Saturday, October 24, 2009

:: Pakaian Muslimah yang Bertaqwa~


Apabila ditanya kepada seorang aktivis wanita Islam ala Barat: “Kenapakah anda tidak memakai tudung?” Jawapan yang diberikan adalah: “Pakaian yang dituntut dalam Islam adalah taqwa!”, merujuk kepada ayat 26 surah al-A’raaf:

“Dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.”
Memandangkan sifat taqwa letaknya pada rohani seseorang, maka apa yang dipakai pada jasmaninya tidak perlu dipersoalkan.

Kefahaman seperti ini memang merupakan asas kepada aliran Islam Liberal dalam bab berpakaian. Kita menjawab, benar bahawa sifat taqwa letaknya pada rohani seseorang. Akan tetapi bagi manusia, apa yang terletak pada rohaninya akan terpancar pada jasmaninya. Orang yang memiliki rohani yang bertaqwa akan terpancar pada jasmaninya sifat-sifat yang membuktikan ketaqwaan tersebut. Sebagai contoh, orang yang bertaqwa akan sentiasa mengeluarkan kata-kata yang tepat lagi benar, selari dengan ketaqwaannya. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat lagi benar.” [al-Ahzab 33:70]

Demikian juga kaitannya antara rohani yang bertaqwa dan pakaian jasmani seorang muslimah. Ketaqwaan seorang muslimah akan menyebabkan jasmaninya terpancar dengan pakaian yang ciri-cirinya menepati perintah larangan Allah dan Rasul-Nya. Adapun pakaian yang belum menepati ciri-ciri tersebut, maka mungkin ia disebabkan oleh tahap ketaqwaan yang rendah. Mungkin juga, ia disebabkan kejahilan atau salah faham dalam mengetahui apakah ciri-ciri tersebut. Risalah ini insya-Allah akan memberi tumpuan kepada kemungkinan kedua. Kita mulakan dengan ciri-ciri yang pertama:

Ciri Pertama: Bukan merupakan pakaian yang meraih kemasyhuran.

Ciri pertama pakaian muslimah yang bertaqwa adalah pada tujuannya, iaitu ia tidak dipakai demi meraih kemasyhuran. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


“Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran maka Allah akan memakaikannya pada hari Kiamat yang semisal, kemudian membakarnya di dalam pakaian tersebut dengan api neraka.” [Diriwayatkan oleh Abu Daud dan dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 4029]
Tidak bertujuan meraih kemasyhuran bukanlah bermakna seorang muslimah tidak boleh memakai pakaian yang baru, kemas, berwarna dan indah. Ini kerana ukuran dalam ciri pertama ini ialah tujuan pemakaian dan bukan apa yang dipakai. Adakalanya seseorang itu turut mencari kemasyhuran dengan memakai pakaian yang buruk, robek dan kelihatan selekeh. Kemasyhuran yang dicarinya adalah mengharapkan pujian daripada orang ramai bahawa kononnya dia memiliki sifat zuhud. Ini juga adalah tujuan pemakaian yang dilarang.


Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa dilarang meraih dua bentuk kemasyhuran dalam berpakaian, yang pertama adalah memakai pakaian yang baik demi menarik perhatian orang atau keduniaan, yang kedua adalah memakai pakaian yang buruk demi menarik perhatian kepadanya. [Diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra – hadis no: 6102 dengan sanad yang lemah, dikemukakan sebagai penjelas dalam bab ini]

Ciri Kedua: Tidak menyerupai pakaian kaum bukan Islam.
Kita umat Islam dilarang daripada menyerupai kaum bukan Islam dan ini termasuklah dalam ciri-ciri berpakaian. Abdullah bin Amr bin al-‘Ash radhiallahu 'anh berkata:
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melihat saya memakai dua buah kain yang berwarna “Ushfur”, maka baginda bersabda: “Sesungguhnya ini adalah daripada pakaian orang-orang kafir maka janganlah memakainya.” [Diriwayatkan oleh Muslim di dalam Shahihnya – hadis 2077].

Terdapat beberapa sebab mengapa Islam melarang umatnya daripada menyerupai kaum bukan Islam dalam apa jua bentuk penampilan jasmani:

1. Penampilan jasmani mencerminkan identiti seseorang, sekali gus mencerminkan apa yang dibanggakannya. Justeru itu kita jarang-jarang melihat orang bukan Islam ingin berpakaian seperti orang Islam, disebabkan kebanggaan mereka dalam memelihara identiti tersendiri dan pandangan mereka yang hina kepada Islam. Sebaliknya kita melihat orang Islam suka berpakaian seperti orang bukan Islam, malah berbangga-bangga dengan pakaian tersebut. Ini amat menggembirakan orang bukan Islam kerana ia menandakan betapa umat Islam memandang hina terhadap diri sendiri dan mencari kemuliaan di sisi mereka.

2. Penampilan jasmani adalah salah satu faktor yang menjalin perhubungan di antara dua orang yang saling tidak berkenalan. Contohnya dua orang polis daripada lokasi yang berlainan, apabila berjumpa di satu tempat akan saling menegur. Faktor yang menggerakkan perhubungan antara mereka adalah pakaian seragam yang hampir mirip. Demikian juga, apabila dua orang muslimah yang tidak saling mengenali berjumpa, faktor yang akan menghubungkan mereka adalah pakaian bercirikan Islam yang mereka kenakan.

3. Penampilan jasmani mencerminkan kecenderungan hati kepada apa yang diminati dan dikasihinya. Orang yang minat kepada pasukan bolasepak pilihannya akan gemar untuk memakai baju jersi pasukan tersebut. Orang yang kasih kepada penyanyi tertentu akan berusaha untuk berfesyen sebagaimana penyanyi tersebut. Demikian juga, seorang muslimah yang cenderung kepada orang bukan Islam akan cenderung untuk berpakaian seperti mereka. Kecenderungan seperti ini adalah sesuatu yang dilarang oleh Islam kerana Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah berfirman:
“Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya.” [al-Mujadilah 58:22]

7 comments:

qlateboyy said...

ade yg xtau dan keliru tentang aurat.....kt tmpat sy study di universiti (rahsia) ade pakguard yg boleh dikategorikan sebagai blur dlm soal aurat.....di universiti ini para pelajar hendaklah berpakaian sopan ketika berada dalam kawasan universiti seperti yg tertakhluk dalam peraturan.

ape yg diperhatikan oleh sy dan yg berlaku di depan mata sy..pakguard2 ini menegur pelajar2 lelaki yg berseluar pendek atas alasan mendedahkan aurat....ini sesuatu yg baik kerana tidak menutup aurat itu berdosa.....TETAPI tidak pula dia menegur pelajar perempuan yg tidak bertudung......adakah bg pakguard itu rambut itu bkan aurat bg wanita???? ckup jahil pakguard itu.....maaf jika bahasa sy tunggang-langgang sbb biasa sy menghantar comment menggunakan bahasa inggeris

[ukhti yaya] said...

salam'alaik~

ow, gtuh ke..?? na'am.. memang xdinafikan y perkara seperti itu berlaku pada masa sekarang. banyak, bukannya sedikit! u ana pn ad blaku pkara y sama.. adoi.. ana pn xpaham knapa la pkara macam neh boleh blaku.. tp, spt y kita tahu.. masyarakat kita d akhir zaman neh kekurangan ilmu agama dlm diri mereka.. n diri ini juga mngaku y diri masih lagi dalam peringkat unt mncari ilmu2 agama.. haih~ itulah y d katakan semakin lama, pemikiran umat Islam telah d sekularkan.. d sekularkan dalam erti kata menghalalkan ap y haram n mengharamkan ap y halal. hal2 agama dpermain2kan.. umat d akhir zaman.. asif jddan kalo ap y ana katakan neh, xmenepati ap y nta keluarkan.. jzkl. wallahu'alam~

alOng's said...

salam,
isu aurat ni jugak ad kaitan nya mengikut mazhab...
jd ,cmna kita nk knalpasti???
tp ap yg alg tau, cara yg rasullah ajar adlh yg terbaik....
so cmne ni yee...

[ukhti yaya] said...

wa'alaikumussalam warah matullah..

sykran along krn sudi bangkitkan hal spt ini.. yaya hampir2 terlupa ttg hal ini.. syukron ya :)
ehm, berbalik pada persoalan drp along.. yaya pn xberani gak nk bg pendapat pn hal y yaya kurang tahu.. nanti jd bnda len gak..

tp, yaya ad tjumpa dlm web http://soaljawab.wordpress.com/2008/03/30/aurat-wanita-mengikut-mazhab/ mohon along rujuk pd web ini.. atau pd website2 islamik y len ya.. spt ustaz zaharudin ke.. bagus jgk kalo rujuk d sana.. ataupn btanyakan pd y lebih pakar lagi..

yaya ad tdengar ttg aurat pd certain2 keadaan spt niQab/purdah/cadar.. spt ad mazhab y mewajibkan muslimah pake niQob.. ad y xmewajibkan pake niqob kecuali unt kes spt muslimat itu y tlalu cantik y akn mngundang kpd blakunya fitnah.. situasi tsebut mwajibkan muslimah tsebut unt pake niQob.. dgn sbb tsebut, muslimah tsebut akn lebih selamat insyaALLAH~

nanti kalo ad ap2, boleh kita panjangkan lagi nanti kita jumpa ya .. insyaALLAH ^^v

[ukhti yaya] said...
This comment has been removed by the author.
[ukhti yaya] said...

:: asif along, kalo jawapan drp yaya xmenepati psoalan y along kemukakan.. asif jddan ya.. :) jazakillah ya ukhti :)

busana muslim said...

duh...ngga ngerti ngomong apa..tpi nice infoh