Tuesday, May 13, 2008

Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Soleh(4)








Setiap manusia adalah pemimpin

Dari Ibnu Umar dari Nabi S.A.W bahawa Baginda bersabda:
' Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas yang dipimpinnya, seorang imam yang memimpin manusia adalah pimpinan, dan ia bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin dalam mengurusi ahlinya, ia bertanggungjawab atas yang dipimpinnya, seorang isteri adalah pemimpin di rumahtangganya dan bertanggungjawab atas keluarganya, seorang pelayan adalah pemimpin dalam mengurusi harta tuannya, ia bertanggungjawab atas peliharaannya, seorang lelaki itu adalah pemimpin di dalam mengurusi harta ayahnya, ia bertanggungjawab atas peliharaannya. Jadi setiap kamu sekalian adalah pemimpin dan setiap kamu harus bertanggungjawab atas yang dipimpinnya.

Suami yang khianat terhadap amanah ALLAH

Nabi S.A.W bersabda:
' Takutlah kepada ALLAH di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanat (titipan) yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan solat kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada ALLAH dan Rasul-Nya.

'ALLAH Ta'ala berfirman:
"Perintahlah! keluargamu untuk melakukan solat.

"Dosa suami yang terbesar di hadapan ALLAH

Diceritakan dari Nabi S.A.W bahawa Baginda bersabda:' Tidak ada seseorang yang menjumpai ALLAH S.W.T dengan membawa dosa yang lebih besar daripada seorang suami yang masa bodoh terhadap keluarganya.

'Alhamdulillah,tutup bab tanggungjwb suami.

No comments: