Thursday, January 27, 2011

:: muhasabah diri ~


Muhasabah adalah perilaku bagi mengitung dan memperelokkan diri yang terbentuk di dalam jiwa seseorang manusia itu menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi pengalang untuk mandapat keredhaan dari Allah Taala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).


Sesiapa yang bermuhasabah dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang batil. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang yang dia lakukannya terhadap Allah Taala kerana takutnya diri ini kepada kekuasaanNya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan?

Berkata as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie:

Daripada takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah Taala. (Kitab: al-Burhan al-Muayyad).


Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab terhadap Allah Taala dan rasulNya serta makhluk-makhlukNya. Melalui muhasabah juga manusia merasa diri mereka tidak diciptakan oleh Allah Taala dengan sia-sia. Setiap manusia pasti akan kembali semula kepada Allah Taala apabila telah sampai waktunya.

Firman Allah Taala bermaksud:

Setiap yang berjiwa (yang bernyawa) akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia telah beruntung. Kehidupan dunai itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah ali-Imran: Ayat 185).

Di dalam kesibukkan kita mengejar kekayaan dunia ini maka janganlah lupa juga untuk kita menyibukkan diri dengan mengingati Allah Taala. Perkara seperti inilah yang selalu dituntut oleh agama Islam.

Firman Allah Taala bermaksud:

Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu. (Surah adz-Dzaariyaat: Ayat 50).

Firman Allah Taala bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar. (Surah at-Taubah: Ayat 119).

Adapun golongan sufi sentiasa menyibukkan diri dengan penghambaan dan pengabdian diri kepada Allah Taala. Mereka beriman di dalam perjalanan musafir ini menuju Allah Taala dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Hati mereka sentiasa mengingati bahawa mereka akan kembali kepada Allah Taala pada setiap masa.

Firman Allah Taala bermaksud:

Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi tuhan (Allah Taala) Maha Kuasa. (surah al-Qamar: Ayat 55).


Berkata Syeikh Ahmad Zarruq:

Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat redha nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang sahih tanpa bertolak-ansur terhadap perkara yang telah nyata salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas. (Kitab: Qawaid al-Tasawuf).

Demikianlah pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas maka seseorang itu akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelamahan diri sebelum diri kita menemui ajal.

Berkata Saidina Umar al-Khattab:

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang. (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).

_


_
Muhasabah Diri
www.iLuvislam.com
buluh*
Editor : kasihsayang

*buluh merupakan 'nickname' bagi salah seorang moderator agama iLuvislam.com, Ustaz Rashidi Abdul Wahab. Beliau aktif menulis di blog beliau, http://buluh.iluvislam.com. Pelbagai artikel tulisan beliau telah diterbitkan dalam akhbar seperti Berita Harian.

Monday, January 17, 2011

:: Peristiwa itu..


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, syukur ya ALLAH kerana dengan limpah dan kurniaMu ya ALLAH.. hamba sekeluarga masih lagi sihat walafiat sehingga ke saat ini.. selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta sahabat-sahabat baginda.. ya ALLAH, setelah sekian lama tidak meng’update’ blog usang ini.. malas, tiada mood bercampur di dalam diri ini.. bergelodak.. perlahan.. membuatkan diri ini malas untuk memasukkan entri di dalam blog usang ini.. usang.. bertambah usang.. dan berterusan menjadi usang.. bersawang dan bertambah bersawang.. lebih-lebih lagi apabila sesuatu telah berlaku ke atas diri ini beberapa bulan yang lepas.. yang telah membuatkan diri ini tidak berpeluang untuk mengupdate blog usang ini.. Apa yang telah berlaku??

Teringat tarikh keramat 24 april 2010 yang tidak akan sesekali diri ini lupakan.. seminggu sebelum tarikh keramat tersebut.. diri ini dan ukhti-ukhti tersayang telah berjanji untuk ke satu tempat untuk berkunjung ke sana.. menjalinkan silaturrahim.. nak dikatakan, semasa dalam perjalanan ke sana.. lepas je keluar dari tol menuju ke highway, sesuatu telah berlaku.. kereta yang telah dipandu oleh salah seorang ukhti tersayang telah terbabas…dan telah melanggar pembahagi jalan.. mengimbas kembali apa yang telah terjadi pada diri ini.. antara sedar dan tidak sedar.. diri ini ingatkan kejadian tersebut hanyalah mimpi.. disebabkan selama beberapa minggu sebelum itu diri ini kekurangan tidur.. sibuk dengan minggu peperiksaan akhir dan juga sibuk dengan aktiviti-aktiviti surau dan juga tugasan-tugasan yang terlampau banyak yang membuatkan diri ini tidak sempat untuk berehat dengan secukupnya..

Sedar dalam beberapa minit selepas itu, diri ini berasa sangat sakit di bahagian tangan kanan diri ini.. sangat sakit.. selepas itu, dalam keadaan sedar dan tidak sedar.. kemudian, diri ini telah berada di dalam kereta ambulan.. dan diri telah menerima rawatan di hospital daerah yang berdekatan dengan kawasan kemalangan tersebut..terkejut, takut, bimbang.. semuanya bergolak di dalam diri ini…lantaran peristiwa yang berlaku itu terjadi dengan secara mengejut.. Diri ini sedar dan mengetahui bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.. diri ini sentiasa tanamkan di dalam diri bahawa.. ini hanyalah ujian yang teramat kecil berbanding dengan apa yang dilalui oleh orang lain.. ramai lagi orang lain yang lebih teruk berbanding apa yang telah dilalui oleh diri ini.. bukankah ini tanda bunga-bunga kasih dari Yang Maha Esa.. ?? ^^.. kadang-kadang terlintas di dalam diri ini bahawa dugaan yang berlaku ke atas diri ini ada kebaikannya.. banyak.. bukan sedikit.. Subhanallah.. betapa untungnya diri ini berasa..

Rasulullah SAW bersabda, “barangsiapa yang ALLAH mahukan kebaikan untuknya, nescaya DIA akan mengujinya dengan kesusahan.” ~Riwayat Al Bukhari.. iya, diri ini memang sentiasa sematkan di dalam diri ini bahawa sesuatu yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.. ALLAH sahaja Yang Maha Mengetahui segalanya.. ALLAH rindu mahu mendengar rintihan qu lantaran itu DIA telah menguji qu.. ini adalah kerana semenjak diri ini melanjutkan pengajian di salah sebuah ipta tempatan..diri terlalu sibuk dengan pelbagai urusan.. masa yang diluangkan untuk beribat kepada-NYA menjadi terbatas!! Ya ALLAH, betapa lalainya hamba ya ALLAH.. “apabila ALLAH mencintai seorang hamba, maka Dia memberinya cubaan supaya ALLAH mendengar tadharru’-nya ( rintihan meminta kepadanya ).” ~Riwayat Baihaqi melalui Abu Hurairah r.a. ~ DIA telah menguji qu dengan dugaan ini bukan bermaksud untuk menghukum qu..tetapi ini adalah kerana DIA sangat sayang kepada qu!! Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakhbar!!~


Memetik petikan seorang penceramah terkenal pada beberapa bulan yang lepas.. sangat terkesan pada diri.. tapi,diri ini khilaf.. di awal kejadian itu berlaku.. diri ini telah melakukan satu perkara yang sangat-sangat teruk.. diri ini hampir menyalahkan DIA di atas apa yang berlaku!!! Astaghfirullah ..betapa kejinya diri ini.. tapi, alhamdulillah..mujurlah perkara tersebut tidak berlanjutan.. di dalam keadaan diri yang bingung ketika itu.. jauh dari DIA.. membuatkan diri mudah terhasut dengan bisikan syaitan durjana.. petikan tersebut ialah;“Musibah atau cubaan memberi dua pengertian, iaitu adakalanya untuk mengingatkan dan adakalanya untuk membersihkan.Dalam hadis ini musibah yang dimaksud ialah untuk membersihkan atau untuk meninggikan darjat hamba yang bersangkutan. Bilamana ALLAH menyukai seorang hamba, maka Dia mengujinya dengan musibah agar Dia mendengar rintihannya. Pengertian inilah yang dimaksud oleh firmanNya “dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar, ( iaitu ) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengatakan, Inna Lillaahi Wa Inna Ilaihi Raaji’uun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna da rahmat dari Rabb-nya, dan mereka itulah orang-orang mendapat petunjuk.” –Al Baqarah : 155-157 ~ Subhanallah.. betapa untungnya diri ini terasa….

bersambung..

Thursday, January 13, 2011

.:: KHUSYUK DALAM SOLAT ::.



bismillahirrahmanirrahim..
asif kerana sudah lama ana tidak update blog usang ana ini.. mungkin kerana ana terlampau malas nak menjengah blog usang ini yang menyebabkan ia terus menjadi usang, sudah lama terbiar.. maafkan ana, ana hanya hamba-NYA y khilaf lagi hina berbanding dengan DIA Yang Maha Kuasa.. insyaALLAH, ana akan masukkan sebuah entri tidak lama lagi tentang diri ana.. sebagai tanda maaf ana kepada sahabat wa sahabiah yang selama ini tidak jemu untuk mampir ke blog usang ana ini.. ana telah masukkan entri ini yang ana perolehi dari laman blog [www.familiazam.com], diharap dapat menjadi panduan untuk kalian insyaALLAH.. ^__^

IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.

Solat yang khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dari setiap kalimah yang di ucapkan di dalam solatnya. Justeru itu apabila ia membaca Fatihah, hatinya akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yang terucap. Misalnya apabila mereka membaca ayat keempat dari Surah Al-Fatihah yang bermaksud:

"Tuhan yang memiliki hari Akhirat."

Maka tergambar segala kalut sibuk dan huru-hara manusia serta bersesak di padang Masyhar, ia akan terasa diri semakin kerdil dan lemah disisi Allah SWT.

Apabila membaca ayat kelima dari surah Al-Fatihah yang bermaksud :

"Engkaulah yang kusembah dan Engkaulah tempatku bermohon."

Bererti mereka telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah, bukannya menjadi penyembah hawa nafsu atau yang lain-lainnya. Akhirnya mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara keji dan mungkar, kerana melakukan perbuatan keji bererti mereka telah menjadi hamba nafsu, yang demikian adalah bercanggah dengan ucapannya yang mengaku bahawa dia hanya menyembah Allah SWT semata-mata.

Selepas itu mengamati lain-lain bacaan dalam sembahyang dengan khusyuk, yang mengandungi berbagai bacaan dan doa-doa yang memperlihatkan kebesaran Tuhan. Jika difahami sungguh-sungguh cukuplah kesemua itu akan menghakis sikap-sikap hodoh yang ada pada diri manusia itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya. "

Hadis tersebut menggambarkan betapa banyak sembahyang yang didirikan oleh seseorang itu, tetapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui sembahyang itu.

Firman Allah yang bermaksud :

"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah al-Ma'un : ayat 4-5]

Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :

"Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."

Hadis tersebut menjelaskan bahawa solat seseorang yang dalam keadaan lalai, sesungguhnya tidak mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi Allah SWT. Malah solatnya itu akan sekadar menjadi kayu pengukur, jika seseorang ingin tahu sekadar mana pahala yang di perolehi dan sebanyak mana pula yang kosong, maka selepas solat cubalah adakan muhasabah, sebanyak manakah masa yang dia berada dalam keadaan khusyuk, iaitu ingat segala perbuatan dan ucapan mereka dalam sembahyang itu, atau sebanyakmana pula yang lalai. Kalau banyak masa lalai maka setakat baki yang sedikit itu tidak payahlah untuk menunggu akhirat bagi melihat pahala
solat itu, sebaliknya didunia ini pun kita sudah boleh mengagak apa yang kita perolehi dari solat yang tidak khusyuk itu.

Sesungguhnya solat itu tidak sama dengan ibadah yang lain.Jika dibandingkan dengan ibadah puasa, memang dalam ibadah puasa tidak ada khusyuk, tetapi puasa yang memenuhi segala syarat akan kelihatan kesannya dari puasanya itu. Disebabkan menahan lapar dan dahaga bukan sahaja mereka akan kelihatan letih dan kurang bermaya, tetapi juga mereka kelihatan sebagai seorang yang tinggi pekertinya, senantiasa menjaga perkara yang boleh membatalkan puasa dan juga pahala puasa seperti menjaga lidahnya dari mengumpat dan mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah.

Begitu juga zakat, walaupun ketika melakukan ibadah zakat itu tidak disertai dengan khusyuk namun maksud kepada penunaian zakat itu kelihatan juga. Menunaikan zakat dapat menghakis sifat bakhil seseorang. Orang-orang yang dikuasai oleh sifat bakhil tidak mungkin mampu menunaikan zakat.

Demikian juga dengan ibadah haji, walaupun ketika melakukan ibadah haji seseorang itu dalam keadaan lalai kerana ibadah haji melibatkan dua perkara iaitu tubuh badan dan harta benda. Sama ada menunaikan haji itu dalam keadaan lalai dan sebagainya, namun kesannya dari ibadah haji itu jelas ketara, kerana ia terpaksa membelanjakan wang beribu-ribu ringgit. Tubuh badan terasa letih dan wang ringgit habis.

Sebaliknya ibadah solat ini amat berbeza sekali dengan semua ibadah yang dinyatakan itu. Menurut Imam al-Ghazali bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Apabila solat itu sebagai munajat sudah tentu dilakukan dengan penuh kesedaran di samping khusyuk dan tawadhuk. Bagaimana mungkin seorang yang lalai boleh berbisik atau berdialog dengan Allah SWT.

Orang yang mengerjakan solat dalam keadaan lalai sama keadaannya orang yang mengigau ketika tidur, walaupun mungkin ia menyebut Allahu Akbar dan juga lain-lain kalimah yang memuji keagungan Allah SWT, seperti bertasbih mensucikan Allah, bertahmid memuji Allah namun semua itu tidak termasuk lansung dalam pengertian munajat kepada Allah kerana sebenarnya orang itu sedang mengigau. Sesungguhnya orang mengigau itu adalah orang yang bertutur di luar kesedaran.

Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seseorang itu akan diterima oleh Allah SWT. Jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Orang yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah SWT, sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi segala puji-pujian terhadap Allah.

Segala puji-pujian yang ditujukan kepada Allah SWT bukan saja melalui ucapan lisan, tetapi juga dengan bahasa hati. Apabila hati lalai ia
akan menjadi hijab yang menghalang seseorang itu untuk menghampiri Alah, meskipun Allah SWT menyatakan bahawa ia lebih hampir daripada saraf dan urat seseorang.

Firman Allah Taala yang berbunyi:

"Ketahuilah dengan menyebut nama Allah itu dapat menenangkan hati." [Surah Ar-Ra'adu : ayat 28]

Dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.

Wallahu ta'ala a'lam.......
Al-Falir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Sumber: dakwah@yahoogroups.com
Kiriman Pada: 27 Oktober 2006