Thursday, April 8, 2010

:: EFFECTS OF COLD WATER ~

bismillahirrahmanirrahim..

Seorang mukmin adalah pemimpin bagi dirinya dan selalu menghisab dirinya.
(Hasan Al Bashri)



alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kerana sehingga ke saat ini, diri ini masih lagi sihat walafiat n moga keluarga yang tercinta yang berada di kampung juga sihat walafiat dan sentiasa berada dalam lindunganNya insyaALLAH.. amin ~ asif, kerana diri ini tidak sempat untuk mencuri masa untuk menjengah dan meng'update' blog usang ini. semester ini adalah semester yang paling sibuk sekali. ! dengan minor, tugasan-tugasan, aktiviti-aktiviti surau, adik-adik tersayang.. ehm.. memang nak menjengah blog usang kesayangan ini.. tp, memang tidak punya kesempatan.. hanya sempat untuk masukkan entri-entri yang diambil dari laman sesawang yang diri ini rasakan sangat bermanfaat untuk dikongsikan di dalam blog usang ini.. alhamdulillah, sekarang diri ini rasakan perlunya diri ini meng'update' blog usang ini kerana tidak boleh membiarkan blog usang ini terlalu bersawang untuk sekian waktu.. ehehe.. ~ kali ini diri ini ingin kongsikan sesuatu yang insyaALLAH bermanfaat untuk sahabat sahabiah baca dan ketahui.. :)apa yang diri ini kongsikan di sini dapat dari dari seorang teman maya yang menghantar artikel ini melalui emel diri ini.. :)

>>EFFECTS OF COLD WATER<<




Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas .....


Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

*****
apa yang diri ini kongsikan di atas sedikit sebanyak kena pada diri ini.. dulu, tidak sah kalau selepas makan mesti nak kena cari ais jugak.. ais dan diri ini macam tidak dapat dipisahkan pada suatu ketika dahulu. ketika diri ini membaca artikel ini,alhamdulillah diri ini sudah lama meninggalkan tabiat suka minum ais apabila selesai makan.. heee.. diri ini ingin kongsikan apa yang berlaku terhadap diri ini pada minggu lepas.. memang sebelum ini, diri ini berasa tidak enak, berasa something yang pelik seperti sakit dalam dada diri ini.. kebetulan kuliah pada minggu lepas berlangsung di dalam bilik kuliah yang terasa amat luar biasa sejuknya dari biasa.. baru je masuk kelas itu dalam setengah jam.. diri ini terasa sangat sejuk dan sampai menggigil tangan diri ini.. dalam masa yang sama diri ini telah melihat jari-jari diri ini.. ya ALLAH... biru! dan pada masa yang sama terasa sesak di dalam dada diri ini rasakan.. ' ya ALLAH.. petanda apakah ini?? ' .. diri ini tertanya-tanya..

sebelum itu diri ini sudah sedia tahu dari rakan-rakan yang pandai melihat penyakit dari tangan.. mereka mengatakan yang diri ini ada masalah dengan jantung diri ini kerana petunjuk adalah amat jelas.. pada mulanya diri ini sukar untuk percaya, tetapi apabila telah melalui situasi seperti ini telah membuatkan diri ini sedar bahawa diri memang mempunyai masalah kesihatan.. selepas dua hari situasi tersebut berlaku, diri ini sempat ber'ym' dengan kakak angkat kesayangan yang kebetulan belajar dalam bidang 'medic' di indonesia.. diri ini telah menceritakan apa yang telah berlaku kepada diri ini kepada beliau.. reaksi beliau apabila membaca apa yang telah diri cerita kepada beliau ialah beliau sangat terkejut dengan apa yang terjadi terhadap diri ini. beliau mengatakan bahawa simpton-simpton yang diri ini alami itu adalah simpton-simpton kekurangan oksigen dalam jantung!!! dan memberitahu bahawa kesan dari kekurangan oksigen adalah sangat teruk.. ! individu yang mempunyai simpton-simpton ini akan pengsan dan akan mengalami masalah yang lebih teruk lagi apabila mereka kekurangan oksigen dalam jantung mereka.. ya ALLAH.. terkedu seketika diri ini.. barulah diri ini merasakan yang apa yang berlaku kepada diri ini sebelum ini adalah teruk juga.. ~ beliau menyarankan diri ini berjumpa dengan doktor untuk periksa keadaan diri ini secepat yang mungkin.. tetapi disebabkan punya kenkangan yang tertentu telah menyebabkan diri ini menangguh dahulu hasrat diri ini ingin berjumpa dengan doktor... ya ALLAH.. bantulah hamba ya ALLAH..




Umar Al Khattab

"Barangsiapa meninggalkan ucapan yang tidak perlu, maka dia akan diberi hikmah. Barangsiapa meninggalkan penglihatan yang tidak perlu, maka dia akan diberi kekhusyu’kan dalam hati. Barangsiapa meninggalkan makan yang berlebihan, maka dia diberi kenikmatan beribadah Barangsiapa meninggalkan tertawa yang berlebihan, maka dia akan diberi kewibawaan. Barangsiapa meninggalkan cinta duniawi, maka dia akan diberi kecintaan kepada akhirat"

3 comments:

Diriku.. said...

Salam.. Entry yang sangat menarik dan berguna.semoga kita mndapat panduan dan pengajaran daripadanya..
Teruskan menukilkan nukilan yang mmberi 1001 hikmah..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Kita hanya memandangkan perkara kesihatan dari sudut sains tetapi yg sebenarnya diri mrk itu mesti ada hubungan dgn Allah SWT kalau tidak akan terus menerus dilanda penyakit. Surah AlBaqarah:9-10) يُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَمَا يَخۡدَعُونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمۡ وَمَا يَشۡعُرُونَ (٩) فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ۬ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضً۬ا‌ۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمُۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡذِبُونَ (١٠)
Sebab itulah pemimpin2 atau org2 kenamaan yg munafik sering dilanda serangan sakit jantung krn didalam jantung/ hatinya berpenyakit. Allah SWT menyuruh kita makan benda halal yg baik2 dan hidup dibawah Negara Islam yg penuh keberkatan dan tinggi kesihatan (Surah AsSaba`:15 لَقَدۡ كَانَ لِسَبَإٍ۬ فِى مَسۡكَنِهِمۡ ءَايَةٌ۬ ۖ جَنَّتَانِ عَن يَمِينٍ۬ وَشِمَالٍ۬ۖ كُلُواْ مِن رِّزۡقِ رَبِّكُمۡ وَٱشۡكُرُواْ لَهُۚ ۥ بَلۡدَةٌ۬ طَيِّبَةٌ۬ وَرَبٌّ غَفُورٌ۬ (١٥)
Wallahualam

Indrak Yanagi said...

Wah keeren,