Thursday, May 29, 2008

10 Nasihat untuk Memahami Maksud Al Quran

bismillahirrahmanirrahim....

Ketika malam bertukar menjadi pagi, kucoretkan tulisan ini sebagai nasihat bagi yang sudi, untuk dipraktikkan bukan sekadar teori, agar Al Quran dibaca lalu difahami. Berikut adalah beberapa panduan untuk sesiapa sahaja yang ingin memahami Al Quran, terutama mereka yang tidak memahami sebahagian besar ayat Al Quran hanya kerana ayat-ayat itu adalah di dalam Bahasa Arab. Perkara sebegini bukan halangan untuk anda memahami Al Quran. Malah ramai yang menguasai Bahasa Arab tetapi masih lagi tidak cuba memahami Al Quran. Semoga Allah SWT memberikan hidayah untuk saya dan anda semua.


1- Membeli sebuah Al Quran berserta terjemahan.
Mungkin terdapat perbezaan pendapat di kalangan kita tentang terjemahan Al Quran yang paling baik. Saya secara peribadinya mencadangkan agar pembaca membeli terjemahan Al Quran yang dicetak oleh Kerajaan Arab Saudi di dalam Bahasa Indonesia dan juga Tafsir Pimpinan al Rahman terjemahan Dr. Abdullah Basmeih yang dicetak oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

2- Peruntukkan waktu secara tetap sama ada harian atau mingguan untuk membaca beberapa ayat Al Quran berserta terjemahan. Tidak perlu terlalu bersemangat kerana selalunya semangat yang berlebihan tidak akan bertahan lama. Jika anda sekadar ingin membaca ayat Al Quran tanpa terjemahan, sememangnya digalakkan setiap hari dalam keadaan yang sederhana. Namun untuk membacanya berserta terjemahan, perlulah diberikan peruntukan waktu untuk ‘menghadamkan’ terjemahan dan maksud ayat-ayat yang telah dibaca. Mungkin pembaca boleh memperuntukkan masa untuk ayat-ayat daripada juzuk 30 kerana ia ayat-ayat yang sering kita baca dan hafal. Sebagai contoh, mulakan dengan surah al Ikhlas yang mengandungi 4 ayat dan diberi tempoh selama 3 hari untuk membaca, merenung dan memahami maksudnya sebelum berpindah kepada surah al Naas pula. Begitulah seterusnya. Tidak semestinya anda mengikut susunan misalnya bermula daripada al Fatihah kemudian al Baqarah, Ali Imran dan seterusnya, atau bermula daripada al Naas kemudian al Falaq, al Ikhlas dan seterusnya. Matlamat kita ialah cuba memahami ayat-ayat Al Quran secara keseluruhan. Mungkin minggu ini kita ingin memahami maksud beberapa ayat daripada surah Yaasin dan minggu depan pula kita ingin mengetahui maksud beberapa ayat daripada surah al Kahfi pula. Apa yang penting, setiap minggu kita akan peruntukkan sedikit masa untuk memahami beberapa ayat dan sikap ini berterusan dengan penuh istiqamah.

3- Tandakan ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya. Sememangnya kita tidak akan dapat memahami dengan jelas setiap ayat yang dibaca. Mungkin ini disebabkan oleh keadaan atau tumpuan kita semasa membacanya. Mungkin juga disebabkan ayat terjemahan itu tidak jelas dan mungkin juga disebabkan kita baru membacanya sekali tanpa benar-benar faham. Walau apa pun sebabnya, jangan biarkan ayat itu berlalu tanpa memastikan kita benar-benar faham maksudnya. Tandakan ayat tersebut dan peruntukkan beberapa hari atau lebih untuk mengkaji maksudnya dengan lebih jelas.

4- Wujudkan panel rujukan sendiri dengan menyimpan nombor telefon beberapa orang ustaz yang dirasakan mampu menghuraikan maksud ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya tadi. Rujuk kepada mereka untuk mendapatkan jawapan yang lebih cepat dan mudah. Lebih cepat ialah dengan menulis sms dan dihantar ke telefon bimbit seseorang ustaz, misalnya anda tulis ‘Assalaamualaikum ustaz, apa maksud ayat 23 surah Luqman? Terima kasih’. Mungkin sesetengah ustaz tidak terus membalasnya kerana ingin mengkaji terlebih dahulu. Lihat, anda telah melakukan amal soleh dengan menyebabkan seorang agamawan membuka kembali buku dan kitabnya yang telah lama berhabuk di atas rak buku, hanya kerana satu sms yang ingin tahu tentang tafsir satu ayat daripada Al Quran.

5- Boleh juga mencari maksud ayat tersebut daripada terjemahan edisi yang lain atau membeli buku tafsir Al Quran yang telah diterjemahkan. Kini terdapat banyak buku tafsir yang diterjemahkan dan yang paling baik setakat pengetahuan saya ialah terjemahan Tafsir Ibn Kathir. Buku terjemahan Al Quran juga terdapat dalam banyak versi sama ada di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Indonesia dan lain-lain lagi. Langkah ini mungkin memerlukan kepada perbelanjaan yang lebih untuk memiliki sebanyak mungkin terjemahan Al Quran, tetapi ia tetap berbaloi kerana tujuan kita amat mulia iaitu memahami Al Quran.

6- Pengulangan bacaan tafsiran atau terjemahan ayat yang sama dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang ayat. Mungkin kali pertama anda membaca terjemahannya dan tafsirannya semasa pemikiran anda tidak berfokus dan tidak tenang disebabkan pelbagai masalah. Kali kedua pula anda membacanya dalam keadaan tenang dan tiada masalah. Pasti bacaan kedua akan lebih membantu anda memahami ayat tersebut, wallahu a’lam.

7- Sebolehnya cari kaset-kaset atau CD yang mengandungi huraian Al Quran daripada ustaz-ustaz atau mana-mana pendakwah. Mungkin anda sibuk dan tak sempat nak mendengar kuliah tafsir, maka bukalah radio atau belilah cd untuk anda belajar daripada dalam kereta atau gunakan alat seperti cd walkman atau mp4 untuk mempelajari tafsir Al Quran. Takkanlah waktu di dalam kereta hanya dengan mendengar lagu atau berita di radio sahaja?

8- Lebih baik lagi jika mempunyai tempat kuliah tafsir yang dihadiri secara tetap. Ini penting untuk menjadikan kita sentiasa istiqamah dalam mempelajari tafsir. Ustaz yang mengajar juga boleh kita jadikan sebagai rujukan tetap kerana kita akan sentiasa bertemu dengan beliau setiap kali tiba waktu kuliah.

9- Layari laman web Islamik yang menawarkan perkhidmatan untuk memahami ayat-ayat Al Quran atau boleh muat turun beberapa program yang mengandungi tafsir atau terjemahan Al Quran. Internet perlu digunakan sebaik mungkin terutama bagi mereka yang boleh ‘online’ semasa berkerja. Program tafsir juga boleh dimuat turun ke dalam laptop atau ke dalam alat seperti telefon bimbit atau telefon PDA yang canggih lagi memudahkan.

10- Cuba pelajari Bahasa Arab untuk lebih mendekatkan diri kita dengan maksud ayat yang dibaca. Hendak seribu daya. Saya secara peribadi telah bertemu dengan orang-orang yang tahu berbahasa Arab dengan mempelajarinya secara sendiri dan mereka bukanlah produk sekolah agama atau universiti di negara Arab.

Akhir kata, berdoalah kepada Allah SWT agar kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang ingin mendalami ilmu Allah SWT terutamanya ingin mendalami Al Quran. Ingatlah, tiada keinginan untuk menambahkan ilmu agama adalah satu penyakit merbahaya. Kesannya pesakit ini akan terus hidup dalam keadaan jahil dan tidak bertambah ilmunya.

Ingat pesan Rasulullah SAW :
Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya.
(Riwayat al Bukhari, no.5027). Waallahu'alam

Oleh: Ustaz Adlan bin Abd Aziz (Ali Tantawi)

Akibat Buat Maksiat























Maksiat Menghalangi Ilmu Pengetahuan

Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata, "Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat".

Maksiat mengahalangi Rezeki

Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkannya bererti menimbulkan kefakiran. "Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya". (HR Ahmad)

Maksiat Menimbulkan Jarak dengan Allah

Diriwayatkan ada seorang lelaki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa".

Maksiat Menjauhkan Pelakunya dengan Orang Lain

Maksiat menjauhkan pelakunya dari orang lain, terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri. Seorang salaf berkata, "Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang(kenderaan) dan isteriku".

Maksiat Menyulitkan Urusan

Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya.

Maksiat menggelapkan hati

Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap-gulita. Ibnu Abbas RA berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk".

Maksiat Melemahkan Hati dan Badan

Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia perlukan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri. Lihatlah bagaimana kekuatan fizik dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fizik bangsa Persia dan Romawi.

Maksiat Mnghalangi Ketaatan

Orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan. Seperti selayaknya orang yang satu kali makan tetapi mangalami sakit berkepanjangan dan menghalanginya dari memakan makanan lain yang lebih baik.

Maksiat Memendekkan Umur dan Menghapus Keberkahan

Pada dasarnya umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tak ada yang namanya hidup kecuaki jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan zikir kepada Allah serta mementingkan keredhaanNya.

Maksiat Menumbuhkan Maksiat Lain

Seorang ulama salaf berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.

Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani

Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat pun dapat memutuskan keinginan untuk bertaubat.

Saturday, May 24, 2008

salam....

bismillahirrahmanirrahim....

ya ALLAH .. alhamdulillah... hamba bersyukur padaMu ya ALLAH... kerana hamba dan keluarga hamba masih g chat walafiat ari ne untuk terus mengabdikan diri kami kepadaMu ya ALLAH... begitu juga dengan seluruh umatMu ya ALLAH... alhamdulillah....

ya ALLAH.... begitu besar ujian yang telah Engkau berikan kepada hamba ya ALLAH...
minggu lepas, aku telah pergi ke hospital untuk bertemu ngan pakar mata... pertemuan itu adalah untuk kali yang ke3 in a few month...

subhanallah.... pada ari tersebut, aku kena wat 1 ujian berkaitan ngan mata aku... doktor nak memastikan yang mata aku betul2 bermasalah... setelah ujian dibuat, tersentak aku seketika....
doktor telah memberitahu aku bahawa mata aku perlu dibuat pembedahan kecil ...
ya ALLAH... mujur la aku xmenangis di ctu.... aku berusaha unt menahan air mata ne dari mengalir keluar.... aku xdapat bayangkan yang mata aku ne akan dibedah kelak...

mmg aku da menjangkakan yang mata aku ne da berada diperingkat yang teruk ... tp, aku xmenjangkakan yang mata aku perlu dibuat pembedahan kecil... ya ALLAH... begitu berat dugaan yang telah Engkau berikan kepada hamba ya ALLAH.... hamba berharap yang hamba akan tabah dalam mengahadapi dugaanMu ya ALLAH... ameen...

aku xtau bile mata aku ne akan dibedah.... huk3... doktor tu cakap, maybe dalam beberapa bulan ne gak laa... tp, xpasti ag bile.... ehmm... family aku terkejut gak mase aku bgtau dorang berita ne... n alhamdulillah... aku xkesorangan.... family aku bg sokongan moral pada aku...
alhamdulillah... aku bersyukur pada Yang Maha Esa krn telah memberikan family yang betul2 memahami aku.... alahamdulillah...

JANGAN MENGELUH ..........

Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... .......
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah"wink sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Wednesday, May 21, 2008

Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Soleh(10)

Insya ALLAH lets cntinue.


4 golongan isteri ahli syurga.

Datang dari Nabi S.A.W bahawa baginda bersabda:
Empat perempuan berada di syurga dan empat perempuan berada di neraka dan baginda menyebutkan di antara empat perempuan berada di syurga ialah:

1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada ALLAH dan suaminya.
2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kurang (dalam kehidupannya) bersama suaminya.
3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang maka ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.
4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kahwin kerana khuatir putera-puteranya akan tersia-sia (terlantar).



4 golongan isteri ahli neraka.
Kemudian Nabi S.A.W bersabda:
Dan adapun empat perempuan yang berada di neraka ialah:

1. Perempuan yang jelek (kotor) mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya datang maka ia memakinya (memarahinya).
2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang ia tidak mampu.
3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik kaum lelaki).
4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kepada ALLAH dan tidak senang berbakti kepada Rasul-Nya dan tidak senang berbakti kepada suaminya.

Oleh kerana itu seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat (empat) ini, maka ia dilaknati termasuk ahli neraka kecuali jika ia bertaubat.



Insya ALLAH ll b cntnue.

Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Soleh(9)

Insya ALLAH lets cntinue.


Isteri yang ALLAH tidak mahu melihatnya di akhirat nanti.

Nabi S.A.W bersabda:
' Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya.'

Keterangan:
Hal ini biasa terjadi bagi suami yang miskin dan isteri yang kaya, lalu isteri itu menafkahkan hartanya kepada suaminya, kemudian suatu saat sang isteri itu mengungkap masalah hartanya itu.


Soalan nombor dua bagi suami di akhirat.

Nabi S.A.W bersabda:
'Pertama urusan yang ditanyakan kepada isteri di hari kiamat nanti ialah mengenai solatnya dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya terhadap suaminya atau tidak).'



Insya ALLAH will b cntinue.

Tuesday, May 20, 2008

Hidup..Terasa jahilnya aku :(

(Thread yg ana dpt dr sorg kenalan)

Korang nak tak panjang umur dan murah rezeki?
Nak ?
Tentu korang nak bukan?
Baiklah, teruskan bacaaan, tapi sebelum itu...

Sebelum korang meneruskan pembacaan entry ini, perlu di tekan kan bahwa,
perkataan "korang" adalah termasuk juga diri 'aku' sendiri...harap maklum.



Salam......

SEBUAH CERITA SECARA 'MAYA'....

Aku berjumpa dengan para remaja dan bertanya?
Apa yang korang mahu?

Jawab mereka...
Kami mahukan HARTA kekayaan, dengan harta, dapatlah kami enjoy puas puas..,
barulah faham erti kebebasan..ha ha ha!

Kemudian aku berjumpa pula dengan golongan yang dah senja (orang tua@tua kutuk)
lalu bertanya?
Apa yang Pakcik mahu?

Jawab mereka yang tua-tua itu...
Kami mahukan keSIHATan tubuh badan, dengan tubuh yang sihat, bolehlah kami
menikmati erti hidup...

Ok, kemudian..aku jumpa pula golongan cerdik pandai dan bertanya?
Apa yang anda mahu?

Jawab mereka...
Kami mahukan UMUR panjang.., dengan umur yang panjang, kami boleh meneroka
pelbagai bidang ilmu sains dan falsafah yang akan membawa erti kepada tamaddun
manusia...

Hmmmmmm, tiga perkara ini begitu penting sekali nampaknya...
Korang pun nak tiga perkara ni bukan?
-Harta

-Sihat

-Umur

Itu yang selalu doa: panjang umur murah rezeki tu kan? Kan? Kan?
( akuPUN sama..oh)

Baiklah, sekarang cuba kita tanya pada Sahabat-sahabat r.a.:
Apa yang mereka mahu?

Kata saidina Umar r.a apabila melihat harta rampasan perang yang melimpah ruah
di zaman pemerintahannya... (lebih kurang maksud):

"Aku tidak mahu harta ini... jika ianya baik, kenapa harta ini tidak datang pada
zaman Nabi saw dan Abu bakar r.a?

Berkata pula saidina Abu bakar r.a ketika terlanggar tunggul (tidak
sengaja)sehingga kakinya berdarah...(lebih kurang maksud):

"Sudah beberapa hari aku susah hati kerana tiada musibah(sakit) yang menimpaku
seolah olah Allah murka kepadaku yang telah banyak berbuat dosa ..., tapi
Alhamdulillah hari ini, kaki ini telah luka berdarah terlanggar tunggul, semoga
Allah mengampunkan dosaku...

(oh...)

Kata saidina Khalid ra selaku 'pedang Allah'...ketika balik dari medan
perperangan...
(lebih kurang maksud)
"hati ini ingin sekali mati di jalanMU ya Allah, nampaknya aku telah kembali ke
rumah ku yang sempit dan telah meninggalkan syurga yang luas, aku cemburu kepada
mereka yang mati syahid di jalanMU ya Allah...

Nota: (wahai 'pedang Allah'.. Allah telah muliakan 'pedang Allah' dengan tidak
pernah jatuh akan 'pedang Allah' di jalan Allah..subhanAllah. .)

Maka korang semua, bagi para sahabat nabi, yang telah di jamin syurga ketika
hidup lagi.. mereka semua tidak berkeinginan dengan :
Harta yang banyak dan umur yang panjang....

Sekarang, aku nak tanya...
Apa yang korang mahu?
-Panjang umur dan murah rezeki?

Baik, sekarang mari kita tanya pada kekasih kekasih Allah tentang apa yang
mereka mahu...?

Nabi Muhammad s.a.w.
Allah mencadangkan agar gunung Uhud di tukar menjadi emas dan menjadi hak milik
baginda.
Jawab baginda SAW lebih kurang maksud...
Biarlah aku hidup miskin, bila aku lapar, aku ingat pada MU, bila aku kenyang
aku bersyukur padaMU...

Nabi Ayub a.s.
Ketika di nasihatkan oleh isteri tersayang supaya doa kepada Allah minta sembuh
segala penyakit (Nabi Ayub a.s di uji dengan bermacam macam penyakit.-rujuk
kitab.) Jawab Nabi Ayub a,s lebih kurang maksud...
Biarlah aku hidup menderita, sebelum ini terlalu banyak nikmat Allah yang telah
di kurniakan kepadaku..., aku malu untuk minta sembuh...

Nabi Daud a.s
Ketika berjumpa dengan malaikat maut yang datang ziarah, bukan nak cabut nyawa,
telah berkata akan Nabi Daud a.s kepada Izrael...
lebih kurang maksud...
"boleh tak tolong cabut nyawa aku? Aku ingin rasa penderitaan maut!"

Maka korang semua, bagi para kekasih Allah langsung tidak berkeinginan dengan :
Harta yang banyak dan umur yang panjang....

Sekarang, aku nak tanya...
Apa yang korang mahu?
-Panjang umur dan murah rezeki ler...
(Isk..isk...)

Sekarang kita tanya pulak pada setan:
Apa yang setan mahu?

Setan kata: aku mahu umur panjang sampai kiamat!
(dan Allah telah memakbulkan doa setan serta melaknatnya! !)

Apa yang firaun mahu?
"aku mahu panjang umur"

Apa yang Qarun laknatullah mahu?
"aku mahu murah rezeki"

Apa yang korang mahu?
"panjang umur dan murah rezeki"

(no komen...)

Kita tanya pulak lagi sekali kepada para sahabat r.a, apa yang mereka mahu?

Apa yang Abu bakar r.a mahu?
"aku ingin menjadi sehelai rumput yang hujung hayatnya di makan oleh lembu"
(di suarakan kerana takut dan taqwa kepada Allah)

Apa yang Aisyah r.a mahu?
"aku ingin sekali menjadi burung yang terbang bebas tanpa perlu risau hari
pengadilan di padang mahsyar kelak!!!

Apa yang Umar r.a mahu?
"aku ingin sekali jika ibuku tidak melahirkan aku langsung"
(juga di suarakan kerana begitu takut dan taqwa kepada Allah)

Nota: takutkan Allah akan menunjukkan jalan ke arah segala kebaikkan!!!

Baiklah, berhenti sekejap bertanya itu ini begitu begini...Sekarang mari kita
tanya org dalam neraka pulak..

Wahai ahli Neraka, apa yang korang mahu?
"aku ingin kembali ke dunia walaupun sesaat untuk berbuat kebaikkan..."

Pendek kata: Firaun, Qarun, Namrud, Haman dan semua ahli neraka mintak dengan
Allah kembali ke dunia untuk beramal ugama, diorang nak MASA!!!

Korang semua!!!
Banyak betul masa yang ada untuk baca email ni.., jadi aku nak tanya korang
semua!!!!

Apa yang korang MAHU?
Sila jawab sendiri sebelum jadi mayat, sementara masih ada masa...

Penutup:
Sabda nabi s.a.w lebih kurang maksud: Ummat akhir zaman akan di timpa penyakit
"wahan" yang menyebabkan Allah cabut kehebatan islam dalam hati...

Apa itu 'wahan'?

Jawab nabi saw: "Cinta dunia dan takut mati!"

Dan aku tambah sikit supaya korang (dan aku yang jahil ini), lebih memahami
tentang apa itu "wahan"
Wahan setelah di huraikan panjang lebar lalu di pecah kecilkan maka ianya
dapatlah di buat kesimpulan bahawa itu adalah keinginan untuk panjang umur dan
murah rezeki..!!!! oh

Tahukah korang bahawa makhluk yang mintak panjang umur dan murah rezeki adalah
setan! Dan Allah telah memanjangkan umurnya sampai kiamat dan bagi rezeki sampai
kiamat!!!!!

Firaun, Haman, Qarun, namrud dan lain lain Naktullah juga berkeinginan untuk
panjang umur dan murah rezeki, tapi Allah dah jadikan mereka mayat dan bakal
masuk neraka!!!!

Akhir sekali, selaku bukan doctor, maka aku akan bagi tanda tanda penyakit
'wahan', kerana korang dah banyak 'makan makan' santapan rohani (kononnya),
terimalah pencuci mulut dari aku dalam bentuk serbuk lada he he he, siapa yang
makan lada dialah yang rasa pedasnya!!!

Tanda tanda korang ada penyakit 'wahan'...
(fakta di ambil dari kepala otak aku sendiri.!!.) Mudah di tipu oleh skim cepat
kaya...
(Tipah) tertipu oleh penjual ubat umur panjang Simpan duit banyak banyak dalam
bank Teringin nak jadi jutawan segera!!!
Nak jadi penyanyi
biarkan tanah perkuburan mak bapak semak samun..(jenguk pun time raye je) tengok
Masjid kosong tak rasa apa apa.
Pergi pasar malam waktu azan sedangkan belum datang bulan...
Lupa kepada mayat..errr lupa mati.
Bercita cita nak tengok, spiderman part 4, superman return part 2, dan macam
macam part lagi!!!
Suka tengok drama TV yang bersambung...
Suka tengok hiburan atau sukan secara 'live'
Malas baca Al-Quran
Malas solat jemaah
Selalu forward email merapu
Suka tengok bahagian dada perempuan.
Suka hias depan rumah dengan landskap yang mahal mahal.
up date lagu terkini di carta TV/radio
Suka hias kereta
Up date Porno hehari
Takut hantu
Takut melihat kereta mayat
dan banyak lagi!!!!
Eh, apsal aku pulak yang rasa pedas ni?!!!! OH... isk..isk...(terasa jahilnya
aku..)

Sekian....

Monday, May 19, 2008

Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Soleh(8)

Insya ALLAH lets cntinue.

3 golongan manusia yang tidak diterima sembahyangnya oleh ALLAH.

Nabi S.A.W bersabda:
' Tiga orang yang tidak diterima solatnya (tidak diberi pahala solatnya) oleh ALLAH dan tidak diangkat kebajikan mereka ke langit ialah:
1. budak yang lari dari tuannya hingga dia kembali;
2. seorang isteri yang dimurkai oleh suaminya hingga rela;
3. orang yang mabuk hingga dia sedar kembali.

'Isteri yang segala amalan kebajikannya tidak diterima ALLAH.

Nabi S.A.W bersabda:
' Jika seorang isteri berkata kepada suaminya "tidak pernah aku melihat kebajikanmu sama sekali", maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya.

'Keterangan:Maksud dari hadis ini ialah jika seorang isteri yang diperlakukan dengan baik oleh suaminya seperti telah diberi nafkah dan diberi pakaian dan lain-lain tapi ia tidak mengakuinya, maka hancur leburlah amal kebajikannya.

Isteri yang haram mencium bau syurga.

Nabi S.A.W bersabda:
' Siapa saja seorang isteri meminta cerai kepada suaminya tanpa sebab keadaan yang sangat diperlukan, maka haramlah bau syurga atasnya.

'Keterangan:Hal ini biasa terjadi bagi seorang isteri yang tidak senang kepada suaminya dan ia meminta cerai kepadanya, kerana khuatir tidak bisa menjalankan kewajipannya terhadap suaminya, seperti mempergauli dengan baik.

Insya ALLAH akn bsambung.

Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Soleh(7)

Insya ALLAH lets cntinue.

Ganjaran isteri yang berbakti kepada suaminya.

Diceritakan dari Nabi S.A.W bahawa baginda bersabda:
' Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama ia sentiasa dalam kerelaan suaminya.

'Ganjaran isteri yang mendurhakai suaminya.

Dan siapa saja seorang isteri yang tidak berbakti kepada suaminya, maka ia mendapat laknat dari ALLAH dan malaikat serta semua manusia.

Isteri yang kena laknat Allah.

Siapa saja seorang isteri bermuka muram di muka suaminya, maka ia dalam kemurkaan ALLAH hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan mohon kerelaannya.

Siapa saja seorang isteri keluar dari rumahnya tanpa seizin suaminya, maka ia dilaknati oleh malaikat hingga ia kembali.

Aisyah R.A berkata:' Wahai kaum wanita! seandainya kamu mengerti kewajipanmu terhadap suamimu, tentu seorang isteri dari kamu bertindak mengusap debu dari kedua telapak kaki suaminya dengan sebahagian mukanya.

'Insya ALLAH akn bsambung.

Off topic jap, seriously sy mngesyorkn para muslimah yg bkal mnjadi ibu utk sndiri mndidik anak2 di rumah especially babies n toddlers..kalo xde msalah jgnlh hantar kpd nursery, kasihanilh baby tu yg perlukn emotional security drectly from mom...our feelg toward our children xsame dgn feelg org yg jga anak2 kta (pnjaga ad objktif nk dcapai-gaji)...babies bkn ad special sign language yg dia dpt buat utk inform parent dia ap yg blaku di nursery tu..maaf ye, ini bkn tduhan, tetapi knyataan as i spent da whole day at nursery today!!!!utk bkal bapa plak, plz ask ur bloved wife utk take care of ur child at home..bnyak pahalanya...bonding btween mom n baby will dvelop very well...believe me..bside all of us kn tahu yg thap umur spt babies n toddlers ni sbnarnya lebih memerlukn didikan emosi (selit2kn ilmu mngenal ALLAH & Rasulullah S.A.W) berbanding dr aspek ln..jgn sia2kn pluang anda utk mnjadi ibu n bapa mithali...Sgala kekurangan & ksalahan adlh dr sy..pd ALLAH jua kbnaran itu berada.
Wallahu'alam.

penulis: red_lotus

Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Soleh(6)

Insya ALLAH lets cntinue.

Sifat-sifat yang buruk bagi suami tetapi baik bagi isteri

Ali R.A berkata:
' Sejelek-jelek sifat bagi kaum lelaki itu adalah sebaik-baiknya sifat bagi kaum perempuan iaitu kikir dan bersikap keras dan takut. Kerana sesungguhnya perempuan itu jika kikir, maka ia memelihara harta suaminya dan jika bersikap keras, maka ia menjaga diri dari berbicara kepada setiap orang dengan perkataan yang halus (mesra) yang menimbulkan sangkaan yang jelek, dan jika penakut, maka ia takut dari segala sesuatu. Oleh kerana itu ia tidak berani keluar dari rumahnya dan ia menjauhi tempat-tempat yang menimbulkan kecurigaan yang jelek kerana takut kepada suaminya.

'Kebebasan isteri terikat kepada keizinan suami

Dianjurkan bagi seorang isteri agar mengetahui (kedudukan dirinya) bahawa dirinya itu diumpamakan sebagai budak perempuan yang dimiliki suaminya dan diumpamakan sebagai tawanan yang lemah. Oleh kerana itu dia tidak boleh menjalan sedikitpun dari harta suaminya, bahkan segolongan dari ulama' berpendapat: sesungguhnya seorang isteri itu tidak boleh menjalankan hartanya (sendiri) juga, kecuali dengan seizin suaminya kerana ia diumpamakan sebagai orang yang terikat

16 kewajipan isteri kepada suaminya

Wajib bagi seorang isteri:
1. senantiasa malu terhadap suaminya.
2. menutup penglihatannya di hadapan suaminya.
3. mentaati perintah suaminya.
4. diam ketika suaminya sedang berbicara.
5. berdiri ketika suaminya datang dan ketika keluar.
6. menyodorkan dirinya kepada suaminya (ketika hendak tidur).
7. memakai wangi-wangian.
8. memelihara mulutnya dengan minyak misik dan wangi wangian.
9. senantiasa berhias di hadapan suaminya.
10. tidak berhias ketika suami tidak ada.
11. tidak berkhianat kepada suaminya ketika tidak ada di dalam tempat tidurnya dan di dalam hartanya.
12. menghormati keluarga suami dan para kerabatnya.
13. merasa puas jika diberi sedikit oleh suaminya.
14. tidak mencegah dirinya (jika diajak sanggama oleh suami), biarpun berada di punggung unta.
15. tidak boleh menjalankan puasa sunat kecuali dengan seizin suaminya.
16. tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan seizin suaminya. Kalau seorang isteri berbuat (keluar dari rumah tanpa seizin suaminya), maka ia dilaknati oleh malaikat hingga ia bertaubat atau kembali biarpun suami sengaja menganiaya di dalam melarang isterinya keluar.

Insya ALLAH akn bsambung.

Tuesday, May 13, 2008

Basahkan Hatimu Dengan Ikhlas

+copy paste from iluvislam.com

Sabda Nabi s.a.w :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : انما الاعمال بالنيات وانما لكل امرىء مانوى

Maksudnya : "Sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat, dan sesungguhnya bagi setipa individu itu apa yang diniatkannya...."


Hadis riwayat saidina Umar r.a ini bukanlah asing bagi kita. Bahkan mungkin ada yang sudah jemu bila tajuk niat dan ikhlas diutarakan. Namun, kerana nilainya yang cukup besar, ditambah dengan sukarnya untuk sampai ke maqam ini, para ulama' tidak jemu-jemu membincangkannya dalam kehidupan kita. Abu Daud dalam mengkomentari hadis ini berkata ; "sesungguhnya hadis ini merupakan separuh daripada Islam, kerana agama terdiri daripada zahir yang merupakan amal atau batin yang merupakan niat." Dari sinilah timbulnya persoalan sah atau batal sesuatu amalan, ikhlas dan riya', juga pecahan hukum yang pelbagai.

Firman Allah Ta'ala :

وما أمروا الا ليعبدوا الله مخلصين له الدين

"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya."

Untuk mengungkap perkataan ikhlas amat senang bagi sesiapa pun, namun bila tiba kepada pelaksanaannya, tidak ramai yang mampu menjaga hati agar tidak timbul qasad yang bercabang, jauh daaripada lekatnya hati kepada makhluk. Kosongnya hati kecuali hanya semata-mata kerana Allah Ta'ala memerlukan mujahadah yang berpanjangan. Manefestasi keikhlasan yang tulen ini diungkapakan oleh Rabiatul Adawiyah dalam syairnya :

كلهم يعبدك من خوف النار ويرون النجاة حظا جزيلا
او بان يسكنوا الجنان ويحظوا بقصور ويشربوا سلسبيلا
وانا ليس لى فى النار ولا الجنة رغب انا لا ارضى بحبى بديلا

"Mereka menyembah Mu kerana takutkan neraka, dan beranggapan lepas daripada azabnya satu kejayaan yang besar. Ataupun kerana ingin menghuni syurga dan memperolehi mahligai dan minum air salsabila. Akan tetapi aku bukanlah menyembaMu kerana untuk lepas daripada neraka atau untuk mendapatkan syurga, aku tidak rela cintaku ditukar ganti."

Bagi tokoh sufi ini ibadatnya semata-mata kerana Allah. Ganjaran syurga atau pelepasan daripada siksa neraka bukanlah sesuatu yang dikejar, namun ibadatnya hanya semata-mata kerana cinta kepada Allah Ta'ala, maka terpulanglah kepada Allah untuk memberikan ganjaran yang sepatutnya di atas amalan yang dibuat.

Persoalan ikhlas merupakan perkara yang luas, ianya mencakupi gerak geri kita seharian. Ikhlas dalam mengerjakan ibadat khusus maupun umum, ikhlas dalam memberikan pertolongan kepada sesama manusia, ikhlas dalam menuntut ilmu dan sebagainya. Pendek kata setiapa gerak geri seharian kita menuntut kepada kemurnian hati.

Dalam membicarakan persoalan ikhlas ini, Ibnu Atho'llah menukilkan dalam kitab Hikamnya:

الاعمال صور قائمة وأرواحها وجود سر الاخلاص فيها

"Amal perbuatan itu sebagai kerangka yang tegak, sedang ruh (jiwanya), ialah terdapatnya rahsia ikhlas (ketulusan) dalam amal perbuatan itu."

Justeru amalan tanpa disertai dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT seolah-olah jasad yang tidak bernyawa. Ramai yang solat tanpa ikhlas, ada yang menunaikan haji semata-mata kerana mahukan gelaran, tak kurang yang menuntut ilmu kerana inginkan title 'Dr' diletakkan dihadapan nama mereka. Justeru marilah sama-sama kita muhasaah diri apakah niat kita yang sebenarnya.

Memahami peri pentingnya ikhlas dalam setiap amalan, Imam Hassan Al-Banna menjadikan ianya sebagai salah satu Rukun Baiah. Penting bagi semua pendokong amal islami menjaga niat dalam menyampaikan dakwah. Tanpa ikhlas kata-kata kita hanya akan sampai ke cuping telinga pendengar bukannya kepada hati mereka.

Biar apa pun niat kita, persoalan ikhlas ini merupakan sirrun min assraarillah (rahsia daripada rahsia Allah). Jadi bukanlah tugas kita untuk menjustifikasi seseorang berdasarkan anggapan kita. Cukuplah kita diajar oleh Nabi saw agar menghukum seseorang berdasarkan kepada zahirnya bukan menduga batinnya kerana ianya bukan kemampuan kita. Tugas kita hanyalah sentiasa bermuhasabah adakah niat kita sudah ikhlas bukan menghukum niat orang lain.

Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Soleh(5)

Insya ALLAH lets cntinue to new topic.

2. Kewajipan isteri terhadap suami

Siapa Dia Wanita Solehah?

ALLAH Ta'ala berfirman: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin kaum wanita, oleh kerana ALLAH telah melebihkan sebahagian mereka(lelaki) atas sebahagian yang lain(wanita), dan kerana mereka(lelaki) telah menafkahkan harta mereka, sebab itu maka wanita yang soleh ialah yang taat kepada ALLAH lagi memelihara diri di balik pembelakangan suaminya, oleh kerana ALLAH telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatiri nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah dari tempat tidur mereka, dan pukullah mereka; Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.

"Jalan-jalan bagi isteri untuk ke syurga

Nabi S.A.W bersabda:'Siapa saja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya rela terhadap kepergiannya, maka ia akan masuk syurga.

'Nabi S.A.W bersabda:'Jika seorang isteri telah melakukan solat lima waktu dan berpuasa sebulan penuh Ramadan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, maka diucapkan kepadanya "masuklah ke syurga dari mana-mana pintu yang kamu kehendaki.

"Pahala isteri yang seimbang dengan perang sabil

Datanglah seorang perempuan kehadapan Nabi S.A.W lalu berkata:'Hai Rasulullah S.A.W! saya adalah delegasi kaum wanita untuk menghadap paduka (untuk menanyakan kepada paduka tentang perang). Perang ini diwajibkan oleh ALLAH hanya atas kaum lelaki, jika mereka terkena luka, maka mendapat pahala dan kalau terbunuh, maka mereka tetap hidup di sisi ALLAH, lagi dicukupkan rezeki (dengan buah-buahan syurga). Dan kami kaum perempuan selalu melakukan kewajipan terhadap mereka (iaitu melayani mereka dan membantu keperluan mereka) lalu apakah kami bisa ikut memperoleh pahala perang itu?'Maka Rasulullah bersabda:' Sampaikanlah kepada perempuan-perempuan yang kamu jumpai bahawasanya taatnya kepada suami dengan penuh kesedarannya, maka pahalanya seimbang dengan pahalanya perang membela agama ALLAH. Tetapi sedikit sekali dari kamu sekalian yang mahu menjalankannya.

'Insya ALLAH akn bersambung.

Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Soleh(4)








Setiap manusia adalah pemimpin

Dari Ibnu Umar dari Nabi S.A.W bahawa Baginda bersabda:
' Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas yang dipimpinnya, seorang imam yang memimpin manusia adalah pimpinan, dan ia bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin dalam mengurusi ahlinya, ia bertanggungjawab atas yang dipimpinnya, seorang isteri adalah pemimpin di rumahtangganya dan bertanggungjawab atas keluarganya, seorang pelayan adalah pemimpin dalam mengurusi harta tuannya, ia bertanggungjawab atas peliharaannya, seorang lelaki itu adalah pemimpin di dalam mengurusi harta ayahnya, ia bertanggungjawab atas peliharaannya. Jadi setiap kamu sekalian adalah pemimpin dan setiap kamu harus bertanggungjawab atas yang dipimpinnya.

Suami yang khianat terhadap amanah ALLAH

Nabi S.A.W bersabda:
' Takutlah kepada ALLAH di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanat (titipan) yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan solat kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada ALLAH dan Rasul-Nya.

'ALLAH Ta'ala berfirman:
"Perintahlah! keluargamu untuk melakukan solat.

"Dosa suami yang terbesar di hadapan ALLAH

Diceritakan dari Nabi S.A.W bahawa Baginda bersabda:' Tidak ada seseorang yang menjumpai ALLAH S.W.T dengan membawa dosa yang lebih besar daripada seorang suami yang masa bodoh terhadap keluarganya.

'Alhamdulillah,tutup bab tanggungjwb suami.

Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Soleh3










Tanda-tanda suami yang sempurna dan tidak sempurna

Al-habib Abdullah Al-haddad berkata: ' Seorang lelaki yang sempurna adalah dia yang mempermudah dalam kewajipan-kewajipan kepadanya dan tidak mempermudah dalam kewajipan-kewajipannya kepada ALLAH. Dan seorang lelaki yang kurang ialah dia yang bersifat sebaliknya.

'keterangan:
Maksud dari penjelasan ini ialah seorang suami bersikap sudi memaafkan jika isterinya tidak menghiasi dirinya dan tidak melayaninya dengan sempurna dan lain-lain, tapi ia bersikap tegas jika isterinya tidak melakukan solat atau puasa dan lain-lain, itulah seorang suami yang sempurna. Dan seorang suami yang yang bersikap keras jika isterinya tidak menghias dirinya atau tidak melayaninya dengan sempurna dan lain-lain, tapi dia bersikap acuh dan tak acuh (dingin) jika isteri meninggalkan kewajipan-kewajipannya kepada ALLAH seperti solat, puasa dan lain-lain, maka dia adalah seorang suami yang kurang.

Beberapa perintah agama

Ketahuilah! bahawa dianjurkan bagi seorang suami memerintahkan isterinya (dan mengingatkannya dengan nada yang halus) dan menafkahinya menurut kadar kemampuannya dan berlaku tabah (jika disakiti oleh isterinya) dan bersikap halus kepadanya dan mengarahkannya ke jalan yang baik dan mengajarnya akan hukum-hukum agama yang perlu diketahui olehnya iaitu hukum bersuci, haidh dan ibadah-ibadah (yang wajib dan yang sunat).

Cara bagi suami untuk melepaskan dirinya dan keluarganya dari api neraka

Allah Ta'ala berfirman:"Hai orang-orang yang beriman! jagalah dirimu dan para keluargamu dari api neraka.

"Ibnu Abbas berkata: 'Berilah pengertian agama kepada mereka dan berilah pelajaran budi pekerti yang bagus kepada mereka."

Monday, May 12, 2008

Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Soleh(2)







Suami yang menghadap ALLAH dalam keadaan berzina

Nabi S.A.W bersabda: 'Siapa saja seorang lelaki yang mengahwini perempuan dengan maskahwin sedikit atau banyak, sedangkan dalam hatinya ia berniat untuk tidak memberikan hak perempuan tersebut (maskahwinnya) kepadanya, maka ia telah menipunya; kemudian ia meninggal dunia, sedang ia belum memberi hak perempuan tadi kepadanya, maka ia akan menjumpai ALLAH di hari kiamat nanti dalam keadaan berzina.

'Suami yang paling sempurna keimanannya

Nabi S.A.W bersabda: ' Sesungguhnya yang termasuk golongan mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang baik budi pekertinya dan mereka yang lebih halus dalam mempergauli keluarganya (isterinya,anak-anaknya dan para kerabatnya).'Nabi S.A.W bersabda: ' Orang-orang yang terbaik dari kamu sekalian ialah mereka yang lebih baik dari kamu di dalam mempergauli keluarganya, dan saya adalah orang yang terbaik dari kamu sekalian dalam mempergauli keluargaku.

'Ganjaran bagi suami yang sabar dalam mendidik isterinya

Diceritakan dari Nabi S.A.W bahawa Baginda bersabda:' Barang siapa sabar atas budi pekerti isterinya yang jelek, maka ALLAH memberinya pahala sama dengan pahala yang diberikan kepada Nabi Ayyub A.S kerana sabar atas menerima percubaan-NYA.

'catatan:Percubaan Nabi Ayyub A.S ada 4 perkara:1. habis harta bendanya2. meninggal dunia semua anaknya3. hancur badannya (penyakit)4. dijauhi oleh manusia selain isterinya bernama RahmahGanjaran bagi isteri yang sabar terhadap kejahatan suaminyaDan barangsiapa sabar atas budi pekerti suaminya yang jelek, maka ALLAH akan memberikannya pahala sama dengan pahala Aisyah isteri Fir'aun.

Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Soleh












1. Kewajipan suami terhadap isteri

Perintah ALLAH kepada suamiAllah


Ta'ala berfirman: 'Pergaulilah isteri-isterimu dengan baik.'


Suami mempunyai kewajipan yang melebihi isteri


dan Allah berfirman pula: 'Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang baik, akan tetapi para suami itu mempunyai satu tingkatan kelebihan atas isterinya.

'Pesanan terakhir Nabi Muhammad S.A.W kepada suami

Diceritakan dari Nabi S.A.W bahawa Baginda bersabda pada waktu haji wadak(perpisahan) setelah Baginda memuji kepada ALLAH dan menyanjung Nya serta menasihati para hadirin: ' Ingatlah (hai kaumku) terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada para isteri. Isteri-isteri itu hanyalah dapat diumpamakan kawanmu yang berada disampingmu, kamu tidak bisa memiliki apa-apa dari mereka selain berbuat baik, kecuali kalau isteri-isteri itu melakukan perbuatan keji yang jelas (membangkang/tidak taat) maka tinggalkanlah mereka sendirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai.Kalau isteri-isteri itu taat kepadamu maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka.Ingatlah! sesungguhnya kamu mempunyai kewajipan terhadap isteri-isterimu dan sesungguhnya isteri-isterimu itu mempunyai kewajipan-kewajipan terhadap dirimu.Kemudian kewajipan-kewajipan isteri terhadap dirimu ialah mereka tidak boleh mempersilahkan tempat tidurmu diinjak oleh orang yang kamu benci, dan mereka tidak boleh mengizinkan masuk kerumahmu kepada orang yang kamu benci.Ingatlah! kewajipanmu terhadap mereka ialah bahawa kamu melayani mereka dengan baik dalam soal pakaian dan makanan mereka.

'Kewajipan suami terhadap isteri

Nabi S.A.W bersabda: 'Kewajipan seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makan kepadanya jika ia makan, dan memberi pakaian kepadanya jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolok-olok dia dan juga tidak boleh meninggalkannya kecuali dalam tempat tidur(ketika isteri membangkang).

MusLimaH +GambaR










Muslimah dan gambar..
Friday, Dec 28 2007
Artikel/Cerpen and Peringatan..
FaisaL 12:35 pm
- dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar Dari Urdun~ dalam entri bertajuk Muslimah & Gambar -

Salam.MuqaddimahTerkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?Muslimahku,Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.Muslimahku,Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!PenyelesaiannyaAndalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya.

Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam.

copy paste lagi...hehe..

tapi sangat2 menarik

Sunday, May 11, 2008

temuduga pendidikan....


bismillahirrahmanirrahim....

+temuduga pendidikan
+kos- pend bimb dan kaunseling
+pilihan Uni- UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)
+tempat- USM Kubang Kerian
+kampus kesihatan
+bilik tutorial 4
semalam aku g temuduga pendidikan yang telah dijalankan di USM kubang kerian... alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi kerana aku terpilih dalam antara ribuan pelajar yang amek MEdSI aritu... alhamdulilah, ari ne aku ditemani bonda tercinta... xlar rase kekok sangat...

pada kol 8pg aku bertolak ke saner...huhu.. sampai kol 8.40 pg... mujur lar yang pendaftaran start kol 9pg...ramainyerrr.... budak lepasan STAM, MATRIKS, STPM dan DIPLOMA...
sbb tuh aku cakap yang aku neh bernasib bek... alhamdulillah.... adesszz..!!! xder sorang pon yang aku kenal... mujurlar aku ne jenis yang mesra alam cket... aku tegur lar a few person...
mujur ade sorang yang dapat same bilik ngan aku... ade teman lar aku pastuh...

aku ingatkan yang mintak pendidikan UPSI jer yang kena g temuduga ne.... tanyer orang tuh, orang neh... ader gak yang mintak USM, UKM, UIA dan banyak g lar.... aku dan adik tuh (aini, budak lepasan MATRIKS..) nek lewat cket ke atas... sbb aini ader probs cket... nek2 tu, da ramai da ader kat atas tuh... huhu.. nervous glerr... n excited sangat.... tp, kurang lar cket dari semalam... hahaha.. maybe sbb jmpe ngan ramai kawan kot.... I've make a lot of frenz yesterday... kebanyakannya adik aku lar...

aku dapat yang last skali... adesszzz..!!! rase boring sangat... n rase xsabar nak balik... hahahaha..
kol 2 barula aku masok dalam bilik unt ditemuduga.... aper punya soklan daa.....

+kenapa memilih kaunseling
+bagaimana nak atasi masalah student
+maksud dorongan dan bimbingan
+tugas kaunselor di skola
ade gak soklan dalam bi....
+about my scho0l
+about debate... (aku pernah j0in ke...)

last, sblom keluar... ade test lar cket sal rabun warna... huhu...

alhamdulillah... aku dapat jawab ngan knfiden, jelas dan kuat.... tp, ade a few mistakes lorr....
aku ne lau speaking tuh ader gagap cket.... dan mase penemuduga tuh suh aku speaking dalam bi sal skola aku... aku cam blur cket at da first... aiseehhh.... tp, mujur la aku dapat c0ver line.... alhamdulillah...

tp, ade rase cket ketidakpuasan ati lo0rr... nape orang len ditanya soklan yang ridicul0us dan senang...??
ade yang tanye soklan ape makanan kegemaran anda dalam bi... huh... senangnyerrr.... ade yang diajak berbual oleh panel, sal yang xmasuk akal... huhu.... soklan sal isu2 semasa....
tp, alhamdulillah... thanks 2 ALLAH swt kerana panel xtanye soklan sal pipp or falsafah pendidikan kebangsaan... aku xprepare langsung sal tuh.... hahaha.. aper2 pun, syukur kerana temuduga berjalan ngan lancar...

aku harap yang aku akan terpilih unt ke UPSI nanti... insyaALLAH.... sbb lau da jadi rezki aku, aku akan g saner gak pasneh... sbb da menjadi impian aku nak sambung blaja kat sane... aku harap ALLAH swt mempermudahkan urusan aku nanti.... insyaALLAH.. ameen ya rabbal alameen....

+thankz 2 my mum yang sudi teman aku g sane.... Luv U so muchh.....!!!
+selamat hari ibu....
+may ALLAH swt bestow His bless 2 U mum....
+gambar kat atas tuh.. ofc0z lar mak aku.... huhu... luv U so muchh...!!!(promosi mak lar kononnye nehh.. huhu)



Thursday, May 8, 2008

ngomel cket...

bismillahirrahmanirrahim...

insyaALLAH ari sabtu ne aku akan g temuduga yang akan diadakan di USM kubang kerian...
nerv0us dan excited sangat aku rase skang neh.... ape jenis soklan lar yang akan ditanya oleh penemuduga kat aku.... aku harap yang aku dapat jawab ngan konfiden ... insyaALLAH... moga aku dapat buat yang terbek nanti.... ameen yarabbal alameen....

insyaALLAH, I'll give a tips after I go to that interview... n I'll story for da moment that I'll
have in that day.... huhuhu... (betol ker ayat aku neh...??? hentam saje lar labuu...hahahahaha..)

Tuesday, May 6, 2008

alhamdulillah....

bismillahirrahmanirrahim....

aku sajer jer nak citer sal aper yang blaku sejak akhir neh....
alhamdulilah....aku bernasib bek dalam bberapa mggu ne... huhu..
arituh, dok pk sal MEdSI.. skang ne sal temuduga lar plak.... iskh...!!! nerv0us glerr....
maser aku cek ari sabtu arituh.. aku ingatkan aku xleh g tmuduga neh.... tp, alhamdulillah... da rezki aku.... ramai gak kawan aku yang xleh temuduga neh.... aku beruntung lar sbb walaupon result aku xgempak.. at least, aku dapat gak g temuduga neh.... alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi... huhu... aku tau jer yang aku leh temuduga neh... terus jer rase berdebar dalam ati ne....
macam2 lagu ader... nasyid, dangdut.... huhu..

uikkss!! masak nak kena g cari kasut lar plak... maner nak g cari neh..??? ofc0z lar kat kb...
semalam.. kebetulan lar aku mintak cuti g skola nak mengesahkan sijil aku... alang2 leh cuti tuh.. g lar kb skalik... huhu.. aku g ngan Dlah... cari pnyer cari... jmpe gak kasut yang sesuai unt aku... cantik gak lar.. sesuai ngan professi0n perguruan... aku gak tempah "nametage"... hahaha.. bia lar jadik cam cgu terus... huhu...

pastuh.. aku dok sibuk tanyer orang tuh orang neh... bukannyer ape... mintak tips ngan dorang...
kenalar usaha cket.. lau xusaha.. xder lar hasilnya.... huhu.. thankz kpd ramai yang telah t0long aku... aku mghargai pert0longan korang... thankz a milli0n... aku banyak gak carik dalam tenet...
sibuk dok bacer blog orang tuh, orang neh... huhu.. banyak gak tips yang aku leh... hope, tips tersebut dapat mbantu aku nanti.... ameen....

heran gak.... naper ramai kawan aku yang dapat result yang gempak darik aku.. tp, dorang xder rezki nak dapat temuduga neh.... ehm.. aku mmg beruntung.... alhamdulillah.... tp, aku bersimpati ngan kawan2 aku yang xdapat temuduga neh... insyaALLAH... dorang akan dapat Univ len lar tuh... insyaALLAH....

aku pon... alang2 leh temuduga ne... kenala wat yang terbek... mmg impian dan cita2 aku sejak dulu g nak masuk UPSI ne... insyaALLAH.. da termaktub yang aku masuk dan sambung study aku kat sane.. alhamdulillah... syukur ku panjatkan kehadrat Ilahi.... lau da xder rezki aku nak sambung kat cne pon nak wat camner kann.... redha jer lar.... aku juz menunggu ngan penuh debaran lau aku leh sambung katner nanti.... moga urusan aku dipermudahkan olehNya... ameen yarabbal alameen.....