Monday, January 11, 2010

:: Jerat Hedonis Sudah Mengena Kebodohan~



Berulang kali kita katakan bahawa tidak salah menjadi bodoh, yang salah adalah tiada usaha membaiki kebodohan. Tapi ramai orang menganggap kebodohan juga satu hal dari hal kepandaian. "Jangan kata orang bodoh," kata mereka. Mereka menganggap kebodohan itu suatu SENI dan suatu REALITI.

Kebodohan Suatu Seni

Apabila Faisal Tehrani menegur akan Filem Gubra yang ada peluk gomol yang tak sepatutnya diperlakukan oleh seorang penulis skrip muslim, seorang pengarah muslim, oleh beberapa pelakon muslim, ramai penyokong islami datang mengutuk keras filem itu. Sebenarnya apa yang kita kutuk bukan kebodohan-kebodohan yang ada pada setiap diri muslim-muslim itu tadi. Mengapa? Sebab kalau nak dikira kebodohan, siapa yang tiada kebodohan? Saya sendiri akui diri saya sendiri ada kebodohan. Kalau saya tiada kebodohan, maka saya tak perlukan pada usaha menuntut ilmu, saya tak perlukan kepada para alim, saya tak perlukan sesiapa kerana saya sempurna, saya pandai segala.

Maka kita semua akui diri kita ada kebodohan yang perlu diperbaiki, dan ada ilmu yang tak rugi ditambah dan diperkasakan lagi. Nah, bukankah ilmu Allah itu luas hingga yang ada pada kita ini hanya laksana setitik air dari seluruh lautan dunia. Hal itu kita sepakati. Tapi orang yang anggap dirinya tak bodoh itu memang bodoh, dia itu kita tolak tepi kerana orang bodoh sombong tak ada tempat dalam perjalanan ini. Jadi yang kita perangi itu apa?

Kita perangi hal-hal bodoh yang dirai dan dianggap suatu seni malah suatu hal yang diagung dan dipuja dipuji. Hal ini berlaku dalam industri hiburan kita. Kita sudah berulang kali berkata, tiada pandainya seorang gadis membuka auratnya menari, terkinja-kinja, terkangkang, tertonggek untuk mendapat "feel" lagu, kita sudah maklumkan hal itu bodoh, tapi mereka tak mahu dengar. Kita sudah kata filem atau drama yang nak bergomol, nak berpegang, nak terdedah-dedah itu satu kebodohan, mereka tak mahu dengar juga. Orang yang berkata, "bagaimana kamu nak menyampaikan kejahilan tanpa menunjukkan contoh kejahilan?" adalah jahil sungguh kata-katanya. Orang seni islami yang tak dapat nak hasilkan sebuah persembahan muzik yang mengikut aturan syarak, lakonan filem dan drama yang mengikut aturan syarak, berprogram TV yang tak ikut aturan syarak, tidakkah perlukan ilmu syarak untuk memandu mereka?

Nah, kita ada pula penasihat syarak untuk menghasilkan produksi dakwah , tapi masih tak ikut aturan syarak. Sekarang kita kata mereka melakukan hal yang bodoh, mereka juga tak mahu dengar. Apa cerita? Ini orang senikah orang bodoh seni? Apa itu seni?

Seni bermaksud halus, tak nampak jelas, samar-samar,kecil, cenonet, mikro-nano, dan sebagainya. Yang kau orang nak tunjuk betapa besar kebodohan itu apa hal pulanya? Dah nama pun seni, halus, mesej juga boleh disampaikan tanpa perlu tunjuk betul-betul kepala syaitan nafsu najis kau orang itu. Orang dah bagitahu banyak kali, tak dengar juga, degil namanya, bukan marah, tapi nak bertegas sikit supaya cairlah nanti kebebalan otak-otak seni itu. Kita boleh cakap baik-baik, bukan?

Nak tegur kebodohan orang biar tegur baik-baik. Jangan berterang-terang, jangan sampai pecah hati orang, jangan sampai terhiris terluka orang, mereka mungkin belum menerima hidayah, maka perlahan-lahan sedikit intonasi itu. Nah, bab itu kau faham pula, bab kebebalan nak sampaikan mesej "jangan jadi jahil" dengan melakonkan aksi jahil yang jelas haram hukum perilakunya mana ada satu ulama pun yang kata boleh.

Nak tunjuk orang kena rogol, maka kena lakonkan aksi telanjang, jilat menjilat lelaki dan perempuan yang bukan mahram tapi islam adalah haram hukumnya. Mana boleh kita kompromi. Nak tunjuk perempuan yang belum dapat hidayah yang terbuka aurat kena melakonkan aksi terbuka aurat dan berpegang tangan watak ayah dan anak perempuan, ibu dan anak lelaki yang sebenarnya bukan mahram, adalah haram hukumnya.

Mana boleh kita kompromi. Kalau kau kata boleh kompromi, adakah kau sanggup buka tudung isterimu dan tayang depan khalayak dan layar perak kerana isterimu perlu melakonkan watak perempuan tak dapat hidayah, adakah kau boleh kompromi? Kau sanggup terima saham api neraka dari setiap ulas rambut isterimu yang ditayangkan itu? Kau sanggup biarkan isterimu dipegang, dipeluk oleh pelakon lelaki untuk melakonkan aksi kemesraan kekeluargaan ukhuwwah fillah? Boleh kompromi? Bagaimana jika isterimu terpaksa berlakon aksi ditindih lelaki untuk menjayakan adegan dirogol sang lelaki bangsat? Baju isterimu dikoyak, diraba seluruh badannya, digomol dicium, ah itukan semuanya adalah cabul kebangsatan yang telah diakui oleh alam sejagat seluruh dunia seisi alamraya ini? Kalau kau tak mahu isterimu, ibumu, adik perempuanmu, kakakmu, anak perempuanmu diperlakukan begitu, mengapa kau sanggup biarkan pelakon muslimat kita menjadi begitu dengan alasan seni?

Kebodohan Suatu Realiti

Kalau betul mereka bukan mahu baiki masyarakat atas simptom kebodohan dengan paksa masyarakat menutup aurat segala, tapi mahu baiki punca simptom kebodohan itu terjadi, maka mesej apa yang patut kalian tonjol dalam hasil seni kalian?

Mesej iman.

Alhamdulillah. Nak tonjol mesej iman dengan biar pelakon melakonkan watak tak beriman? Nak suruh pelakon buka aurat, kena rogol, terkinja, peluk gomol segala atas mesej iman? Itu kau saja fikir begitu, mesej iman boleh disampaikan tanpa melakukan perkara yang melanggar syarak. Marilah bagitahu kau satu rahsia. Kau pernah tengok cerita Star Wars?

Oh, kau tahu filem itu mendapat sambutan, tapi kau tahu tak pelakon cerita itu banyak makhluk asing. Tapi kenapa penonton tak kisah melihat makhluk asing beraksi tapi hanya mahu melihat jalan cerita dan mesejnya saja? Kau tak pernah berfikirkah?

Tak, bingung itu biasa, memang kita pun bingung, tapi bengong itu satu hal yang kau harus waspada. Filem atau drama islami boleh menonjolkan 100% isi islam dan iman, tanpa perlu menukar pelakon islami menjadi kuffar. Kalian boleh menonjolkan 100% pelakon wanita bertudung menutup aurat kemas dan tak akan biarkan kamera anda mengambil satu haram aurat mereka untuk dicabul. Kau kata nanti tak jadi realiti, jadi fantasi sebab mana ada semua wanita islam Malaysia bertudung menutup aurat kemas, habis alien Star Wars itu fantasi pun orang boleh terima , apa kena dengan perempuan bertudung 100% pula?

Yang pentingkan jalan cerita dan mesejnya saja? Atau kau juga penting rambut dan buah dada untuk ditayang sebagai seni? Sebenarnya bukan suatu tanggungjawab kau menonjolkan kejahilan dan kebatilan sebagai realiti atas nama dakwah, tapi atas nama dakwah adalah satu tanggungjawab kau menonjolkan keislaman, keimanan dan ketaqwaan sebagai suatu yang perlu direalitikan. Begitu jugalah halnya dengan persembahan konsert, teater, atau apa saja acara persembahan pentas, pentas lakonan, pentas filem drama, semuanya merupakan pentas dunia yang tidak boleh lari dari penglihatan Allah dan penilaian Allah sebagai hisab di hari kemudian. Kau jangan ingat kau boleh lari. Adalah menjadi suatu ketegasan untuk kita bersama menghapuskan para hedonis ini.

Walaubagaimanapun penulis tidak pula mahu mempromosikan kaedah kejam,maka penulis menyarankan golongan artis ini diberikan dakwah yang berkesan supaya mereka kembali ke pangkal jalan sebelum dipersisihkan mereka. Jika mereka berdegil untuk terus menjadi sekular,maka marilah kita tunjukkan kepada mereka bahawa SEKULARISME ARTIS adalah suatu yang tidak diperlukan oleh masyarakat Malaysia untuk membangunkan modal insan.

Oleh itu, sebarang aktiviti seni dan program hiburan mestilah diangkat artis yang membawa mesej-mesej mencari Redha Allah iaitu penumpuan kepada cita-cita seluruh umat islam yang mahu mendapatkan keredhaan Allah. REDHA ALLAH CENTRIC mestilah dipertontonkan secara terang,jelas dan gah di dalam setiap media hiburan seperti majalah,stesen televisyen,dan radio dan bukannya GAMBAR-GAMBAR GLAMOR ARTIS yang hanya menyuburkan kekuatan pengaruh sekular mereka. Oleh itu masyarakat mestilah memulau artis-artis yang berdegil,dan menyeru kepada makruf buat artis-artis yang mahu pulang ke pangkal jalan,serta SOKONGLAH ARTIS yang BAWA mesej-mesej yang dapat membangunkan modal insan semata-mata.

sumber-www.iluvislam.com

No comments: