Friday, April 24, 2009

::Manusia istidraj dihina Allah

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya.. kita semua masih lagi bernafas di atas bumi milikNya ini.. alhamdulillah..
moga aj kita semua tergolong dalam umatNya yang mensyukuri nikmatNya.. amin..
insyaALLAH.. mudah2an yach !!^^

menjelang xam yang bakal menjengah.. sempat lagi aku on9 ea.. ehehe..
harap xam yang bakal menjengah nanti akan membuatkan aku dan teman-teman yang lain sabar dan tabah.. dan dapat jawab dengan baik insyaALLAH.. xsabar mahu pulang ke kampung nEh.. !! apa la yang aku bebelkan neh.. :P

ehm, tadi on9 dalam asakelate.net.. aku terjumpa artikel yang sangat bagus untuk dikongsi di sini.. sykran jddan akh jex kerana memberi kesempatan untuk aku 'copy paste' masuk dalam blog aku neh.. alhamdulillah.. perkongsian yang bermanfaat insyaALLAH...
_


Manusia istidraj dihina Allah

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
rencana@utusan.com.my

MUNGKIN ramai di kalangan kita tidak memahami istilah "istidraj". Istilah ini berasal daripada bahasa Arab dan diambil daripada perkataan darajatun iaitu tangga.

Berdasarkan maksud sebenar, istidraj merupakan kelebihan atau keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk seperti dikehendaki-Nya.

Bagaimanapun anugerah Allah itu bukan disebabkan Allah menyayangi mereka tetapi lebih merupakan tanda kebencian Allah terhadap golongan berkenaan.

Dengan kata lain, Allah mahu mereka menjadi lebih sesat melalui kelebihan itu dan akhirnya tergolong di kalangan kaum yang tidak mendapat hidayah-Nya.

Ada juga pihak yang mentakrifkan istidraj sebagai anugerah Allah kepada hamba yang tidak diredai-Nya dan nikmat tersebut datang dalam pelbagai bentuk antaranya kuasa, kemewahan harta benda, kedudukan di sisi masyarakat, pengaruh serta pangkat.

Persoalannya, adakah mereka yang diberikan kemewahan dunia dianggap manusia istidraj? Begitu juga yang diberikan kuasa dan pengaruh. Adakah mereka yang berpangkat besar dianggap istidraj?

Jawapannya, tidak sama sekali. Istidraj hanya untuk golongan yang derhaka kepada Allah. Sebaliknya mereka yang menggunakan kelebihan sama ada kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat ke jalan Allah, pasti beroleh kejayaan di dunia serta akhirat.

Lihat sahaja para sahabat Rasulullah SAW. Ada di antara mereka diberikan kekayaan yang melimpah ruah antaranya, Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman dan Abdul Rahman Auf.

Mereka semua dianggap golongan berada. Siapa tidak kenal Abu Bakar yang juga merupakan khalifah Islam pertama dan seorang usahawan berjaya.

Ketika mudanya beliau berjaya mengumpulkan 40,000 dirham iaitu hasil daripada perniagaannya tetapi tidak pernah leka dengan kekayaan itu.

Semasa menjadi khalifah Islam pertama, Abu Bakar tidak pernah sekalipun menggunakan kuasanya sebagai pemimpin untuk kepentingan diri atau keluarganya kerana beliau amat takut dengan azab Allah.

Abu Bakar merupakan pemimpin hebat yang tidak ada tolok bandingnya dan meninggal dunia dalam keadaan beliau membelanjakan segala hartanya ke jalan Allah.

Berbalik kepada istidraj, manusia derhaka adalah mereka yang tidak mahu menunaikan suruhan Allah dan sering melanggar larangan-Nya.

Mereka enggan menunaikan kewajipan sebagai hamba dan lebih malang, gemar memperlecehkan hukum agama. Mereka juga cenderung melakukan maksiat dan menzalimi orang lain.

Golongan ini akan jauh daripada hidayah Allah. Mereka langsung tidak patuh dengan suruhan Allah.

Mereka enggan bersolat dan mereka terlalu sayangkan harta hingga mengingkari suruhan menunaikan zakat walaupun mereka diberikan pelbagai bentuk kemewahan.

Mereka diberikan segala kenikmatan tetapi tidak pernah bersyukur dengan nikmat. Golongan ini sanggup menindas dan mengambil kesempatan ke atas orang lain demi kepentingan sendiri. Mereka tamak dan tidak pernah mensyukuri nikmat.

Rasullullah SAW pernah bersabda: "Apabila kamu melihat Allah Taala memberi nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."

Menurut pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zahazan Mohamed, terdapat tiga tanda manusia istidraj iaitu sering memperlecehkan ibadat, penasihat di sekelilingnya bukan di kalangan golongan berilmu (dunia semata-mata) dan tidak mempedulikan nasihat yang baik.

Beliau berkata, amat malang apabila golongan yang diberikan kuasa, kemewahan, pengaruh serta pangkat ini lupa bahawa kesemua nikmat tersebut adalah pemberian Allah dan merupakan "pinjaman".

Mereka hanyut dengan nikmat yang diberikan hingga pada satu peringkat menjadi angkuh dan bangga dengan kelebihan tersebut. Nikmat itu gagal menjadikan mereka lebih tawaduk dan bertaqwa.

"Mereka langsung tidak nampak segala nikmat yang mereka peroleh itu datangnya daripada Allah. Manusia seperti ini (istidraj) tidak akan sedar nikmat itu sebenarnya tanda kebencian Allah terhadap mereka.

"Mereka juga tidak sedar bahawa segala nikmat dan kelebihan itu boleh ditarik pada bila-bila masa," katanya.

Firman Allah dalam surah Al-A'raaf ayat 182 yang bermaksud: "Dan orang yang mendustakan ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak ketahui."

Satu lagi Firman Allah iaitu dalam surah Al-An'am ayat 44 yang bermaksud: "Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan)."

Zahazan berkata, kedua-dua ayat di atas merupakan peringatan Allah kepada manusia istidraj bahawa mereka tidak akan selama-lamanya berada di puncak.

"Dalam surah Al-A'raaf ayat 182 tafsir Ibn Kathir ada menyatakan manusia istidraj akan menaiki tangga dan akhirnya sampai ke tangga paling akhir.

"Apabila berada pada kedudukan itu mereka masih mahu menaiki satu lagi anak tangga tetapi malangnya mereka akan jatuh kerana tiada lagi anak tangga selepas itu ," kata Zahazan merujuk kepada ketamakan golongan istidraj.

Dalam pada itu katanya, kecenderungan berlakunya istidraj di kalangan manusia tetap ada hinggalah ke hari ini. Mereka adalah dalam kalangan mereka yang mendapat penyakit ghurur (tipu daya).

Manusia seperti ini kata Zahazan, mudah lupa daratan dan menganggap kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat sebagai lambang kekuasaan.

"Mereka mengenepikan Allah daripada segala segi dan golongan itu melebihkan kemewahan dunia," tegasnya.

Contoh manusia istidraj ialah Firaun, Haman, Qarun, Namrud dan Abu Jahal. Kesemua mereka diberikan kelebihan, kenikmatan dan kemewahan tetapi mereka mengingkari Allah.

Akhirnya, mereka dibinasakan oleh Allah dan mati dalam keadaan yang amat hina.

Justeru beliau meminta masyarakat Islam terutama di kalangan mereka yang diberikan kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat supaya bersikap lebih tawaduk.

"Ingatlah semua pemberian tersebut adalah bersifat sementara kerana tiada apa yang kekal di dunia ini dan ingatlah Allah berkuasa menarik segala-galanya dalam sekelip mata," katanya lagi.

PENULIS ialah wartawan Utusan Malaysia

Sunday, April 19, 2009

~Wanita Solehah Idaman Mujahid~




"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan

kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)


Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1) "

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.

“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.



Thursday, April 2, 2009

sEtelah sekian lama~

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, syukur ya ALLAH kerana dengan limpah dan kurniaMu ya ALLAH.. hamba masih lagi sihat walafiat sehingga ke saat ini.. harap keluarga tercinta yang berada nun jauh di sana juga insyaALLAH sihat dan sentiasa berada di bawah lembayung rahmatMu ya ALLAH.. amin.. selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta sahabat-sahabat baginda..

setelah sekian lama..!! ehehe.. lamanya tak update blog nEh.. malas, tiada masa.. semuanya bercampur aduk.. huhhu.. alhamdulillah , selama aku berada di tanjong malim nEh.. rasa macam suatu ketenangan itu semakin meresap dalam diriku.. alhamdulillah.. syukur ya ALLAH.. kenapa aku mengatakan bahawa aku semacam makin mendapat ketenangan d sini..?? insyaALLAH, aku akan cuba detailkan dalam tulisan-tulisan aku yang seterusnya insyaALLAH..

ehm, alhamdulillah esaimen-esaimen, discussion-discussion, aktiviti-aktiviti pun alhamdulillah sudah berkurang kecuali yang melibatkan surau, esaimen yang grup last present yang hari isnin ini.. ya ALLAH, harap aku dapat buat yang terbaik untuk yang last ini.. amin.. makin kurang.. makin lapang rasanya... insyaALLAH akan membuatkan aku sibuk sedikit selepas ini kerana minggu final exam akan menjengah.. huhuh.. nervOus!! tp, sememangnya aku tidak sabar untuk menghabiskan last paper aku yang akan dijadualkan habis insyaALLAH pada 7hb 5 nanti.. xsabar rasanya mahu pulang koQ.. eheh.. ga tertanggung rasanya rinduku ini ke keluargaku... ma, ayah, kak, kakna, alOng, ada, asma, kakak, ngOh, abe dan bakal anak buahku yang insyaALLAH bakal lahir nanti.. eheh.. hampir 10 orang sudah anak-anak buahku... alhamdulillah.. syukur ya ALLAH.. tunggu ya sue pulang.. eheh.. ^^

ketenangan bagai berlumba-lumba untuk menjengah ke dalam hatiku sepanjang aku berada di sini.. alhamdulillah.. aku bersyukur ke hadratNya kerana memilihku untuk melalui kehidupan seperti ini d sini.. alhamdulillah.. tudungku yang dari bidang 60.. kalo di sini, kini alhamdulillah sudah pandai pakai tudung labuh.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah... syukur ya ALLAH.. sudah kenal apa itu usrah... sudah pandai apa itu erti ukhuwwah keranaNya.. subahanallah.. betapa indahnya hidup ini kurasakan.. ^^ dan beberapa perkara lagi... subhanallah.. wahai Rabb-ku, Tuhan Yang Maha Agung...janganlahlah Engkau bOlak-balikkan hati hamba sesudah Engkau berikan sinar kepada hamba ya ALLAH.. amin~

ehm, setelah aktiviti Rakan Muslim Super [RMS] semalam, aku telah ditawarkan ukhti Wani untuk menjadi naQibah pada sEm depan.. terkedu aku seketika... ya ALLAH.. adakah aku layak ya ALLAH untuk memegang tanggungjawab ini..?? sedangkan aku bukannya dari sekolah agama dulu... aku tidak pandai pun berbahasa arab... pengetahuanku tentang agama adalah sangat terbatas... masih banyak lagi kelemahan yang perlu aku perbaiki dalam diriku ini.. betapa banyaknya kelemahanku ya ALLAH... aku adalah insan yang biasa lagi hina d sisiNya.. pantaskah aku untuk menjadi naQibah pada sEm depan..?? setelah berbincang dengan panjang lebarnya dengan ukhti Wani, dan aku telah fikir dengan sedalam-dalamnya.. aku telah membuat keputusan untuk menerima tawaran ukhti Wani itu.. ya ALLAH, Engkau berikanlah hamba kekuatan ya ALLAH.. sesungguhnya hamba sangat memerlukan bantuanMu ya Rabb.. amin~ ukhti wani telah memberitahuku bahawa kami sekarang telah kesuntukan masa.. ini adalah kerana, tugas naQibah pada sem depan adalah sangat besar.. naQibah akan ditugaskan untuk memegang 12 orang jUnior sem 1 intake jUlai 2009/2010 neh.. subhanallah.. sampai 12 orang sekaligus!! terkejut aku.. ini bukan sorang dua.. tp, sampai 12 orang.. banyak tuh..! aku harap aku dapat jalankan tanggungjawab ini dengan baik.. amin~

pengalaman melucukan kat sini.. ehehe.. awal-awal hari tuh aku neh kalo da jumpa dengan yang bukan kelantan.. memang laju ja aku cakap bahasa malaysia baku.. eheh.. memang tak terkeluar langsung bahasa ibundaku :P... ngee~ apa lagi.. dorang tanya aku neh asal mana.. aku cakap la aku asal dari Serambi mekah.. dorang xpercaya..!! eheh.. tambahan pulak housemate aku orang sabah.. xder la sampai pandai cakap sabah.. tp, aku terikut-ikut sudah gaya dorang bercakap.. eheh.. ^~ sampai ngan orang lain pun sudah terbawa-bawa gaya sabah tuh.. huhu.. dorang pun tanya la aku.. asal sabah ea..?? hik3.. ada ke bagitahu aku neh asal sabah.. aku pun tanya la dOrang.. kenapa bgtahu aku asal dar sana.. dorang pn bgtahu la yang gaya percakapanku itu.. eheh. lucu.. ^^ apa pulak yang aku melalut nEh.. ?? ada-ada saja ukhti yaya nEh :P apa lagi nak taip nEh.. ehm, rasanya setakat ini saja buat kali ini.. tiada idea sudaa...

insyaALLAH, aku akan update lagi blOg aku ini.. :)
ilalliQo' insyaALLAH..


salam wbt..~~