Sesetengah orang berpendapat bahawa agama melarang ia daripada ketawa, bergurau dan berlawak bahkan mewajibkan muslim sentiasa berada dalam keadaan serius dan dalam setiap urusannya.
Pemahaman ini dikuatkan lagi dua perkara:
1: Pendirian ramai di kalangan mereka yang berpegang teguh dan bersemangat dengan agama yang sentiasa berkerut dah, bermuka masam dan serius ketika bertemu, kasar dalam percakapan dan muamalah dengan orang ramai khasnya dengan orang yang pada pandangannya lemah pegangan agamanya.
2: Beberapa nas yang mereka baca atau dengar daripada sesetengah penceramah dan pendakwah yang difahami bahawa Islam tidak menggalakkan ketawa, gembira dan gurauan. Antaranya hadis:
Maksudnya
"Janganlah kamu membanyakkan ketawa kerana ketawa yang banyak akan mematikan hati "
Maksudnya:
"Kecelakaan bagi orang yang mencipta percakapan untuk menjadikan mamusia ketawa sedangkan dia berdusta. Celakalah dia, celakalah dia. "1
Dalam satu hadis yang menyebut sifat Rasulullah (s.a.w):
Maksudnya:
"Rasulullah (s.a.w) sentiasa berdukacita. "
Firman Allah melalui lisan kaum Qarun:
Maksudnya.
"Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah (seperti lagakmu itu). " Al-Qasas: 76
Sepanjang pemahaman saya yang terhad tentang Islam, saya berpendapat bahawa kenyataan ini adalah suatu kezaliman kepada Islam yang menganjurkan umatnya agar sentiasa bersederhana dalam setiap perkara.
Harapan saya agar tuan dapat menerangkan pendirian Islam dalam masalah ini bersandarkan kepada dalil-dalil syarak Semoga dengan itu kita bersama mendapat manfaat.
Jawapan:
Ketawa adalah suatu keistimewaan yang ada pada manusia. Binatang tidak mempunyai sifat ini kerana ketawa timbul daripada pemahaman yang jelas daripada apa yang didengar atau keadaan yang dilihatnya.
Berdasarkan kepada kenyataan di atas, manusia dikatakan sebagai haiwan yang boleh ketawa. Suatu kenyataan yang benar apabila seseorang berkata:
Aku ketawa, dengan itu aku adalah manusia.
Islam dengan sifatnya sebagai suatu agama fitrah, tentunya tidak akan menyanggahi tabiat asal manusia yang menyukai ketawa dan riang. Bahkan Islam memberikan galakan kepada setiap perkara yang dapat menjadikan hidup manusia gembira dan harmoni. Islam menggalakkan umatnya menjadi seorang yang optimis dan periang serta membenci orang yang bersikap putus asa dan pesimis dalam kehidupannya.
Ikutan muslimin dalam masalah ini ialah Rasulullah (s.a.w).
Walaupun baginda (s.a.w) menghadapi banyak masalah, baginda s.a.w tetap bergurau tetapi dengan perkara yang benar sahaja. Baginda (s.a.w) bersama para sahabatnya hidup dalam suasana yang sederhana dan tenang, bergaul dengan mereka di waktu ketawa, bermain dan bergurau bersama mereka sebagaimana baginda sentiasa bersama mereka ketika mereka menghadapi suasana keperitan dan kesusahan.
Zaid bin Thaabit berkata apabila dipinta menceritakan hal keadaan Rasulullah:
"Aku adalah jiran Rasulullah. Apabila datang baginda memanggilku untuk menulis wahyu tersebut. Apabila kami bercerita mengenai hal keduniaan, baginda akan bersama kami. Begitu juga apabila berbincang mengenai akhirat atau makanan, baginda akan bersama-sama kami."
Zaid berkata:
"Itulah yang aku dapat perkatakan tentang kehidupan Rasulullah (s.a.w). "2
Ada di kalangan para sahabat yang menyifatkan Rasulullah sebagai antara orang yang paling periang.3
Di rumah, baginda bergurau senda dan bermesra dengan isteri-isteri baginda. Baginda mendengar cerita-cerita mereka sepertimana yang disebutkan di dalam hadis Ummu Zar'ie yang masyhur dalam Sahih Bukhari.
Rasulullah juga pernah berlumba lari dengan `Aisyah (r.a). pada suatu ketika dan Aishah memenanginya. Selepas beberapa ketika, baginda sekali lagi berlumba dengannya dan baginda pula yang memenanginya. Lalu baginda berkata:
"Kemenangan ini sebagai balasan kemenangan kamu dulu."
Diriwayatkan bahawa baginda telah merangkak agar kedua cucunya Hasan dan Husain (r.a). dapat menaiki belakang baginda dan bermain-main di atasnya tanpa rasa radang ataupun marah. Salah seorang sahabat telah datang bertemu baginda ketika itu dan menyaksikan peristiwa tersebut lalu berkata:
"Sebaik-baik tunggangan ialah tunggangan kamu berdua."
Lalu baginda bersabda;
"Sebaik-baik penunggang ialah mereka berdua."
Baginda juga pernah bergurau dengan seorang perempuan tua yang datang kepadanya seraya berkata:
"Wahai Rasulullah, tolong doakan agar aku dapat memasuki syurga."
Lalu baginda berkata kepadanya:
"Wahai ibusi pulan, orang-orang tua tidak akan memasuki syurga."
Perempuan tua itu menangis kerana dia memahami percakapan Rasulullah berdasarkan kepada zahimya. Maka Rasulullah menjelaskan kepadanya bahawa apabila seseorang memasuki syurga, dia tidak akan memasukinya dalam keadaan tua tetapi dalam keadaan muda dan cantik. Kemudian baginda membaca ayat suci al-Quran:
Maksudnya:
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta sebaya umurnya. " Al-Waqi'ah: 35-374
Seorang lelaki telah datang meminta baginda menaikkannya ke atas belakang seekor unta, lalu Rasulullah (s.a.w) bersabda:
Maksudnya:
"Aku akan naikkan kamu ke atas belakang anak unta. "
Lelaki itu hairan lalu berkata:
"Wahai Rasulullah apa yang aku dapat buat dengan anak unta?"
Baginda bersabda:
"Bukankah setup unta itu adalah anak unta? "5
Zaid bin Aslam telah berkata bahawa seorang perempuan yang bernama Ummu Aiman telah datang bertemu Rasulullah (s.a.w). lalu berkata:
"Suamiku menjemputmu ke rumah."
Baginda bertanya:
"Siapakah suamimu, apakah dia yang mempunyai putih di matanya?"
Perempuan itu berkata:
"Di matanya tidak ada tanda putih."
Baginda menjawab:
"Bahkan dia mempunyai tanda putih di mata."
Perempuan itu berkata lagi:
"Demi Allah, dia tidak mempunyainya."
Lalu Rasulullah bersabda:
"Demi Allah, setiap manusia ada mempunyai tanda putih di mata."6
Maksud baginda adalah bahagian mata putih yang mengelilingi mata hitam.
Anas telah berkata:
"Abu Talhah mempunyai seorang anak yang bernama Abu `Umair. Suatu ketika Rasulullah (s.a.w) datang menemui budak tersebut lalu berkata:
"Wahai Abu `Umair, apakah yang sedang dibuat oleh anak burung? (yang sedang berada ditangannya)."
Saidatina Aisyah (r.a). berkata:
"Rasulullah dan Saudah binti Zam'ah berada di sisiku. Aku membuat Harirah (adunan tepung yang dimasak dengan susu ataupun lemak binatang) lalu aku pergi kepada Saudah lalu aku berkata:
"Makanlah."
Dia menjawab:
"Aku tidak suka makanan ini.
" Aku pun ambil sebahagian daripadanya lalu melumurya ke muka Saudah. Rasulullah sedang berada antara keduanya. Baginda pun menundukkan kepalanya agar Saudah dapat membalasnya lalu Saudah pun mengambil sebahagian lagi lalu menyapu kemukaku. Rasulullah pun mula ketawa."8
Diriwayatkan bahawa ad-Dhohhaak bin Sufyaan al-Kilaabi, seorang yang bengis dan buruk rupa parasnya, semasa berbai'ah dengan Rasulullah, beliau telah berkata:
"Wahai Rasulullah, aku mempunyai dua orang isteri yang lebih cantik daripada al-Humairaa ini (iaitu `Aisyah-peristiwa ini berlaku sebelum turunya ayat hijab), aku ingin menceraikan salah seorang daripadanya supaya kamu dapat mengahwininya.
Pada masa itu `Aisyah berada di situ lalu berkata:
"Adakah dia lebih cantik atau kamu?"
Lalu ad-Dhohhaak berkata:
"Aku lebih cantik daripadanya dan lebih mulia."
Rasulullah pun ketawa disebabkan oleh soalan `Aisyah itu kerana ad-Dhohhaak merupakan seorang yang hodoh rupa parasnya.9
Rasulullah (s.a.w) suka menimbulkan perasaan gembira dan riang dalam kehidupan manusia, lebih-lebih lagi kalau ada apa-apa sempena seperti hari raya dan perkahwinan. Oleh kerana itulah apabila Abu Bakar as-Siddiq menegah dua orang hamba peranpuan yang sedang menyanyi di nunahnya pada hari raya, baginda bersabda:
"Biarkanlah mereka wahai Abu Bakar, sesungguhnya hari ini adalah hari raya."
Dalam riwayat lain baginda bersabda:
"Supaya orang Yahudi mengetahui bahawa di dalam agama kita ada masa bergembira."
Baginda telah mengizinkan orang-orang Habsyah bermain tombak mereka di dalam masjid Nabawi pada salah satu hari raya. Baginda sendiri menggalakkan mereka dengan bersabda:
"Bermainlah wahai Bani Arfidah."
Baginda memberi peluang kepada `Aisyah melihat mereka
yang sedang bermain dan menari itu dari sebalik belakang baginda tanpa memandang ada kesalahaan pada perbuatan tersebut.
Baginda pernah menegur pada hari pertama pengantin perempuan tinggal bersama suaminya dalam keadaan sepi, tidak ada hiburan dan nyanyian seraya bersabda:
"Mengapa tidak ada hiburan? Sesungguhnya golongan Ansar sukakan hiburan."
Dalam sesetengah riwayat disebut;
"Mengapa tidak diutuskan bersamanya orang yang menyanyi dan berkata: Kami datang kepada kamu, kami datang kepada kamu... Maka kamu mengucapkan selamat kepada kami dan kami mengucapkan selamat kepada kamu."
Para sahabat (r.a) dan sesiapa yang mengikut jejak langkah mereka yang baik dalam kurun-kurum umat yang terbaik, mereka ketawa dan bergurau mengikut petunjuk dan ajaran Nabi mereka (s.a.w).
Sehinggakan Umar bin al-Khattab (walaupun dikenali sebagai seorang yang tegas dan bengis) diriwayatkan bahawa beliau pernah bergurau dengan hamba perempuannya seraya berkata kepadanya:
"Aku diciptakan oleh Pencipta kemuliaan dan kamu diciptakan oleh Pencipta kehinaan."
Apabila beliau melihat hambanya bersedih disebabkan kata-katanya tadi, beliau menjelaskan:
"Tidakkah Pencipta kemuliaan dan kehinaan ialah Allah (s.w.t)?"
Sebahagian sahabat terkenal dengan suka bergurau dalam hayat Rasulullah (s.a.w), tetapi baginda tidak melarangnya. Hal yang demikian terus berlaku selepasnya dan diterima oleh para sahabat.
Sesetengah peristiwa yang diriwayatkan itu, kalau berlaku hari ini, akan ditentang hebat oleh sesetengah orang yang kuat beragama dan mereka akan melemparkan tuduhan fasiq atau menyeleweng kepada orang yang melakukannya.
Di antara sahabat yang terkenal dengan sifat periang, ketawa dan suka bergurau ialah an-Nu'aimaan bin `Umar al-Ansaari (r.a). Banyak peristiwa ganjil dan pelik diriwayatkan daripada beliau.
Beliau juga disebut menghadiri Bai'ah al-'Aqabah terakhir, perang Badar, Uhud, Khandak dan peperangan-peperangan yang lain.
Az-Zubair bin Bakkaar telah meriwayatkan banyak cerita-cerita lucu dan ganjil mengenai an-Nu'aimaan dalam kitabnya "alFukaahah wal Manah", di antaranya ialah:
Beliau setiap kali memasuki mana-mana bahagian Madinah, beliau akan membeli sesuatu, kemudian membawa barang tersebut kepada Nabi (s.a.w) seraya berkata:
"Ini adalah hadiahku untuk kamu".
Apabila tuan punya barang tersebut datang kepada an Nu'aiman menuntut bayaran harga, beliau mengajaknya menemui Nabi (s.a.w) dan berkata kepada baginda (s.a.w):
"Berikan kepada orang ini harga barangnya."
Baginda bertanya:
"Tidakkah kamu telah menghadiahkannya kepadaku?"
Beliau menjawab:
"Demi Allah, aku tidak mempunyai wang untuk membayar harganya, tetapi aku suka kamu memakannya."
Baginda lantas ketawa dan membayar harganya kepada tuannya.
Az-Zubair juga telah meriwayatkan daripada Rabii'ah bin `Uthman, beliau berkata,
"Seorang badwi telah datang menemui Rasulullah (s.a.w) dan menambat untanya di kawasan masjid lalu sebahagian daripada kawan-kawan an-Nu'aimaan al-Ansari berkata kepadanya:
"Jika kamu menyembelihnya, kami akan memakan dagingnya. Sesungguhnya kami amat berkeinginan untuk makan daging unta."
Maka dia pun menyembelihnya. Setelah itu badwi itupun keluar dan terkejut melihat apa yang terjadi lalu menjerit:
"Oh... Mereka telah menyembelihnya wahai Muhammad!"
Rasulullah pun keluar lalu bertanya:
"Siapa yang melakukan perkara ini?"
Mereka menjawab:
"An-Nu'aimaan."
Rasulullah (s.a.w) mencari an-Nu'aimaan sehinggalah menjumpainya di rumah Dhobaaghah binti az-Zubair bin Abdul Mutalib bersembunyi di dalam lubang yang diletakkan pelepah tamar di atasnya. Baginda (s.a.w) mengeluarkan an-Nu'aimaan dan lantas bertanya:
"Apakah yang menyebabkan kamu melakukan perkara ini?"
Dia menjawab:
"Mereka yang memberitahu kamulah yang meminta aku berbuat demikian".
Az-Zubair berkata:
"Rasulullah (s.a.w) mula menyapu tanah yang ada pada muka an-Nu' aimaan sambil ketawa. Kemudian membayar ganti rugi kepada badwi itu."
Az-Zubair berkata lagi:
"Bapa saudaraku telah menceritakan daripada datukku bahawa Makhramah bin Naufal adalah seorang tua yang telah mencapai usia 115 tahun. Suatu hari dia berkata di dalam masjid dan ingin kencing di dalamnya. Para hadirin pun menjerit:
"Ini Masjid... masjid."
An-Nu'aimaan bin `Amru memimpin tangannya dan mendudukkannya dibahagian masjid yang lain lalu berkata:
"Di sinilah".
Orang ramai menjerit lalu si tua itu berkata:
Celakalah kamu, siapa pula yang telah membawaku ketempat ini?
Lalu mereka berkata:
"An-Nu'aimaan."
Si tua itupun berkata:
"Demi Allah kalaulah aku menjumpainya aku akan memukulnya dengan tongkat ku ini sehingga dia menjadi sepertiku."
An-Nu'aimaan kemudiannya diberitahu tentang kata-kata orang tua itu.
Pada suatu hari, beliau datang kepada si tua tersebut dan di sisinya `Uthman bin `Affaan sedang solat seraya berkata:
"Adakah kamu mahu melakukan apa-apa terhadap an-Nu'aimaan?" (Dia tidak mengenali anNu'aimaan).
Beliau menjawab:
"Ya".
Lalu an-Nu'aimaan memimpin tangan si tua itu sehingga sampai kepada `Uthmaan yang sedang bersembahyang dengan khusyuk.
Beliau berkata:
"Inilah dia anNu'aimaan".
Orang tua itu terus mengangkat tongkat dan memukul 'Uthman sehingga luka. Orang ramai pun menjerit:
"Kamu telah memukul Amirul Mukminin."
Kemudian az-Zubair menyebut kisah rang seterusnya.10
Di antara peristiwa menarik dan lucu ialah apabila anNu'aimaan terjerat dalam perangkap gurauan sahabatnya sendiri sepertimana yang berlaku dalam kisah Suwaibit bin Harmalah dengannya.
Suwaibit juga adalah di antara ahli Badar. Abdul Birr berkata dalam kiitabnya `Istii'aab' bahawa Suwaibit adalah seorang amat berlebihan dalam bergurau. Dia mempunyai suatu peristiwa hg menarik bersama an-Nu'aimaan dan Abu Bakar.
Saya akan ceritakan di sini kerana ia amat menarik dan di dalamnya ada ciri-ciri akhlak Islam yang mulia.
Ummu Salamah berkata:
"Abu Bakar telah pergi berniaga ke Basrah setahun sebelum kewafatan Rasulullah (s.a.w) bersama anNu'aimaan dan Suwaibit bin Hannalah. Kedua-duanya adalah di antara sahabat yang menyertai perang Badar. An-Nu'aimaan berada di atas unta pembawa bekalan makanan.
Suwaibit berkata:
"Berikanlah makanan kepadaku."
An-Nu'aimaan berkata:
"Tidak, sehinggalah datangnya Abu Bakar."
Suwaibit berkata:
"Demi Allah aku akan menjadikan kamu marah."
Kemudian mereka melalui suatu kaum lalu Suwaibit berkata:
"Adakah kamu ingin membeli seorang hamba abdi daripadaku?"
Mereka menjawab:
"Ya."
Suwaibit berkata:
"Sesungguhnya dia seorang hamba yang agak ganjil, dia akan berkata kepadakamu bahawa dia seorang yang merdeka. Kalau kamu mendengar dia berkata demikian janganlah kamu percayakannya dan jangnlah kamu rosakkan hambaku ini."
Mereka berkata:
"Ya, kami akan membeli hambamu ini daripadamu."
Kata Suwaibit:
"Belilah dengan harga l O galaais."
Mereka pun membelinya dan meletakkan di tengkoknya serban atau tali.
An-Nu'aimaan berkata:
"Orang ini telah memperdayakan kamu, aku adalah seorang yang merdeka dan bukannya hamba."
Mereka berkata:
"Kami sudah maklum dengan hal kamu."
Mereka pun bertolak dan membawa anNu'aimaan bersama.
Apabila Abu Bakar datang, Suwaibit menceritakan kisah itu kepadanya. Abu Bakar menjejaki mereka, memulangkan harga yang dibayar dan membawa an-Nu'aimaan balik. Selepas mereka sampai kepada Rasulullah, mereka menceritakannya kepada baginda lalu Rasulullah dan para sahabat ketawa panjang.""
Pendirian Golongan Ekstrim.
Di sana ada ahli sastera dan pujangga Islam yang mengeji sifat bergurau dan memberi amaran mengenai kesan buruk yang dibawanya. Mereka memandang dari sudut bahaya dan mudarat tanpa memandang dari sudut-sudut yang lain.
Sebahagian mereka berkata:
"Gurauan boleh mendatangkan kemarahan, menghilangkan kehebatan dan memutuskan hubungan persaudaraan."
Dikatakan bahawa jika sekiranya percakapan dimulai dengan gurauan maka ia akan berakhir dengan keji-mangeji dan pertengkaran.
Al-Hajaaj bin al-Faryah apabila ditanya tentang bergurau, beliau berkata:
"Mulanya gembira, akhirnya celaka. Ia merupakan kekurangan orang yang bodoh seperti juga kekurangan penyair. Gurauan tidak lain hanyalah benih yang akan menumbuhkan keburukan."
Umar bin Abdul Aziz berkata:
"Gurauan hanya datang daripada kebodohan dan kehinaan."
Dikatakan, "Gurauan akan menghilangkan kesungguhan dan kehebatan diri. Yang menang padanya akan lemah dan yang kalah akan memberontak."
Dikatakan:
"Awasilah daripada gurauan kerana akibatnya tidak terkira."
Tetapi...
apa yang datang daripada Rasulullah adalah lebih untuk dijadikan ikutan. la mencerminkan perseimbangan dan kesederhanaan.
Rasulullah telah berkata kepada Hanzolah yang bimbang perubahan keadaannya yang berlaku ketika berada rumahnya sehingga menuduh dirinya sendiri sebagai munafik, melalui sabdanya:
"Wahai Hanzholah, kalaulah kamu berterusan dalam keadaan sepertimana keadaan kamu ketika berada di sisiku, nescaya malaikat akan bersalaman (tabik) denganmu dijalanan, tetapi itu satu masa dan ini satu masa wahai Hanzholah. "
Inilah yang dinamakan fitrah dan keadilan
Ibnu Abu Syaibah meriwayatkan daripada Abu Salamah bin Abdur Rahman, beliau berkata:
"Sahabat Rasulullah bukanlah sentiasa bengis dan serius. Mereka menyanyikan nasyid dan menyebutkan keadaan mereka di zaman jahiliah. Sekiranya datang perkara yang berkaitan dengan agama mereka, terbeliak mata mereka seolah-olah mereka gila kerana terlampau memberikan perhatian.12
Ibnu Siriin telah ditanya tentang para sahabat:
"Adakah mereka juga bergurau."
Dia menjawab:
"Mereka juga seperti manusia biasa. Ibnu Umar bergurau dan mengungkapkan syair."13
Dengan yang demikian, pendapat golongan yang ekstrim, keadaan mereka yang sentiasa berkerut dahi dan bermuka masam serta serius di waktu pertemuan seperti yang disebabkan oleh penyoal adalah tidak menunjukkan kepada hakikat sebenar agama ini dan juga tidak bertepatan dengan petunjuk yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w).
Pendapat ini adalah disebabkan oleh silap faham mereka terhadap Islam, tabiat semulajadi mereka ataupun suasana yang mempengaruhi perkembangan dan pendidikan mereka.
Walau bagaimanapun, seorang muslim memahami bahawa Islam bukanlah diambil daripada tindakan peribadi tertentu atau sekumpulan manusia. Mereka kadang-kadang betul dan kadang-kadang salah.
Islam merupakan hujah ke atas mereka dan bukan sebaliknya. Sesungguhnya Islam diambil daripada sumbernya; alQuran dan Sunnah yang sahih daripada Rasulullah (s.a.w).
Penafsiran Nas Yang Menggambarkan Hakikat Yang Sebaliknya.
Mengenai nas-nas yang disebut oleh penyoal yang daripadanya difahami bahawa Islam mengajak kepada kesedihan dan berkerut dahi, di sum saya suka menerangkan beberapa fakta agar tidak berlaku salah faham terhadapnya dan kita tidak mengeluarkan maksudnya daripada ruang lingkupnya.
Firman Allah yang menasihati Qarun melalui lisan kaumnya yang bermaksud:
"Janganlah engkau bermegah-megah dan bergembira (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah dan bergembira (seperti lagakmu itu)". Al-Qasas: 76
Ayat ini tidak boleh difahami bahawa ia menunjukkan kepada kejian terhadap semua kegembiraan.
Tetapi kegembiraan yang dikeji di sini adalah kegembiraan yang lahir daripada perasaan bangga, takbbur,ghurur(tertipu)dan sombong yang menyebabkan pelakunya melupai kurniaan Allah kepadanya dan mengatakan bahawa kurniaan to adalah hasil daripada usahanya sendiri.
Kegembiraan ini adalah kegembiraan yang tidak bersandarkan kepada kebenaran.
Begitu juga dengan kegembiraan musyrikin yang dikeji oleh al-Quran dan dikatakan kepada mereka selepas mereka dimasukkan ke dalam neraka melalui firman Allah:
"(Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab siksa):
"Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan), dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat). " Ghafir: 75
Perkara ini adalah sama dengan kegembiraan orang-orang yahudi yang menyembunyikan sesuatu yang ditanya oleh Rasulullah dan memberitahu perkara yang sebaliknya. Kemudian mereka berlalu rasa puas dan gembira dengan apa yang telah mereka lakukan. Bukan sekadar itu sahaja, mereka juga mengharapkan pujian kerana mereka menjawab sesuatu yang hakikat. Ke atas mereka turunnya firman Allah:
“ Janganlah sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad) bahawa orang-orang yang bergembira dengan apa yang telah mereka lakukan itu dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat daripada siksa, dan (sebenarnya) mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya " Ali- Imran: 188
Begitu juga kegembiraan disebabkan berbangga dengan pengetahuannya yang zahir dan cetek serta menolak apa yang disampaikan oleh wahyu. Allah (s.w.t) telah berfirman:
"Kerana pada masa mereka didatangi oleh rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka masing-masing dengan membawa keterangan-keterangan (untuk menyelamatkan mereka, mereka ejek-ejek akan apa yang dibawa oleh rasul--rasul itu dan) mereka bergembira dengan pengetahuan yang ada pada mereka (yang berhubung dengan keduniaan semata-mata); dan (dengan yang demikian) mereka pun diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek dahulu. " Ghaafir: 83
Rasulullah (s.a.w) telah bersabda:
"Janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati. "
Sebenarnya, perkara yang dilarang oleh hadis ini bukannya semata-mata ketawa tetapi berlebihan dalam ketawa. Setiap perkara kalau melebihi hadnya, hukumnya akan bertukar menjadi sebaliknya.
Ada pun hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah adalah seorang yang sentiasa bersedih adalah hadis dha'if yang tidak boleh dijadikan hujah. Hadis tersebut jugs bercanggah dengan hadis sahih riwayat al-Bukhari yang mengatakan bahawa Rasulullah sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada kesedihan dan kegelisahan.
Kalau kita takdirkan hadis tersebut adalah sahih sekalipun, ia masih lagi boleh ditakwilkan iaitu pemikiran Rasulullah sentiasa sibuk dengan hal keadaan umat dan dakwahnya yang terlampau
banyak.
Sungguh pun begitu baginda tidak sempit dada dan perkara sedemikian dan tidak menghalang baginda daripada bergurau senda dan memberikan kepada fitrah dan manusia akan hak mereka.
Inilah yang dinamakan dengan kemanusiaan yang sempurna dan ikutan yang paling mulia.
Kadar Yang di Benarkan Dalam Ketawa Dan Bergurau
Tadi kita telah katakan bahawa ketawa dan gurauan adalah perkara yang diharuskan oleh syariat Islam seperti yang dianjurkan nas-nas dan perjalanan hidup Rasulullah dan para sahabat. Ini kerana fitrah manusia menuntut dan memerlukan kepada yang boleh merehatkan kehidupan dan meringankan segala yang menimpa.
Di sini Imam Ali (ra). telah berkata bahawa hati juga merasa jemu seperti yang dirasai oleh jasad. Oleh kerana itu carilah hikmat-hikmat yang menghiburkannya.
Beliau juga berkata:
"Rehatkan hatimu dari semasa ke semasa kerana hati apabila dipaksa, ia akan menjadi buta."
Hiburan dan gurauan yang seperti ini juga boleh menyegarkan kembali diri sehingga boleh menyambung kerja dan usaha yang dilakukan. Ini samalah seperti manusia merehatkan binatang tungggangannya ketika dalam perjalanan agar perjalanan itu akan sampai ke matlamatnya.
Mengenai perkara ini Abu ad-Dardaak telah berkata:
"Aku menyegarkan diriku dengan sedikit hiburan agar aku menjadi lebih kuat di atas kebenaran."
Ketawa, gurauan dan hiburan mamanglah diharuskan oleh syarak tetapi ia juga mempunyai batasan dan syarat iaitu:
1: Tidak berbohong dan tidak mereka-reka dalam usaha menggembirakan manusia sepertimana yang dilakukan oleh sebahagian manusia sekarang ini pada bulan April yang dikenali sebagai `April Fool'.
Sehubungan dengan perkara itu Rasulullah telah bersabda:
"Celakalah orang berkata-kata, maka dia berbohong untuk mengetawakan orang lain, celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia. "
Rasulullah bergurau dan berkata-kata dengan perkara yang benar sahaja.
2. Gurauan itu tidak mempunyai penghinaan atau kejian terhadap orang lain kecuali apabila diizinkan dan
diredhai oleh tuan punya diri.
Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain; dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang-orang yang melakukanrya menjadi fasik maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. " Al-Hujuraat: 11
Dalam hadis yang sahih, Rasulullah bersabda:
"Cukuplah seseorang itu dikira melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya. "
Saidatina `Aisyah telah menyebut keburukan salah seorang daripada madunya dengan menyifatkannya sebagai seorang yang rendah dan mengaibkannya, lalu Rasulullah bersabda:
"Wahai Aishahl Kamu telah menyatakan suatu perkataan yang kalau dicampur dengan air laut nescaya ia akan mencukupinya."
`Aisyah berkata lagi:
"Aku telah mengajuk (ajuk gaya berjalan dan suara seseorang atau yang seumpamanya) lalu baginda berkata:
"Aku tidak suka mengajuk-ajuk perbuatan orang lain sedangkan aku begitu dan begini 14
3. Tidak menakut-nakutkan muslim yang lain.
Abu Daud meriwayatkan daripada Abdur Rahman bin Abu Laila, beliau berkata:
"Sahabat-sahabat Rasulullah telah menceritakan kepada kami bahawa mereka berjalan bersama-sama Rasulullah lalu seorang daripada mereka bangun. Kemudian bangunlah sebahagian daripada mereka lalu mengambil tali daripadanya dengan cara kekerasan sehingga dia merasa takut. Melihat keadaan yang demikian Rasulullah bersabda:
"Tidak halal bagi seseorang menakut-nakutkan muslim yang lain."
An-Nu'man bin Basyir menceritakan bahawa ketika mereka bersama-sama Rasulullah dalam suatu perjalanan, seorang daripada mereka telah menguap di atas tunggangannya kerana mengantuk. Maka seorang yang lain mengambil panah orang tersebut sehingga dia tersedar dan didatangi ketakutan. Rasulullah pun bersabda yang bermaksud:

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda:
"Seorang muslim tidak harus mengambil barang kepunyaan saudarnya samaada secara bermain-main atau serius.'
4. Tidak memandang remeh perkara yang serius dan tidak ketawa pada keadaan yang sepatutnya ditangisi.
Setiap sesuatu ada tempatnya. Dan setiap tindakan ada masanya. Orang yang bijaksana ialah mereka yang meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.
Al-Asma'ie meriwayatkan bahawa dia melihat seorang perempuan kampung sedang sembahyang dengan penuh khusyuk diatas sejadahnya. Setelah selesai mengerjakan sembahyang dia pun menghiaskan dirinya dan bersolek. Lalu Asma' ie berkata:
"Adakah ini sesuai dengan sembahyang yang kamu kerjakan?"
Perempuan itu pun mengalunkan syair;
Hak Allah terhadapku tidakku abaikan
Bersuka-suka sebahagian hidupku dan pengecuaian jauh sekali
Beliau berkata:
"Dengan itu aku mengetahui bahawa dia merupakan seorang yang kuat beribadat dan menghiaskan diri untuk suaminya."
Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:
"Tiga keadaan yang bersungguh padanya adalah dikira bersungguh, main-main padanya juga dianggap bersungguh iaitu:: kahwin, talak dan memerdekakan hamba. "
Allah Taala telah mencela musyrikin yang ketawa apabila mendengar ayat suci al-Quran sedangkan merekalah yang paling layak untuk menangis ketika itu.
Firman Allah:
"Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan al-Quran ini (sehingga kamu mengengkarinya) ? Serta kamu tertawa (mengejek-ngejeknya) dan kamu tidak mahu menangis (kesalkan kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)? Sedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh lagi yang melalaikan kewajipan? " An-Najm: 59-61
Allah Taala juga mencela golongan munafikin yang bergembira dan bersukaria selepas menarik diri daripada berperang bersama Rasulullah (s.a.w) dalam peperangan Tabuk dengan memberikan alasan-alasan yang dusta. Firman Allah:
"Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukcita disebabkan mereka ditinggalkan di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan hartabenda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: "Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini ". Katakanlah (wahai Muhammad). "Api neraka jahannam lebih panas membakar ". kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami. Maka boleh mereka (di dunia ini) ketawa sedikit dan mereka akan menangis banyak (di akhirat), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan." At-Taubah: 81-82
5. Gurauan hendaklah ada kadarnya, sesuai dengan konsep kesederhanaan dan perseimbangan yang dianjurkan oleh fitrah manusia dan diredhai oleh akal yang waras serta sesuai dengan masyarakat yang positif
Islam membenci pembaziran dan keterlaluan dalam setiap perkara walaupun di dalam ibadat, apatah lagi dalam gurauan dan kegembiraan.
Oleh sebab itulah datangnya tunjuk ajar yang diberikan oleh Rasulullah (s.a.w) yang bermaksud:
"Jangan kamu memperbanyakkan ketawa, sesungguhnya banyak ketawa mematikan hati."
Yang dilarang ialah ketawa yang berlebihan kerana ia akan mematikan hati.
Ali (r.a). telah berkata:
"Berilah ruangan kepada gurauan dalam percakapan seperti garam dalam makanan."
Ini adalah kata-kata yang bijak kerana ia tidak menolak gurauan dan juga menunjukkan kepada mudarat yang akan berlaku bila gurauan keterlaluan.
Keterlaluan inilah yang ditakuti akan membawa kepada melalaikan diri daripada tugas-tugas dan kewajiban, orang-orang yang bodoh naik kepala dan mendatangkan kemarahan kawan. Mungkin inilah yang dimaksudkan daripada hadis Rasulullah (s.a.w):
"Janganlah kamu bertengkar dengan saudara kamu dan janganlah bergurau dengannya. "
Keterlaluan dalam bergurau adalah seperti bertengkar dengan saudara kita kerana kedua-duanya boleh melukakan hatinya. Sa'ad bin al-'Aas berkata kepada anaknya:
"Bersederhanalah di dalam gurauanmu, kerana gurauan yang berlebihan akan menghilangkan kehormatan diri dan kamu akan dipersendakan oleh orang yang bodoh. Meninggalkan gurauan pula akan menjadikan si peramah kaku dan membosankan teman sepergaulan."
Sebaik baik perkara adalah pertengahan. Itulah dasar Islam dan ciri-ciri keistimewaannya yang tersendiri dan juga kelebihan umat ini dibandingkan dengan umat yang lain. Itulah jalan yang lurus yang kita berdoa kepada Allah agar mengurniakannya kepada kita, dan meneguhkan segala percakapan, perbuatan dan pendirian kita di atasnya.
Amin-Ya Allah.
dari Fatwa Muasyirah Dr Yusuf Qardhawi

No comments:
Post a Comment