Sunday, June 1, 2008

Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Soleh (11)

Salam.

Insya ALLAH lets continue.


Sujud kepada suami.

Al-hakim bercerita bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi S.A.W: 'Sesungguhnya putra pamanku (saudara misan) melamarku, maka berilah pengertian kepadaku apa kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kewajipan itu adalah sesuatu yang mampu saya jalankan, maka aku bersedia dikahwinnya.'

Maka baginda bersabda: 'Termasuk kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, ialah kalau mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suaminya lalu ia (isteri) menjilatinya, maka ia belum dianggap menjalankan kewajipannya terhadap suaminya. Seandainya diperbolehkan bagi manusia untuk bersujud kepada manusia lain, tentu aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.'

Berkatalah perempuan tadi: 'Demi Tuhan yang mengutus paduka dengan hak, aku tidak akan kahwin selama dunia ini masih ada.'


Walaupun di atas belakang unta.

Imam Thobaroniy menceritakan bahawa seorang isteri tidak dianggap menjalankan kewajipannya kepada ALLAH hingga ia menjalankan kewajipannya kepada suaminya, seandainya suami memintanya (untuk digauli) sedang ia (isteri) berada di punggung unta maka ia tidak boleh menolak dirinya.



Insya ALLAH ll b cntnue.

No comments: