Saturday, January 23, 2010

:: di sebalik AJL 24 ~

04 Safar 1431H
Email : ameer ..
http://idhamlim.blogspot.com

Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;







Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?





Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?








Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..

3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.





Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video di youtube apa itu lady in red.
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.

Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.





Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.











* ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.
Dan apa pula ini?



Apa persamaannya?



Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah



Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.

Monday, January 11, 2010

:: Jerat Hedonis Sudah Mengena Kebodohan~



Berulang kali kita katakan bahawa tidak salah menjadi bodoh, yang salah adalah tiada usaha membaiki kebodohan. Tapi ramai orang menganggap kebodohan juga satu hal dari hal kepandaian. "Jangan kata orang bodoh," kata mereka. Mereka menganggap kebodohan itu suatu SENI dan suatu REALITI.

Kebodohan Suatu Seni

Apabila Faisal Tehrani menegur akan Filem Gubra yang ada peluk gomol yang tak sepatutnya diperlakukan oleh seorang penulis skrip muslim, seorang pengarah muslim, oleh beberapa pelakon muslim, ramai penyokong islami datang mengutuk keras filem itu. Sebenarnya apa yang kita kutuk bukan kebodohan-kebodohan yang ada pada setiap diri muslim-muslim itu tadi. Mengapa? Sebab kalau nak dikira kebodohan, siapa yang tiada kebodohan? Saya sendiri akui diri saya sendiri ada kebodohan. Kalau saya tiada kebodohan, maka saya tak perlukan pada usaha menuntut ilmu, saya tak perlukan kepada para alim, saya tak perlukan sesiapa kerana saya sempurna, saya pandai segala.

Maka kita semua akui diri kita ada kebodohan yang perlu diperbaiki, dan ada ilmu yang tak rugi ditambah dan diperkasakan lagi. Nah, bukankah ilmu Allah itu luas hingga yang ada pada kita ini hanya laksana setitik air dari seluruh lautan dunia. Hal itu kita sepakati. Tapi orang yang anggap dirinya tak bodoh itu memang bodoh, dia itu kita tolak tepi kerana orang bodoh sombong tak ada tempat dalam perjalanan ini. Jadi yang kita perangi itu apa?

Kita perangi hal-hal bodoh yang dirai dan dianggap suatu seni malah suatu hal yang diagung dan dipuja dipuji. Hal ini berlaku dalam industri hiburan kita. Kita sudah berulang kali berkata, tiada pandainya seorang gadis membuka auratnya menari, terkinja-kinja, terkangkang, tertonggek untuk mendapat "feel" lagu, kita sudah maklumkan hal itu bodoh, tapi mereka tak mahu dengar. Kita sudah kata filem atau drama yang nak bergomol, nak berpegang, nak terdedah-dedah itu satu kebodohan, mereka tak mahu dengar juga. Orang yang berkata, "bagaimana kamu nak menyampaikan kejahilan tanpa menunjukkan contoh kejahilan?" adalah jahil sungguh kata-katanya. Orang seni islami yang tak dapat nak hasilkan sebuah persembahan muzik yang mengikut aturan syarak, lakonan filem dan drama yang mengikut aturan syarak, berprogram TV yang tak ikut aturan syarak, tidakkah perlukan ilmu syarak untuk memandu mereka?

Nah, kita ada pula penasihat syarak untuk menghasilkan produksi dakwah , tapi masih tak ikut aturan syarak. Sekarang kita kata mereka melakukan hal yang bodoh, mereka juga tak mahu dengar. Apa cerita? Ini orang senikah orang bodoh seni? Apa itu seni?

Seni bermaksud halus, tak nampak jelas, samar-samar,kecil, cenonet, mikro-nano, dan sebagainya. Yang kau orang nak tunjuk betapa besar kebodohan itu apa hal pulanya? Dah nama pun seni, halus, mesej juga boleh disampaikan tanpa perlu tunjuk betul-betul kepala syaitan nafsu najis kau orang itu. Orang dah bagitahu banyak kali, tak dengar juga, degil namanya, bukan marah, tapi nak bertegas sikit supaya cairlah nanti kebebalan otak-otak seni itu. Kita boleh cakap baik-baik, bukan?

Nak tegur kebodohan orang biar tegur baik-baik. Jangan berterang-terang, jangan sampai pecah hati orang, jangan sampai terhiris terluka orang, mereka mungkin belum menerima hidayah, maka perlahan-lahan sedikit intonasi itu. Nah, bab itu kau faham pula, bab kebebalan nak sampaikan mesej "jangan jadi jahil" dengan melakonkan aksi jahil yang jelas haram hukum perilakunya mana ada satu ulama pun yang kata boleh.

Nak tunjuk orang kena rogol, maka kena lakonkan aksi telanjang, jilat menjilat lelaki dan perempuan yang bukan mahram tapi islam adalah haram hukumnya. Mana boleh kita kompromi. Nak tunjuk perempuan yang belum dapat hidayah yang terbuka aurat kena melakonkan aksi terbuka aurat dan berpegang tangan watak ayah dan anak perempuan, ibu dan anak lelaki yang sebenarnya bukan mahram, adalah haram hukumnya.

Mana boleh kita kompromi. Kalau kau kata boleh kompromi, adakah kau sanggup buka tudung isterimu dan tayang depan khalayak dan layar perak kerana isterimu perlu melakonkan watak perempuan tak dapat hidayah, adakah kau boleh kompromi? Kau sanggup terima saham api neraka dari setiap ulas rambut isterimu yang ditayangkan itu? Kau sanggup biarkan isterimu dipegang, dipeluk oleh pelakon lelaki untuk melakonkan aksi kemesraan kekeluargaan ukhuwwah fillah? Boleh kompromi? Bagaimana jika isterimu terpaksa berlakon aksi ditindih lelaki untuk menjayakan adegan dirogol sang lelaki bangsat? Baju isterimu dikoyak, diraba seluruh badannya, digomol dicium, ah itukan semuanya adalah cabul kebangsatan yang telah diakui oleh alam sejagat seluruh dunia seisi alamraya ini? Kalau kau tak mahu isterimu, ibumu, adik perempuanmu, kakakmu, anak perempuanmu diperlakukan begitu, mengapa kau sanggup biarkan pelakon muslimat kita menjadi begitu dengan alasan seni?

Kebodohan Suatu Realiti

Kalau betul mereka bukan mahu baiki masyarakat atas simptom kebodohan dengan paksa masyarakat menutup aurat segala, tapi mahu baiki punca simptom kebodohan itu terjadi, maka mesej apa yang patut kalian tonjol dalam hasil seni kalian?

Mesej iman.

Alhamdulillah. Nak tonjol mesej iman dengan biar pelakon melakonkan watak tak beriman? Nak suruh pelakon buka aurat, kena rogol, terkinja, peluk gomol segala atas mesej iman? Itu kau saja fikir begitu, mesej iman boleh disampaikan tanpa melakukan perkara yang melanggar syarak. Marilah bagitahu kau satu rahsia. Kau pernah tengok cerita Star Wars?

Oh, kau tahu filem itu mendapat sambutan, tapi kau tahu tak pelakon cerita itu banyak makhluk asing. Tapi kenapa penonton tak kisah melihat makhluk asing beraksi tapi hanya mahu melihat jalan cerita dan mesejnya saja? Kau tak pernah berfikirkah?

Tak, bingung itu biasa, memang kita pun bingung, tapi bengong itu satu hal yang kau harus waspada. Filem atau drama islami boleh menonjolkan 100% isi islam dan iman, tanpa perlu menukar pelakon islami menjadi kuffar. Kalian boleh menonjolkan 100% pelakon wanita bertudung menutup aurat kemas dan tak akan biarkan kamera anda mengambil satu haram aurat mereka untuk dicabul. Kau kata nanti tak jadi realiti, jadi fantasi sebab mana ada semua wanita islam Malaysia bertudung menutup aurat kemas, habis alien Star Wars itu fantasi pun orang boleh terima , apa kena dengan perempuan bertudung 100% pula?

Yang pentingkan jalan cerita dan mesejnya saja? Atau kau juga penting rambut dan buah dada untuk ditayang sebagai seni? Sebenarnya bukan suatu tanggungjawab kau menonjolkan kejahilan dan kebatilan sebagai realiti atas nama dakwah, tapi atas nama dakwah adalah satu tanggungjawab kau menonjolkan keislaman, keimanan dan ketaqwaan sebagai suatu yang perlu direalitikan. Begitu jugalah halnya dengan persembahan konsert, teater, atau apa saja acara persembahan pentas, pentas lakonan, pentas filem drama, semuanya merupakan pentas dunia yang tidak boleh lari dari penglihatan Allah dan penilaian Allah sebagai hisab di hari kemudian. Kau jangan ingat kau boleh lari. Adalah menjadi suatu ketegasan untuk kita bersama menghapuskan para hedonis ini.

Walaubagaimanapun penulis tidak pula mahu mempromosikan kaedah kejam,maka penulis menyarankan golongan artis ini diberikan dakwah yang berkesan supaya mereka kembali ke pangkal jalan sebelum dipersisihkan mereka. Jika mereka berdegil untuk terus menjadi sekular,maka marilah kita tunjukkan kepada mereka bahawa SEKULARISME ARTIS adalah suatu yang tidak diperlukan oleh masyarakat Malaysia untuk membangunkan modal insan.

Oleh itu, sebarang aktiviti seni dan program hiburan mestilah diangkat artis yang membawa mesej-mesej mencari Redha Allah iaitu penumpuan kepada cita-cita seluruh umat islam yang mahu mendapatkan keredhaan Allah. REDHA ALLAH CENTRIC mestilah dipertontonkan secara terang,jelas dan gah di dalam setiap media hiburan seperti majalah,stesen televisyen,dan radio dan bukannya GAMBAR-GAMBAR GLAMOR ARTIS yang hanya menyuburkan kekuatan pengaruh sekular mereka. Oleh itu masyarakat mestilah memulau artis-artis yang berdegil,dan menyeru kepada makruf buat artis-artis yang mahu pulang ke pangkal jalan,serta SOKONGLAH ARTIS yang BAWA mesej-mesej yang dapat membangunkan modal insan semata-mata.

sumber-www.iluvislam.com

Sunday, January 10, 2010

:: KEBERSIHAN RUH KECANTIKAN ~



Senang berdandan merupakan tabiatnya wanita. Ingin selalu terlihat cantik dan menawan merupakan perkara yang lazim bagi mereka. Tak heran jika berbagai produk kosmetika dan pernak-pernik kecantikan yang menjamur di pasaran laku keras. Namun dalam urusan yang satu ini ada satu asas berhias yang kadang luput dari perhatian.

Asas dimaksud adalah kebersihan. Tidak terlalu berlebihan bila dikatakan: Kebersihan adalah ruh kecantikan. Tidak ada artinya berhias tanpa kebersihan. Sesuatu yang kotor dalam pandangan dan aroma yang tak sedap akan merusakkan kecantikan dan berhias itu sendiri. Karena itu kebersihan merupakan urusan pertama yang harus diperhatikan seorang wanita ketika ia akan berhias dan mempercantik dirinya.

Islam merupakan agama yang memperhatikan kebersihan, karena itu seorang muslimah yang menyandarkan dirinya kepada agama mulia ini selayaknya tidak meremehkan urusan tersebut. Paling tidak, ketika akan melaksanakan shalat lima waktu, seorang muslimah mencuci anggota-anggota wudhunya dengan baik yang berarti akan hilang darinya kotoran dan debu dalam waktu lima kali sehari semalam. Dan tidak ada hal paling besar yang dapat engkau lakukan, wahai muslimah, daripada engkau menjaga kebersihan tubuhmu dan engkau berhias sekaligus, yang dengan begitu engkau akan raih ridha Allah dan ridha suamimu sekaligus.

Air, satu alat berhias

Berbicara kebersihan, sedikit banyak terkait dengan air. Sebagai salah satu nikmat Allah yang agung, air merupakan sumber kehidupan dan juga sumber kebersihan. Bisa dikata, tidak ada satu kehidupan pun yang dapat lepas dari kebutuhan akan air. Dan air juga merupakan alat berhias dan mempercantik diri.

Jika berhias tanpa kebersihan tidak ada faedahnya, lebih-lebih kebersihan dan kecantikan tanpa membasuh diri dengan air, merupakan hal sia-sia. Mengapa demikian? Dengan air akan hilang kotoran yang merusak pandangan atau aroma yang mengganggu penciuman.

Yang dikatakan mandi tidaklah sekedar menuangkan air dalam jumlah yang banyak ke tubuh, namun yang penting bagaimana tubuh dapat mengambil faedah dari air tersebut. Rasul kita yang mulia, Muhammad shallallahu alaihi wasallam, adalah orang yang paling hemat dalam menggunakan air, “walaupun engkau berada di sungai yang airnya melimpah”, begitu kurang lebih nasehatnya kepada shahabatnya untuk hemat memakai air, padahal beliau shallallahu alaihi wasallam adalah manusia yang paling menjaga kebersihan.

Menjadikan air sebagai sarana berbersih diri tidak berarti kita harus memperbanyak mandi dalam sehari, melebihi kebiasaan yang lazim. Bahkan ini merupakan sikap berlebih-lebihan alias pemborosan. Di samping itu, mandi melebihi kebutuhan mengantarkan pada kekeringan dan pecahnya kulit.

Yang hendak ditekankan di sini, adalah mengingatkan agar tidak melupakan air, yang dengannya kulit akan kembali kepada keadaannya yang normal setelah sebelumnya merasakan panas, ditempeli oleh kotoran, debu dan aroma keringat yang tidak sedap.

Menghilangkan Bau keringat

Tubuh yang selalu berkeringat biasanya meninggalkan aroma yang tidak sedap. Dan ini jelas mengganggu penampilan dan kecantikan serta mengurangi kepercayaan diri. Perlu diketahui, fungsi keringat yang utama adalah menahan bertambahnya panas tubuh dari keadaannya yang normal/wajar, dan keringat ini pada asalnya saat dikeluarkan oleh tubuh tidaklah disertai dengan bau tak sedap. Tentu saja selama tubuh tersebut sehat dan bersih.

Adapun aroma tak sedap yang ‘dihasilkan’ keringat, itu disebabkan karena tidak bersihnya bagian tubuh yang menjadi tempat keluarnya keringat, khususnya daerah lipatan-lipatan tubuh seperti ketiak. Tempat yang lembab dan kotor tadi mengundang kehadiran bakteri, yang pada akhirnya dia ‘berkarya’ sehingga keluarlah dari tubuh aroma tak sedap dan muncullah istilah BBM (bau badan menyengat).

Dari sini, sepantasnya mereka yang bau tubuhnya tak sedap untuk segera menghilangkan penyebabnya yang telah disebutkan di atas, dan tidak sekedar mengeringkan keringat yang keluar ataupun sekedar menaburkan bedak dan menyemprotkan wangi-wangian ke daerah badan yang bau.

Ketahuilah, cara yang paling efektif menghilangkan bau keringat adalah dengan menggunakan air. Karena air merupakan wangi-wangian yang paling baik. Gunakan air beberapa kali untuk membersihkan sumber bau dari tubuh. Ketika mandi, jangan lupa menggosok daerah lipatan tubuh khususnya ketiak dan mencurahkan air secara langsung ke daerah tersebut. Akan bermanfaat pula, jika daerah bawah ketiak diolesi separuh jeruk nipis yang telah diperas. Insya Allah, kita akan merasakan hasilnya.

Satu hal yang tidak boleh dilupakan, jangan biarkan rambut ketiak tumbuh memanjang. Bahkan harus segera dihilangkan, karena rambut inilah yang juga memicu timbulnya bau. Hindari mengkonsumsi bawang dalam keadaan mentah karena bawang termasuk jenis makanan yang merangsang bau badan.

Pembaca muslimah yang baik…Bila ingin diterima dengan baik oleh lingkunganmu, selain harus berhias dengan akhlak seorang muslimah, engkau juga jangan bersikap masa bodoh terhadap kebersihan tubuhmu dan jangan cuek dengan aroma tidak sedap yang engkau keluarkan. Perhatikan keberadaan dirimu, apalagi bila engkau telah memiliki suami. Jaga penciumannya darimu, jangan sampai dia mencium darimu kecuali aroma yang wangi dan memikat.

Demikian dariku untukmu…. Semoga memberi manfaat

(Disusun oleh Ummu Ishaq Zulfa Husein dari bacaan: “Asrarul Jamal waz Zinah lil Mar’ah Al Muslimah”, karya Ummu Nurani).Asysyariah.com