Insya ALLAH lets cntinue to new topic.
2. Kewajipan isteri terhadap suami
Siapa Dia Wanita Solehah?
ALLAH Ta'ala berfirman: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin kaum wanita, oleh kerana ALLAH telah melebihkan sebahagian mereka(lelaki) atas sebahagian yang lain(wanita), dan kerana mereka(lelaki) telah menafkahkan harta mereka, sebab itu maka wanita yang soleh ialah yang taat kepada ALLAH lagi memelihara diri di balik pembelakangan suaminya, oleh kerana ALLAH telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatiri nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah dari tempat tidur mereka, dan pukullah mereka; Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.
"Jalan-jalan bagi isteri untuk ke syurga
Nabi S.A.W bersabda:'Siapa saja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya rela terhadap kepergiannya, maka ia akan masuk syurga.
'Nabi S.A.W bersabda:'Jika seorang isteri telah melakukan solat lima waktu dan berpuasa sebulan penuh Ramadan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, maka diucapkan kepadanya "masuklah ke syurga dari mana-mana pintu yang kamu kehendaki.
"Pahala isteri yang seimbang dengan perang sabil
Datanglah seorang perempuan kehadapan Nabi S.A.W lalu berkata:'Hai Rasulullah S.A.W! saya adalah delegasi kaum wanita untuk menghadap paduka (untuk menanyakan kepada paduka tentang perang). Perang ini diwajibkan oleh ALLAH hanya atas kaum lelaki, jika mereka terkena luka, maka mendapat pahala dan kalau terbunuh, maka mereka tetap hidup di sisi ALLAH, lagi dicukupkan rezeki (dengan buah-buahan syurga). Dan kami kaum perempuan selalu melakukan kewajipan terhadap mereka (iaitu melayani mereka dan membantu keperluan mereka) lalu apakah kami bisa ikut memperoleh pahala perang itu?'Maka Rasulullah bersabda:' Sampaikanlah kepada perempuan-perempuan yang kamu jumpai bahawasanya taatnya kepada suami dengan penuh kesedarannya, maka pahalanya seimbang dengan pahalanya perang membela agama ALLAH. Tetapi sedikit sekali dari kamu sekalian yang mahu menjalankannya.
'Insya ALLAH akn bersambung.
No comments:
Post a Comment