Tuesday, February 24, 2009

kEnangaN menggamIt memOri, menimbUlkaN kEinsafaN~

bismillahirahmanirrahim...
alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah...
kerana dengan limpah dan kurniaNya, aku masih lagi sihat walafiat.. masih lagi mendapat rahmatNya sehingga ke saat ini... alhamdulillah.. syukur ya ALLAH..
mOga keluargaku yang jauh di mata tetap dekat di hati juga sentiasa sihat2 walafiat..
amin ya ALLAH...

adEs~ lama rasa xupdate blog aku nEh...xsempat, tambahan pula wireless kat rumah aku 3,4 hari neh susah pulak nak dapat... alhamdulillah, hari ini baru dapat on9 balik..
dapat aku update blog aku nEh.. ^.~ akhir-akhir neh sibuk sikit.. dengan esaimennya... dengan aktivitinya..huk3..

tp, paling yang tidak dapat aku lupakan aktiviti blOk aku yang pErgi ke GOmbak pada hari ahaD lepas.. subahanallah... satu pengalaman yang menarik... yang menginsafkan aku.. yang membuatkan aku begitu merasa bersyukur dengan kehidupanku walaupun aku di uji dengan sedikit dugaan... yang sebenarnya telah membuatkan diriku menjadi lebih kuat dari sebelum ini.. lebih pasrah... lebih menerima... lebih tabah... lebih kebal... ya ALLAH.. alhamdulillah kerana Engkau telah memberikan hamba dugaan ini yang telah membuatkan hamba tidak lalai dan leka ya ALLAH... alhamdulillah.. syukur yang tidak terhingga ya ALLAH...terima kasih kerana begitu sayang akan hambaMu ini.. ^.^

ehm..
aktiviti ke POndOk penyayang raudhaH tidak aku lupakan selagi hayat dkandung badan...
insyaALLAH... aku rasa nak cerita secara terperinci aja pengalamanku pada hari tersebut... memang sangat perlu untuk berkongsi dengan sesiapa aja yang singgah atau mampir ke blOgku... ehehe.. insyaALLAH...

kami bertOlak dari kOlej Za'ba, UPSI pada pukul 8pg.. alhamdulillah.. perjalanan yang mengambil masa selama 2jam itu berjalan dengan lancar... kami sampai d pOndOk penyanyang raudhah kira2 jam 10pagi.. alhamdulillah.. perjalanan kami berjalan dengan lancar ya ALLAH... sampai2 je kat sana.. kami telah disambut oleh akh apai yang sentiasa membuatkan kami tidak kering gusi dengan lawaknya... ehehe.. tutur kata beliau pun penuh dengan unsur nasihat dan dselitkan dengan hadis dan ayat Quran.. subhanallah... Maha Suci ALLAH... dia adalah anak angkat kepada pemilik tmpat tersebut iaitu uztaz Mokhtarudin.. <---betul ke x aku eja nama nEh... ehehe

kEmudian..... bermulalah episOd yang kami nanti-nantikan... kami dikehendaki berjalan kaki masuk ke dalam sikit dalam 500m.. apabila sampai je kat situh..
subhanallah... terkagum ku sejenak... masyaALLAH.. tempatnya amat indah... bayangkan dalam kawasan yang sedikit hutan, berbukit, redup, dengan daun-daunnya yang berguguran... subhanallah.. sungguh menarik ya ALLAH! tetapi tempat tersebut sedikit daif... eh, bukan...! terlalu daif ya ALLAH... xdapat aku bayangkan anak-anak kecil yang hanya berumur beberapa bulan sudah tinggal d sini yang hanya d temani oleh ibunya, tanpa d temani oleh ayahnya... subhanallah....

begitu sebak hati ini tatkala melihat anak-anak yang menjadi penghuni d sini... dengan berpakaian yang serba kekurangan dan begitu naif sekali.. masih kecil lagi, tetapi sudah tinggal dengan rakan-rakan yang senasib tanpa kasih sayang dari ibu bapa mereka.. tp, alhamdulillah.. mereka punya abuya ( pak long a.k.a ust mokhtarudin ), akh apai dan beberapa orang lagi menjadi tempat untuk mereka mengadu dan mendapatkan kasih sayang... alhamdulillah...

untuk persembahan alu-aluan menyambut kedatangan kami, anak-anak kecil d sini telah mempersembahkan satu persembahan yang mantop dan bertenaga sekali..!terkelu aku seketika...~~ selepas itu, kami d bahagikan kepada kumpulan masing-masing untuk aktiviti dalam kumpulan... aktiviti taa'ruf antara kumpulan aku dan anak-anak kecil itu... ALLAH..... mereka sungguh naif ya ALLAH.... hampir berguguran air mataku apabila anak kecil yang paling muda dalam kumpulan kami merengek kelaparan dan d mintakan kami membelikannya aiskrim atau keropOk... ya ALLAH... kesiannya... tp, kami terpaksa mengabaikan permintaannya kerana duit pokEt masing-masing berada dalam keadaan yang meruncing.. aDEs~ aku pun dok tunggu duit ptptn masok skang... lambatnyaa... haiz~

tp, alhamdulillah.. kami dapat kenal ngan mesra lepas tuh walaupun dalam keadaan anak kecil itu yang terlampau aktif.. huhuh.. xreti dok diam.. asyik merayap je kerjanya... melihat dia, sedikit sebanyak rinduku kepada anak buahku telah berkurangan.. alhamdulillah... aktiviti kami berhenti pada pukul 1.. berhenti untuk bersiap sedia untuk menunaikan sOlat ZohOr dan makan tengah hari... makan dalam talam lagik..?? subhanallah.. aku amat suka makan dalam talam beramai-ramai... kami makan dalam 6 orang satu talam dan 2 orang adik.. kami saling suap-menyuap antara satu sama lain.. alhamdulillah.. nikmatnya makan begitu... ^.~

selepas makan, dalam pukul 3.. kami adakan pula aktiviti gotong-royOng... alhamdulillah, kami sama-sama bersatu hati, ringankan tulang membersihkan beberapa tempat yang telah dikhaskan.. alhamdulillah, aktiviti tersebut berjalan dengan lancar.. kami merancang mahu adakan pula acara sukaneka iaitu acara penghabisan dalam lawatan kami ke sana... subhanallah.. hujan telah turun dengan lebatnya..
kami teruskan juga dengan perancangan kami dengan mengadakan aktiviti tersebut d kawasan atas yang lebih tertutup dan selesa.. rasa xbetah untuk menghampakan permintaan mereka walaupun hujan turun dengan lebatnya.. sebab itulah kami mengambil keputusan untuk terus menjalankan aktiviti sukaneka tersebut.. di wajah mereka terpancar sinar bahagia.. betapa gembiranya mereka tatkala menyertai acara sukaneka tersebut.. walaupun kami penat dan mengantuk.. tetapi tatkala melihat telatah mereka telah membuatkan keletihan dan rasa mengantuk kami hilang... gembira... gembira melihat mereka begitu seronok dalam menyertai aktiviti tersebut...

selepas itu... sOlat asar.. minum petang.. dan majlis penutup.. rasa sayu je nak tinggalkan tempat tersebut... banyak yang aku belajar hari neh.. tentang rasa bersyukur dalam hidup kita.. kita ini sudah terlalu bernasib baik.. kerana hidup dalam keadaan yang serba baik dalam dunia hari ini.. kita terlalu bernasib baik kalau nak dibandingkan dengan nasib anak-anak tersebut... ya ALLAH... syukurlah.. harapanku semasa meniggalkan kawasan yang indah tersebut.. mOga mereka dapat menjalani kehidupan yang baik dan akan menjadi lebih baik apabila mereka meningkat dewasa kelak.. amin ya ALLAH.. insyaALLAH... pengalaman ke sana telah membuatkan aku merenung diriku ini yang serba kekurangan... banyak lagi yang perlu aku perbaiki dalam diri aku ini..

ilalliqa'

No comments: