiwa dan ragaku…berdoa padamu memohon agar engkau mendengar rintihan hambamu yang hina ini…perlahan-lahan ku susun bait-bait lisanku, menggunakan sepenuh kudrat ini menadah tangan mengharap dengan penuh pengharapan agar kau perkenankan doa-doaku …ampunkanlah segala dosa-dosaku yang lalu

YA ALLAH...lindungilah aku dari azab-azabMu, terlalu banyak dosa-dosaku padaMu..samada secara sedar atau tidak..aku sering alpa dengan pujuk rayu syaitan…acap kali aku berbohong padaMu YA ALLAH…kalau hari ini aku kata ingin berubah untuk mentaatiMu, esok lusa aku akan kembali menderhakaiMu, lemahnya imanku ini Ya ALLAH…bagaimanalah nanti di saat diri ingin menghadapmu..di saat kau menghimpunkan segala amal perbuatan yang pernah aku lakukan di atas muka bumiMu…kepada pemilik yang mutlak …ampunkanlah dosa-dosaku YA ALLAH...aku merayu agar engkau tanamkan kekuatan untukku istiqamah dalam mentaaatiMu..setiap saat bersamaMu,setiap langkah teringtkanMu,setiap ruang dipenuhi sinaran cahaya iman Mu…Ya Allah….kenapa aku tidak mempunyai kekuatan untuk menitiskan air mata ini..aku takut Ya Allah…aku takut kerana keangkuhan ku ini akan mencampakkanku ke dalam neraka-nerakaMU YA ALLAH…kenapa YA ALLAH???..aku mudah saja menangis dengan perkara duniawi..aku malu padaMu YA ALLAH.. hatiku ini telah buta dengan cinta dunia, aku susah untuk mengingatiMu dan menghayati cinta abadi yang kau miliki…Biarlah malam ini menjadi saksi penyerahan cinta ku yang tulus ini padaMu YA ALLAH..HANYA PADAMU KUSERAHKAN SEGALA….

Sejenak kala kau termangu
Kerut gelisah jelas terlukis di wajahmu
Gelisahnya engkau hanya engkau yang rasa
Betapa semalam hidup mu bergelumang dosa
Masih ada lagikah esok untuk mu??

Terasa saat yang berlalu bagaikan tiada simpati
Terpaksa menghabiskan sisa2 hidup seorang diri
Merayu pada yang tidak simpati
Meratap pada haluan fitrah duniawi
Hilang dalam kesunyian cinta ciptaan sendiri…

Andai iman yang kau cari
Hidupmu kan gembira sampai ke mati
Kerana kau yakin siapa yang abadi
Penyesalan bukan penentu andai kau lakukan di kemudian hari
Jiwa muda perlukan iman kekuatan diri…
Sebagai lambang sucinya hati
Agar kita sama-sama memiliki hati-hati pejuang agama ALLAH

Sunday, June 1, 2008

mengimbas kembali....

bismillahirrahmanirrahim....

alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, aku dan family aku masih ag chat sehingga ke hari ini... syukur, alhamdulillah.... da lame da aku xcoret ttg aku kat cne.... selame ne, asek dok copy paste artikel yg aku rase bmanfaat unt sume orang... ari ne, rase nak berceloteh laa cket, hehe..

skang ne ngah bz kje, kje kat cc ne banyak dugaannya... orang kate, bez laa sbb leh rilek jee.... mmg laa bez, tp aku ne cepat b0ring cket.... hari2, asek on9 jer kje aku.... astaghfirullah, kenapa laa aku fikir camneh....??? aku xpatut kate camneh.... boring atau x, ini adalah kurniaan yg diberikan olehNya kpd aku...
daripada dok umah jer, bek gak kalo aku kjer... leh kumpul2 duit cket.... kalo dok umah, lagi laa b0ring... hehe...

teringat plak kenangan mase blaja kat skola dulu.... esp, mase f0rm 6 lu....
banyak kenangan n pengalaman yg telah aku lalui mase tuh.... arituh, masok jer l0wer 6, terus dok kat asrama... huk3.... xpe, mujurlaa aku ne jenis yg da biase tinggal kat asrama dari f0rm 2 ag.... xlaa rase kek0k mase g sane ( smk kg laut )... cme bezanya, asrama skola ne mmg besar, 2x ganda asrama smk mahmud mahyidin.... bez laa gak dok kat cne... aku ingatkan budak2 kg laut ne, s0mbong.... tp, alhamdulillah mase 1st day kat asrama ne, aku da dapat ramai kawan... d0rng mmg caring n sangat bek.... subhanallah, mmg aku bersyukur sangat dapat g skola ne n masok asrama skola ne... ade hikmahNya di sebalik sesuatu yg telah berlaku....

dulu, mase aku blaja kat skola smkmm, aku ne kurang aktif cket.... aku cume aktif dalam persatuan seni silat pusaka gay0ng malaysia (PSSPGM)... aku dilantik unt jadik pengerusi ... tp, mase kat smkkl, aku x aktif dalam silat... ntah laa....
aku memang minat bersilat dari dulu sampai laa skang... kalo orang nak suh aku tunjuk bunga2 silat tuh, maybe aku leh tunjuk yg simple2 cket.. hehe...
kalo mase blaja kat smkmm dulu, aku ne jenis pendiam n senyap jer.... mmg susah orang nak tengok aku cakap banyak.... tp, alhamdulillah dalam diri aku ne ade sikap peramah.... aku mmg suke berkawan.... kalo orang len xsuke sangat nak bgaul ngan budak2 kelas bawah.. aku plak sebaliknya.. aku memang suke berkawan ngan sume 0rang.... xkira laa, die tu pandai atau x... cantik atau x... bagi aku, sume tu xpenting.... yang penting ukhuwwah yang telah terjalin....

mase blaja kat smkkl, aku da pandai berdebat ngan orang.. hehe... pnah sertai perdebatan antara budak2 kelas aku.... tp, hanya setakat itu saje... aku xpgi jauh dalam bidang ne.... maybe, mase tuh aku rasekan yg dalam diri aku ade sifat kepimpinan kot.... mase nek f0rm upper 6, aku telah dilantik oleh warden asrama sebagai pen ketua asrama... subhanallah.. mmg aku pikul tanggungjawab yg besar.... aku redha jer... banyak masalah telah dirujuk kepada aku.... bayangkan , mase orang len bez dok stdy n tid0w... aku dan ajk2 tertinggi yang len... dikehendaki menghadiri mesyuarat.... mmg penat.... aku ne mmg terlalu tegas ngan adik2....
kal0 da tuh mjadi undang2/peraturan asrama, mmg kena ikot..... kalo x ikot, ade laa sesorang yang bakal ditegur oleh aku....

disebabkan sikap aku ne laa, ade segilintir adik2 yang selalu mber0ntak.... biase laa, remaja, mempunyai darah panas.... tp, biase laa.... kadang2 sakit kepala aku nka layan sikap d0rang....huk2... redha n sabar jer laa dengan karenah d0rang....

bersambung.......
aiseh, bersambung gak ke..??? ntah laa, aku da xder m0od ne....
sambung nanti esok2 laa plak.....
g pun, sape laa yng nak bace cerita aku ne...???
aku anggap blog aku ne sebagai diari on9 aku....
tempat unt aku luahkan perasaan dsamping letak artikel yang bmanfaaat ....

ma'assalamah wa ilalliqa'..
salam...

Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Soleh(13)

Salam.

3. Keutamaan wanita sembahyang di rumahnya.

Sembahyang wanita di rumahnya lebih baik dari sembahyang di masjid nabi.

Diceritakan dari isteri Khumaid As-sa-idiy bahawa ia datang kepada Nabi s.a.w lalu berkata:
'Hai Rasulullah sesungguhnya aku senang menjalankan solat bersamamu.'
Baginda bersabda:
'Aku mengerti bahawa engkau senang menjalankan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di tempat tidurmu itu lebih baik daripada solatmu di kamarmu dan solatmu di kamarmu lebih baik dari solatmu di rumahmu dan solatmu di rumahmu lebih baik daripada solatmu di masjidku.'

Rasulullah s.a.w bersabda:
'Sesungguhnya yang lebih disukai solatnya perempuan oleh ALLAH ialah yang dilakukan pada tempat yang amat gelap di rumahnya.'

Rasulullah s.a.w bersabda:
'Sesungguhnya seorang perempuan itu (jika) keluar sedangkan ia tidak mempunyai kerepotan apa-apa, maka syaitan meliriknya lalu berkata:kamu tidak melewati seorangpun kecuali engkau menimbulkan pesona padanya dan sesungguhnya seorang perempuan itu (jika) memakai pakaiannya, maka keluarganya bertanya: kemana engkau hendak pergi? ia menjawab: aku akan menjenguk orang sakit atau mendatangi jenazah atau melakukan solat di masjid padahal tidak ada perempuan yang menyembah Tuhannya yang membandingi pahala jika ia menyembah Tuhannya di rumah.'

Dari Abi Muhammad Asy-syaibaniy bahawa ia pernah melihat Abdullah sedang mengeluarkan perempuan-perempuan dari masjid pada hari Juma'at dan berkata:
'Keluarlah (dari masjid dan pergilah) kerumahmu. Kerana yang demikian itu lebih baik bagimu.'
Diceritakan oleh Ath-thobaroniy di dalam kitab Al-Kabir.



Insya ALLAH ll b cntnue.

Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Soleh (12)

Salam.

Insya ALLAH lets cntinue.


10 jenis perempuan dengan 10 macam siksaan.

Ali karomallahu Wajhah berkata:
'Aku masuk di rumah Nabi S.A.W berserta Fatimah lalu aku mendapatkan baginda sedang menangis tersedu-sedu, kemudian aku berkata:
Tebusan paduka adalah ayahku dan ibuku, hai Rasulullah! apa yang membuat paduka menangis?'

Baginda bersabda:
'Hai Ali! pada malam aku diangkat ke langit aku melihat kaum perempuan dari umatku disiksa di neraka dengan macam-macam siksa, lalu aku menangis kerana begitu berat siksaan mereka yang aku lihat.
Aku melihat perempuan yang digantung dengan rambutnya serta mendidih otaknya
dan aku melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya sedangkan air panas dituangkan pada tenggorokannya
dan aku melihat perempuan yang benar-benar diikat kedua kakinya sampai kedua payudaranya dan diikat kedua tangannya sampai ubun-ubunnya dan ALLAH mengerahkan ular dan kala jengking untuk menyengatinya.
Dan aku melihat seorang perempuan yang berkepala babi dan bertubuh himar dan ia ditimpakan sejuta siksaan.
Dan aku melihat seorang perempuan berbentuk anjing dan api itu masuk dari mulutnya dan keluar dari duburnya (jalan belakangnya) dan malaikat memukul kepalanya dengan palu-palu besar dari neraka.'

Lalu Fatimah Az-zahra R.A berdiri dan berkata:
'Wahai kekasihku dan kasih mataku! perbuatan apa yang dilakukan oleh mereka hingga ditimpa siksa ini?'

Maka Nabi S.A.W bersabda:
'Wahai anakku! adapun perempuan yang digantung dengan rambutnya kerana ia tidak menutupi rambutnya dari pandangan kaum lelaki (yang lain).
Adapun perempuan yang digantung dengan lidahnya kerana ia telah menyakiti suaminya.
Adapun perempuan yang digantung dengan kedua payudaranya kerana ia telah mempersilahkan (orang lain) untuk menginjak tempat tidur suaminya.
Adapun perempuan yang diikat kedua kakinya sampai kedua payudaranya dan diikat kedua tangannya sampai ubun-ubunnya dan ALLAH mengerahkan ular-ular untuk menggigitnya dan kala jengking untuk menyegatinya kerana ia tidak mandi dari janabat dan haid dan ia mentertawakan solat (meninggalkan solat).
Adapun perempuan yang berkepala babi dan berbadan himar kerana ia ahli mengadu domba dan pembohong.

Adapun perempuan yang berbentuk anjing dan api masuk dari mulutnya dan keluar dari duburnya, kerana ia ahli pengungkap lagi penghasut.
Wahai anakku! celaka bagi perempuan yang tidak berbakti kepada suaminya.
Al-hasil bahawa seorang suami bagi isteri adalah bagaikan ayah bagi seorang anak, kerana taatnya seorang anak kepada ayahnya dan memohon keredaannya adalah wajib, dan seorang suami tidak wajib mentaati isteri.'



Insya ALLAH akn dsambung.

Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Soleh (11)

Salam.

Insya ALLAH lets continue.


Sujud kepada suami.

Al-hakim bercerita bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi S.A.W: 'Sesungguhnya putra pamanku (saudara misan) melamarku, maka berilah pengertian kepadaku apa kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kewajipan itu adalah sesuatu yang mampu saya jalankan, maka aku bersedia dikahwinnya.'

Maka baginda bersabda: 'Termasuk kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, ialah kalau mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suaminya lalu ia (isteri) menjilatinya, maka ia belum dianggap menjalankan kewajipannya terhadap suaminya. Seandainya diperbolehkan bagi manusia untuk bersujud kepada manusia lain, tentu aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.'

Berkatalah perempuan tadi: 'Demi Tuhan yang mengutus paduka dengan hak, aku tidak akan kahwin selama dunia ini masih ada.'


Walaupun di atas belakang unta.

Imam Thobaroniy menceritakan bahawa seorang isteri tidak dianggap menjalankan kewajipannya kepada ALLAH hingga ia menjalankan kewajipannya kepada suaminya, seandainya suami memintanya (untuk digauli) sedang ia (isteri) berada di punggung unta maka ia tidak boleh menolak dirinya.



Insya ALLAH ll b cntnue.