Monday, May 12, 2008

Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Soleh












1. Kewajipan suami terhadap isteri

Perintah ALLAH kepada suamiAllah


Ta'ala berfirman: 'Pergaulilah isteri-isterimu dengan baik.'


Suami mempunyai kewajipan yang melebihi isteri


dan Allah berfirman pula: 'Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang baik, akan tetapi para suami itu mempunyai satu tingkatan kelebihan atas isterinya.

'Pesanan terakhir Nabi Muhammad S.A.W kepada suami

Diceritakan dari Nabi S.A.W bahawa Baginda bersabda pada waktu haji wadak(perpisahan) setelah Baginda memuji kepada ALLAH dan menyanjung Nya serta menasihati para hadirin: ' Ingatlah (hai kaumku) terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada para isteri. Isteri-isteri itu hanyalah dapat diumpamakan kawanmu yang berada disampingmu, kamu tidak bisa memiliki apa-apa dari mereka selain berbuat baik, kecuali kalau isteri-isteri itu melakukan perbuatan keji yang jelas (membangkang/tidak taat) maka tinggalkanlah mereka sendirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai.Kalau isteri-isteri itu taat kepadamu maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka.Ingatlah! sesungguhnya kamu mempunyai kewajipan terhadap isteri-isterimu dan sesungguhnya isteri-isterimu itu mempunyai kewajipan-kewajipan terhadap dirimu.Kemudian kewajipan-kewajipan isteri terhadap dirimu ialah mereka tidak boleh mempersilahkan tempat tidurmu diinjak oleh orang yang kamu benci, dan mereka tidak boleh mengizinkan masuk kerumahmu kepada orang yang kamu benci.Ingatlah! kewajipanmu terhadap mereka ialah bahawa kamu melayani mereka dengan baik dalam soal pakaian dan makanan mereka.

'Kewajipan suami terhadap isteri

Nabi S.A.W bersabda: 'Kewajipan seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makan kepadanya jika ia makan, dan memberi pakaian kepadanya jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolok-olok dia dan juga tidak boleh meninggalkannya kecuali dalam tempat tidur(ketika isteri membangkang).

No comments: