Sunday, June 1, 2008

Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Soleh(13)

Salam.

3. Keutamaan wanita sembahyang di rumahnya.

Sembahyang wanita di rumahnya lebih baik dari sembahyang di masjid nabi.

Diceritakan dari isteri Khumaid As-sa-idiy bahawa ia datang kepada Nabi s.a.w lalu berkata:
'Hai Rasulullah sesungguhnya aku senang menjalankan solat bersamamu.'
Baginda bersabda:
'Aku mengerti bahawa engkau senang menjalankan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di tempat tidurmu itu lebih baik daripada solatmu di kamarmu dan solatmu di kamarmu lebih baik dari solatmu di rumahmu dan solatmu di rumahmu lebih baik daripada solatmu di masjidku.'

Rasulullah s.a.w bersabda:
'Sesungguhnya yang lebih disukai solatnya perempuan oleh ALLAH ialah yang dilakukan pada tempat yang amat gelap di rumahnya.'

Rasulullah s.a.w bersabda:
'Sesungguhnya seorang perempuan itu (jika) keluar sedangkan ia tidak mempunyai kerepotan apa-apa, maka syaitan meliriknya lalu berkata:kamu tidak melewati seorangpun kecuali engkau menimbulkan pesona padanya dan sesungguhnya seorang perempuan itu (jika) memakai pakaiannya, maka keluarganya bertanya: kemana engkau hendak pergi? ia menjawab: aku akan menjenguk orang sakit atau mendatangi jenazah atau melakukan solat di masjid padahal tidak ada perempuan yang menyembah Tuhannya yang membandingi pahala jika ia menyembah Tuhannya di rumah.'

Dari Abi Muhammad Asy-syaibaniy bahawa ia pernah melihat Abdullah sedang mengeluarkan perempuan-perempuan dari masjid pada hari Juma'at dan berkata:
'Keluarlah (dari masjid dan pergilah) kerumahmu. Kerana yang demikian itu lebih baik bagimu.'
Diceritakan oleh Ath-thobaroniy di dalam kitab Al-Kabir.



Insya ALLAH ll b cntnue.

No comments: