Monday, May 19, 2008

Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Soleh(8)

Insya ALLAH lets cntinue.

3 golongan manusia yang tidak diterima sembahyangnya oleh ALLAH.

Nabi S.A.W bersabda:
' Tiga orang yang tidak diterima solatnya (tidak diberi pahala solatnya) oleh ALLAH dan tidak diangkat kebajikan mereka ke langit ialah:
1. budak yang lari dari tuannya hingga dia kembali;
2. seorang isteri yang dimurkai oleh suaminya hingga rela;
3. orang yang mabuk hingga dia sedar kembali.

'Isteri yang segala amalan kebajikannya tidak diterima ALLAH.

Nabi S.A.W bersabda:
' Jika seorang isteri berkata kepada suaminya "tidak pernah aku melihat kebajikanmu sama sekali", maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya.

'Keterangan:Maksud dari hadis ini ialah jika seorang isteri yang diperlakukan dengan baik oleh suaminya seperti telah diberi nafkah dan diberi pakaian dan lain-lain tapi ia tidak mengakuinya, maka hancur leburlah amal kebajikannya.

Isteri yang haram mencium bau syurga.

Nabi S.A.W bersabda:
' Siapa saja seorang isteri meminta cerai kepada suaminya tanpa sebab keadaan yang sangat diperlukan, maka haramlah bau syurga atasnya.

'Keterangan:Hal ini biasa terjadi bagi seorang isteri yang tidak senang kepada suaminya dan ia meminta cerai kepadanya, kerana khuatir tidak bisa menjalankan kewajipannya terhadap suaminya, seperti mempergauli dengan baik.

Insya ALLAH akn bsambung.

No comments: