Tuesday, July 7, 2009

Sepanjang cuti sem ^~

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya aku masih lagi sihat walafiat pada saat ini.. Alhamdulillah.. kuharap juga keluarga yang berada jauh di kampung di sana juga insyaALLAH sihat jugak hendaknya.. selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta para sahabat baginda dan para muslimin-muslimat amnya.. ades~ehehhe… lamanya xupdate blog neh.. kan aku da kata, kalau aku balik kampung.. alamatnya, bersawanglah blog aku neh.. ehehe.. berapa lama eak aku berada kat kampung untuk cuti sem kali ini..?? ehm, dalam sebulan lebih jugak lerr… lama tuh.. malasnya aku nak update blOg aku neh.... huk3.. kemalasan telah melanda diriku ini.. alala~ atas desakan sahabatku akh aimiEn, aku gagahkan juga diriku ini untuk meng'update' blogku ini... haiz~

Apa yang aku buat dalam sepanjang cuti sem neh..?? niat sebelum cuti arituh ada perkara yang nak nak diberesin masa cuti sem neh… balik2, jadi lain pulak.. xkesampaian niat aku tuh.. kecuali ada 1,2 perkara tuh.. huk3… apa nak jadik laa dengan ukhti yaya a.k.a mariasEtO neh.. ehehe.. cuti sem neh, aku xlekat sangat kat umah.. mesti ada je aktiviti-aktiviti yang akan aku jOin.. ehm, setelah sekian lama aku xjOin aktiviti under belia.. dan, cuti neh secara tidak langsung aku telah jOin program-program under belia.. niat aku, nak cari pengalaman, isi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, cari kawan… lagi.. apa ya..??? ehehe.. ingatkan nak buat aktiviti-aktiviti seperti perbincangan kecil dengan anak-anak sepupuku.. tp, xjadi lerr plak.. sebab ada beberapa masalah yang xdapat dielakkan.. ades~ redha, pasrah, terima je keadaan ini.. aku tahu, ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku dalam hidup ini..


1st akitiviti yang aku join ialah Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional [pjkn] anjuran Pejabat Belia Daerah Kota Bharu.. program ini dijalankan selama 10hari. Bermula 28hb Mei-6hb Jun 2009.. mula-mula tuh pegi Kem Damai Beach Resort, Besut Terengganu.. berada kat sana dalam 6hari jugak lerr.. dari 28hb hingga 3hb.. Alhamdulillah, banyak aktiviti yang bermanfaat telah dijalankan sepanjang aku berada di sana .. memang sepanjang 6hari kat sana telah mencetuskan penglaman-pengalaman yang xdapat aku lupakan.. ukhuwwah yang terjalin antara kami peserta pjkn juga memang sangat rapat sepanjang di sana.. ini adalah kerana kami telah bersama di kala waktu susah dan senang selama hampir 6hari di sana dan hampir 3hari di rumah keluarga angkat kami masing-masing di Kampung Geting Tumpat, Kelantan.. Alhamdulillah aku merasa sangat senang dengan ukhuwwah yang telah terjalin ini.. Alhamdulillah, sampai sekarang .. kami masih lagi bertanya khabar antara satu sama lain.. kami telah ke kampung Geting kerana Program Anak Angkat di sana.. subhanallah.. memang sangat best… !!^~ pengalaman berada di sana tidak akan kulupakan.. insyaALLAH..



Pulang ke rumah dalam seminggu, then pergi ke Kem Sri Mahmud.. berada di sana dalam 2hari je.. tp, Alhamdulillah sangat-sangat memberi input kepada aku.. banyak yang aku peroleh ilmu di sana.. program kat sana lebih kepada untuk memberi kesedaran kepada golongan remaja. Tp, dari pemerhatian aku.. program kat sana boleh dikatakan kurang berjaya.. aku lihat, kebanyakan peserta yang jOin kursus ini seperti biasa ja.. xder perubahan apa-apa pun.. dorang neh datang nak menghadiri kursus, menimba ilmu, dan bina jati diri atau nak berseronok-seronok ja..??? wallahu’alam. Aku pun kurang pasti, tp dari segi pemerhatian aku.. dOrang neh datang nak berseronok ja.. dOrang xambil pun peluang menghadiri kursus-kursus seperti ini untuk menambahkan ilmu dalam dada mereka.. hope, mereka akan sedar yang tingkah laku mereka itu akan mendatangkan kerugian kepada mereka.



Program last aku sepanjang cuti sem neh.. pergi ke Jeram Linang, Pasir Putih Kelantan . kami pergi bawah Kelab Pencinta Alam bawah Persatuan Belia Kelantan [PBK]. Alhamdulillah, pergi kat sana memang best.. ^~ banyak aktiviti telah dijalankan. Seperti gotong-royong, aktiviti mengenal nama pOkok dan BBQ..  ehehe.. Alhamdulillah, program di sana telah berjalan dengan lancar.. tp, aku memang rasa xberkenan dengan beberapa masalah neh.. tentang surau dorang.. masyaALLAH.. terlalu daif!!! Harap surau ja besar, tp tahap kebersihan dan infrastruktur yang disediakan berada pada tahap yang tidak memuaskan..! harap nama ja gah, tp keadaan tempat yang paling terpenting tidak seperti yang diharapkan.! Aku harap pihak-pihak yang berkenaan mengambil berat akan hal ini.. insyaALLAH.. satu lagi, aku memang xberkenan sangat-sangat dengan perangai/sikap umat pada zaman ini.. kebetulan kami pergi ke sana pada hari jumaat.. makin nak dekat waktu solat jumaat, makin ramai pulak orang yang pergi ke sana.. !! masyaALLAH.. apa nak jadi la dengan dorang neh.. ??? aku telah menjadi pemerhati bebas secara xlangsung pada tengah hari yang panas itu.. kebetulan kami, kaum hawa ditugaskan menjaga tempat parking bas kami kerana kaum adam telah pergi menunaikan solat jumaat di masjid yang berada di kampung itu.. aku pun heran gak, kenapa la dOrang neh lebih pentingkan 'bermandi-manda' [betul ke ayat aku neh..?? huhu] dari pergi menunaikan solat jumaat… ades~ dunia akhir zaman… “beginilah dunia akhir zaman”, keluhku dalam hati.. aku doakan supaya ALLAH swt bukakan pintu hati mereka, supaya mereka sedar akan kekhilafan mereka itu dan tidak akn mengulanginya lagi pada masa yang akan datang insyaALLAH.. amin~



Ehm, setelah sekian lama gastrikku tidak menyerang.. minggu lepas, ia telah menyerang kembali.. ya ALLAH..teruk sangat2!! Maha Suci Allah.. alhamdulillah, aku merasakan yang aku ini sangat beruntung ya ALLAH.. kerana telah dipilih untuk menghadapi dugaan ini.. hidup ini, kita tidak akan sentiasa sihat tubuh badan.. adakalanya, ALLAH swt akan menimpakan sakit ke atas kita supaya kita merenung balik, muhasabah diri kita balik.. atas perbuatan-perbuatan yang telah kita lakukan selama ini.. hamba begitu bersyukur ya ALLAH.. kerana telah terbukti bahawa Engkau sangat menyayangi dan mengambil berat akan hamba ya ALLAH… alhamdulillah.. 'koleksi' ubatku telah bertambah... huk3.. semakin banyak.. tp, kelemahan aku.. aku neh jenis yang jarang makan ubat.. biar pun mngalami sakit yang amat teruk.. ades~

ades~... mOod.. mOod..... mOod........... mana kamu.....?? kemalasan menjelma kembali... :P.. haiz~ nanti akan aku update lagi blogku ini.. tengok kepada keadaan.. kerana selepas ini aku akan sibuk sangat-sangat dengan esaimen-esaimen, discussion-discussion, aktiviti-aktiviti, dan RPA...

sekejap!! ^^ eheh.. alhamdulillah, ahli keluargaku telah bertambah seorang lagi.. dan aku juga mendapat anak sepupu baru jugak masa cuti sem neh.. alhamdulillah... wan humairah khadijah dan mohd irfan.. ^~.. eheh



k lah, sykran jddan kerana sudi meluangkan masa membaca coretanku ini.. coretan ke..?? ehehe.. mOga ALLAH swt sentiasa mberkati kita semua.. amin ya ALLAH..

jazakallah/i antum antuna.. ilalliQa'. salam wbt..


1 comment:

[ukhti yaya] said...

wa'alaikumussalam warah matullah.. ehm.. iya, kali ke2 akh komen d blog ana.. sykran ats responnya.. iya, insyaALLAH.. jk ana ad klapangan.. ana akn mampir ke blog akh..~

iya, insyaALLAH.. akh jugak ya.. :)
jazakallah~