Tuesday, July 8, 2008

Antara Mengumpat & Memberitahu

bismillahirrahmanirrahim...
assalamu'alaykum w.b.t...

alhamdulillah, ana terjumpa dengan artikel yang menarik dalam ILuvIslam.com pada hari ahad.. ajatnya nak p0st kat cne tp lately ana pulak bz cket... semalam baru je ana cuti sebab ada temujanji ngan d0ktor... so, ana tangguhkan dulu niat ana nak posting artikel ne dalam bl0g ana... sem0ga bmanfaat untuk antum antuna... insyaALLAH... ameen.. sm0ga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya.. ameen ya rabbal alameen...

Umat Melayu adalah satu umat yang special. Umat Melayu adalah satu umat yg lembut, berhemah dan bersopan santun. Umat Melayu bukan jenis memaki orang, bertengkar kasar, tetapi satu umat yang banyak mengalah dan memendam rasa. Walaupun begitu, berhemah dan bersopan santun umat Melayu tidak bermakna mereka tidak menyimpan didalam hati. Jika umat Arab boleh bertengkar begitu hebat, mereka juga boleh baik dengan kadar hampir serta merta. Mereka boleh bersalam, bercium dahi dan kemudiaanya pergi seolah olah tidak ada apa apa yang berlaku. Umat Melayu belum tentu demikian, didepan tidak ada apa berlaku, didalam hati atau di belakang mungkin banyak yang berlaku.
Oleh kerana umat melayu yang berhemah tinggi, perkara mengumpat adalah satu perkara yang dibenci. Jika didalam arena politik, ahli politik A memberitahu akan keburukan ahli politik B, umat melayu dengan mudah mengatakan ahli politik A telah mengumpat. Mereka begitu benci jika ini berlaku walaupun tanpa mereka sedari, gossip dan umpat adalah perkara lumrah dalam kehidupan mereka terutama apabila di kedai minum teh dan juga di pejabat. Dan kalau ahli politik A menggunakan perkataan yang agak keras, dengan mudah ahli politik A dikatakan memaki hamun.

Walaupun aktiviti mengumpat adalah biasa didalam masyarakat melayu, terutama nya didalam dunia pekerjaan dipejabat, mereka merasa janggal apabila orang politik menyebut kesalahan demi kesalahan kerajaan yang memerintah. Adakalanya ahli politik ini ada menyebut serba sedikit hal individu individu tertentu dan memang diakui ada yang terlebih sedikit dalam sebutan mereka. Mereka ini dituduh sebagai membuka kesalahan orang lain.

Persoalannya, ADAKAH SALAH UNTUK KITA MENYEBUT KEBURUKAN ORANG LAIN DIDALAM SEMUA PERKARA?

Jawapan yang ingin saya utarakan ialah, APABILA KITA MENYEBUT KESALAHAN ORANG LAIN, TIDAK SEMUANYA DIKATEGORIKAN SEBAGAI MENGUMPAT, terutama didalam usaha menegakkan keadilan dan memilih kepimpinan negara.

Jawapan saya itu adalah berdasarkan kepada pendapat 2 ulama besar, iaitu imam Ghazali didalam buku Bimbingan Mukminin, dan imam Yusuf Qardhawi didalam buku Halal Dan Haram Dalam Islam.

Imam Ghazali mengariskan 6 perkara yang membolehkan menceritakan hal orang lain. Iaitu:

1. Didepan hakim didalam membela seseorang dari penganiayaan.

2. Apabila meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran atau mengembalikan seseorang ke jalan kebaikan.

3. Mengingatkan seseorang Muslim kepada sesuatu kejahatan seseorang. Dimana tujuannya mengingatkan orang lain supaya menjauhkan diri dari orang itu. Begitu juga didalam kes membincangkan kesesuaian seseorang untuk menjadi suami atau isteri , iaitu didalam pemilihan pasangan hidup.

4. Apabila seseorang itu memang sengaja terang terang membuat kefasikan dan bermegah megah dengan perbuatan itu.

5. Ketika meminta fatwa atau penerangan sesuatu hukum dalam ugama.

6. Apabila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran, maka tidak salah untuk menyebut gelaran itu walau menyebut gelaran itu bagaikan mengumpat.

Bertolak dari 6 perkara di atas, terutama perkara 1 & 3, dimana memberitahu akan keburukan orang dibolehkan kerana ada kepentingan menegakkan keadilan dan memilih pasangan, maka boleh ditakrifkan bahawa DIDALAM MEMILIH KEPIMPINAN KITA DIBOLEHKAN UNTUK MEMBERITAHU AKAN KEBURUKAN ORANG JIKA PERLU

Memilih kepimpinan negara adalah suatu perkara yang amat penting. Salah pilih kepimpinan, bukan saja negara akan menghadapi bahaya, ianya juga akan mencengkam dan menzalimi rakyat. Mereka akan menghabiskan harta negara dengan perangai korupsi mereka dan berbillion ringgit akan hilang.

Walaubagaimana pun didalam usaha untuk menerangkan dan memberitahu bahawa orang tertentu tidak layak untuk menjadi kepimpinan negara, adab adab masih perlu dijaga. Ianya mestilah tidak sampai hingga ketaraf menghina orang itu.

Pemberitahuan itu hanya untuk menerangkan orang ramai bahawa orang begini tidak layak memimpin negara. Imam Yusuf Qardawi didalam membicarakan mengenai memberitahu keburukan orang lain kerana sesuatu kepentingan berkata "Dan jika kepentingan itu dapat ditempuh dengan sindiran maka tidak boleh berterang-terangan atau menyampaikan secara terbuka". Cuma kadang kadang penggunaan sindiran tidak memberitahu perkara sebenarnya dan hanya membuatkan orang keliru dan tertanya-tanya.

Tapi pokoknya, di dalam usaha memberitahu keburukan orang lain dalam pemilihan kepimpinan, kita perlu berhati-hati dan menjaga adab sebaiknya. Tetapi jangan kita pula menolak ada kalanya memang ada keperluan untuk memberitahu keburukan orang lain, untuk memastikan mereka yang bersih sahaja memegang tunggak kepimpinan.

Nukilan Hamdy petikan ingatan Yahoogroups

wassalam~

No comments: