Thursday, November 19, 2009
:: Senyuman Rasulullah Banyak Bantu Misi Dakwah
BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.
Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda.
Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,
“Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.”
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)
Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,
“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)
Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata,
“Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”
Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata:
“Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?”
Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu". Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.
Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya.
Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai.
Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan).
Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
“Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah?"
Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah:
“Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.
Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.
sumber-www.iluvislam.com ~
Monday, November 16, 2009
:: khas buat ukhti2 tersayang ^^v
bismillahirrahmanirrahim...
khas buat ukhti2 tersayang khususnya housemate2 ana.. ana tujukan video ini khas buat antunna
sekalian.. dan khas juga buat ukhti2 yang berada di sem 7 sekarang.. selamat menjalani praktikum ya =) ana sayang antunna
sekalian !! ^^ hope kenangan2 yang telah kita lalui bersama sentiasa segar d ingatan antunna sekalian insyaALLAH.. dan ingatlah kami, adik2 yang masih lagi berada d sini ya .. ^^v moga ukhuwwah yang terjalin mendapat barokah daripada Yang Maha Esa insyaALLAH.. amin ya ALLAH..
Wednesday, October 28, 2009
:: menjelang final exam~
alhmdulillah, syukur pd Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya diri ini masih lagi sihat walafiat. diri ini juga berharap yang keluarga tercinta yang berada di kampung sana juga insyaALLAH sihat walafiat dan sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya.. amin ya ALLAH~
rasanya xde mOod sangat nak coret panjang-panjang entri ana pada kali ini.. cukuplah sekadar ana memasukkan peristiwa yang berlaku semenjak dua menjak neh.. ya ALLAH, ana memang terkesan dengan apa yang menimpa ke atas adik usrah ana.. sedih ana apabila terkenangkan adik wan aini.. hampir sebulan terlantar sakit.. disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan tikus.. ana pun kurang pasti apa jenis penyakitnya. tapi yang pasti telah membuatkan adik wan aini hampir-hampir nazak pada beberapa minggu yang lepas.. ya ALLAH.. sedih datang mengintai diri tatkala dikhabarkan pula oleh teman rapatnya yang mengkhabarkan berita terbaru tetantang adik wan aini kepada ana semalam .. apa beritanya??? ana terkejut dan kaku seketika apabila dikhabarkan yang kedua-dua belah tangan dan kedua-dua belah kaki adik wan aini akan dipotong hari ini!!! ya ALLAH... terasa diri ini lemah sangat.. ya ALLAH, Engkau berikanlah kemudahan kepada apa yang bakal adik wan aini hadapi selepas ini ya ALLAH.. Engkau titipkanlah ketabahan dan kekuatan ke dalam diri adik wan aini ya ALLAH.. ya ALLAH, Engkau kurniakanlah rahmat dan inayahMu kepada dia ya ALLAH.. amin~ ana tahu, adik wan aini memang kuat.. dan harap ana sempat untuk menziarahi adik wan aini ketika ana pulang ke kampung sebelum hari raya Aidhil Adha nanti insyaALLAH..
final exam bakal menjengah minggu depan.. ~ ana harap ana dapat buat yang terbaik untuk final exam bagi semester ini insyaALLAH.. dan ana juga doakan buat sahabat/sahabiah sekalian yang juga bakal menduduki final exam untuk semester ini.. buat yang terbaik !!:) all da bez ya :) bittauFiQ wa najah fil iMtihan insyaALLAH..
sekian saja entri ana pada kali ini.. ilalliQa' insyaALLAH~
Saturday, October 24, 2009
:: Pakaian Muslimah yang Bertaqwa~
Apabila ditanya kepada seorang aktivis wanita Islam ala Barat: “Kenapakah anda tidak memakai tudung?” Jawapan yang diberikan adalah: “Pakaian yang dituntut dalam Islam adalah taqwa!”, merujuk kepada ayat 26 surah al-A’raaf:
“Dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.”
Memandangkan sifat taqwa letaknya pada rohani seseorang, maka apa yang dipakai pada jasmaninya tidak perlu dipersoalkan.
Kefahaman seperti ini memang merupakan asas kepada aliran Islam Liberal dalam bab berpakaian. Kita menjawab, benar bahawa sifat taqwa letaknya pada rohani seseorang. Akan tetapi bagi manusia, apa yang terletak pada rohaninya akan terpancar pada jasmaninya. Orang yang memiliki rohani yang bertaqwa akan terpancar pada jasmaninya sifat-sifat yang membuktikan ketaqwaan tersebut. Sebagai contoh, orang yang bertaqwa akan sentiasa mengeluarkan kata-kata yang tepat lagi benar, selari dengan ketaqwaannya. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat lagi benar.” [al-Ahzab 33:70]
Demikian juga kaitannya antara rohani yang bertaqwa dan pakaian jasmani seorang muslimah. Ketaqwaan seorang muslimah akan menyebabkan jasmaninya terpancar dengan pakaian yang ciri-cirinya menepati perintah larangan Allah dan Rasul-Nya. Adapun pakaian yang belum menepati ciri-ciri tersebut, maka mungkin ia disebabkan oleh tahap ketaqwaan yang rendah. Mungkin juga, ia disebabkan kejahilan atau salah faham dalam mengetahui apakah ciri-ciri tersebut. Risalah ini insya-Allah akan memberi tumpuan kepada kemungkinan kedua. Kita mulakan dengan ciri-ciri yang pertama:
Ciri Pertama: Bukan merupakan pakaian yang meraih kemasyhuran.
Ciri pertama pakaian muslimah yang bertaqwa adalah pada tujuannya, iaitu ia tidak dipakai demi meraih kemasyhuran. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran maka Allah akan memakaikannya pada hari Kiamat yang semisal, kemudian membakarnya di dalam pakaian tersebut dengan api neraka.” [Diriwayatkan oleh Abu Daud dan dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 4029]
Tidak bertujuan meraih kemasyhuran bukanlah bermakna seorang muslimah tidak boleh memakai pakaian yang baru, kemas, berwarna dan indah. Ini kerana ukuran dalam ciri pertama ini ialah tujuan pemakaian dan bukan apa yang dipakai. Adakalanya seseorang itu turut mencari kemasyhuran dengan memakai pakaian yang buruk, robek dan kelihatan selekeh. Kemasyhuran yang dicarinya adalah mengharapkan pujian daripada orang ramai bahawa kononnya dia memiliki sifat zuhud. Ini juga adalah tujuan pemakaian yang dilarang.
Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa dilarang meraih dua bentuk kemasyhuran dalam berpakaian, yang pertama adalah memakai pakaian yang baik demi menarik perhatian orang atau keduniaan, yang kedua adalah memakai pakaian yang buruk demi menarik perhatian kepadanya. [Diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra – hadis no: 6102 dengan sanad yang lemah, dikemukakan sebagai penjelas dalam bab ini]
Ciri Kedua: Tidak menyerupai pakaian kaum bukan Islam.
Kita umat Islam dilarang daripada menyerupai kaum bukan Islam dan ini termasuklah dalam ciri-ciri berpakaian. Abdullah bin Amr bin al-‘Ash radhiallahu 'anh berkata:
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melihat saya memakai dua buah kain yang berwarna “Ushfur”, maka baginda bersabda: “Sesungguhnya ini adalah daripada pakaian orang-orang kafir maka janganlah memakainya.” [Diriwayatkan oleh Muslim di dalam Shahihnya – hadis 2077].
Terdapat beberapa sebab mengapa Islam melarang umatnya daripada menyerupai kaum bukan Islam dalam apa jua bentuk penampilan jasmani:
1. Penampilan jasmani mencerminkan identiti seseorang, sekali gus mencerminkan apa yang dibanggakannya. Justeru itu kita jarang-jarang melihat orang bukan Islam ingin berpakaian seperti orang Islam, disebabkan kebanggaan mereka dalam memelihara identiti tersendiri dan pandangan mereka yang hina kepada Islam. Sebaliknya kita melihat orang Islam suka berpakaian seperti orang bukan Islam, malah berbangga-bangga dengan pakaian tersebut. Ini amat menggembirakan orang bukan Islam kerana ia menandakan betapa umat Islam memandang hina terhadap diri sendiri dan mencari kemuliaan di sisi mereka.
2. Penampilan jasmani adalah salah satu faktor yang menjalin perhubungan di antara dua orang yang saling tidak berkenalan. Contohnya dua orang polis daripada lokasi yang berlainan, apabila berjumpa di satu tempat akan saling menegur. Faktor yang menggerakkan perhubungan antara mereka adalah pakaian seragam yang hampir mirip. Demikian juga, apabila dua orang muslimah yang tidak saling mengenali berjumpa, faktor yang akan menghubungkan mereka adalah pakaian bercirikan Islam yang mereka kenakan.
3. Penampilan jasmani mencerminkan kecenderungan hati kepada apa yang diminati dan dikasihinya. Orang yang minat kepada pasukan bolasepak pilihannya akan gemar untuk memakai baju jersi pasukan tersebut. Orang yang kasih kepada penyanyi tertentu akan berusaha untuk berfesyen sebagaimana penyanyi tersebut. Demikian juga, seorang muslimah yang cenderung kepada orang bukan Islam akan cenderung untuk berpakaian seperti mereka. Kecenderungan seperti ini adalah sesuatu yang dilarang oleh Islam kerana Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah berfirman:
“Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya.” [al-Mujadilah 58:22]
Tuesday, October 6, 2009
:: adab berhibur
Antara matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya seperti yang firmankan oleh Allah: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
(surah Az Zariyyat :56)
Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT. Tujuan garis panduan ini disediakan adalah untuk memberi panduan kepada para penganjur hiburan agar program hiburan yang dijalankan tidak menyalahi syara’ dan tersasar dari tujuan beribadah kepada Allah SWT.
ISLAM DAN HIBURAN Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan nyanyian asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum syara’.
GARIS PANDUAN MENGADAKAN ACARA KONSERT / PERSEMBAHAN DAN HIBURAN DALAM ISLAM
1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang tidak mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.
Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya: “Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa”. (surah Taaha : 15-16)
2- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.
“Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku'nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya”. (Hadis Riwayat Muslim)
3- Muzik atau nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa.
Oleh itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut:
“Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya.” (surah Al Qasas : 55)
“Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
4- Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.
5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.
Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (surah Al A'raf : 26)
Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka: “Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.” (Hadis Riwayat Muslim)
“Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik).” (Hadis Riwayat Tarmidzi)
6- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama /lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.
Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini: “Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.” (Hadis Riwayat Baihaqi)
7- Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonnya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda.
Firman Allah SWT: “Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” (surah Al Ahzab : 32)
Dan Rasulullah SAW juga bersabda: “Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda; Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
PERINGATAN Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. Allah SWT berfirman: “Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.” (surah Al Lukman :6)
Bertitik-tolak dari itulah, satu garis panduan berkenaan hiburan disusun supaya kehalusan seni hiburan yang digariskan Islam itu dapat direalitikan. KESIMPULAN Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab Islam.
Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim supaya membentuk industri hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW.
www.iluvislam.com
(sumber dari: Dato' Seri Harussani b. Zakaria)
Tuesday, September 29, 2009
::PERMASALAHAN-PERMASALAHAN PUASA SYAWAL
Penulis: Fatawa Al-Lajnah Ad-Da'imah lil Buhuts wal Ifta'
Dalil-dalil tentang Puasa Syawal
Dari Abu Ayyub radhiyallahu anhu:
"Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: 'Siapa yang berpuasa Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari pada Syawal, maka itulah puasa seumur hidup'." [Riwayat Muslim 1984, Ahmad 5/417, Abu Dawud 2433, At-Tirmidzi 1164]
Hukum Puasa Syawal
Hukumnya adalah sunnah: "Ini adalah hadits shahih yang menunjukkan bahwa berpuasa 6 hari pada Syawal adalah sunnah. Asy-Syafi'i, Ahmad dan banyak ulama terkemuka mengikutinya. Tidaklah benar untuk menolak hadits ini dengan alasan-alasan yang dikemukakan beberapa ulama dalam memakruhkan puasa ini, seperti; khawatir orang yang tidak tahu menganggap ini bagian dari Ramadhan, atau khawatir manusia akan menganggap ini wajib, atau karena dia tidak mendengar bahwa ulama salaf biasa berpuasa dalam Syawal, karena semua ini adalah perkiraan-perkiraan, yang tidak bisa digunakan untuk menolak Sunnah yang shahih. Jika sesuatu telah diketahui, maka menjadi bukti bagi yang tidak mengetahui."
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuts wal Ifta', 10/389]
Hal-hal yang berkaitan dengannya adalah:
1. Tidak harus dilaksanakan berurutan.
"Hari-hari ini (berpuasa syawal-) tidak harus dilakukan langsung setelah ramadhan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah 'Id, dan mereka boleh menjalankannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, apapun yang lebih mudah bagi seseorang. ... dan ini (hukumnya-) tidaklah wajib, melainkan sunnah."
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuts wal Ifta', 10/391]
Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:
"Shahabat-shahabat kami berkata: adalah mustahab untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadits ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga diperbolehkan, karena dia masih berada pada makna umum dari hadits tersebut. Kami tidak berbeda pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Dawud." [Al-Majmu' Syarh Al-Muhadzdzab]
Bagaimanapun juga bersegera adalah lebih baik: Berkata Musa: 'Itulah mereka telah menyusul aku. Dan aku bersegera kepada-Mu, Ya Rabbi, supaya Engkau ridho kepadaku. [QS Thoha: 84]
2. Tidak boleh dilakukan jika masih tertinggal dalam Ramadhan
"Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadhan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan 6 hari puasa Syawal, karena dia tidak bisa melanjutkan puasa Ramadhan dengan 6 hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadhan-nya terlebih dahulu."
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuts wal Ifta', 10/392]
Tanya : Bagaimana kedudukan orang yang berpuasa enam hari di bulan syawal padahal punya qadla(mengganti) Ramadhan ?
Jawab : Dasar puasa enam hari syawal adalah hadits berikut
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan lalu mengikutinya dengan enam hari Syawal maka ia laksana mengerjakan puasa satu tahun."
Jika seseorang punya kewajiban qadla puasa lalu berpuasa enam hari padahal ia punya kewajiban qadla enam hari maka puasa syawalnya tak berpahala kecuali telah mengqadla ramadlannya (Syaikh Muhammad bin Shalih al Utsaimin)
Hukum mengqadha enam hari puasa Syawal
Pertanyaan
Syaikh Abdul Aziz bin Baaz ditanya : Seorang wanita sudah terbiasa menjalankan puasa enam hari di bulan Syawal setiap tahun, pada suatu tahun ia mengalami nifas karena melahirkan pada permulaan Ramadhan dan belum mendapat kesucian dari nifasnya itu kecuali setelah habisnya bulan Ramadhan, setelah mendapat kesucian ia mengqadha puasa Ramadhan. Apakah diharuskan baginya untuk mengqadha puasa Syawal yang enam hari itu setelah mengqadha puasa Ramadhan walau puasa Syawal itu dikerjakan bukan pada bulan Syawal ? Ataukah puasa Syawal itu tidak harus diqadha kecuali mengqadha puasa Ramadhan saja dan apakah puasa enam hari Syawal diharuskan terus menerus atau tidak ?
Jawaban
Puasa enam hari di bulan Syawal, sunat hukumnya dan bukan wajib berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.
"Artinya : Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan kemudian disusul dengan puasa enam hari di bulan Syawal maka puasanya itu bagaikan puasa sepanjang tahun" [Dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya]
Hadits ini menunjukkan bahwa puasa enam hari itu boleh dilakukan secara berurutan ataupun tidak berurutan, karena ungkapan hadits itu bersifat mutlak, akan tetapi bersegera melaksanakan puasa enam hari itu adalah lebih utama berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (yang artinya) : "..Dan aku bersegera kepada-Mu. Ya Rabbku, agar supaya Engkau ridha (kepadaku)" [Thaha : 84]
Juga berdasarakan dalil-dalil dari Al-Kitab dan As-Sunnah yang menunjukkan kutamaan bersegera dan berlomba-lomba dalam melakukan kebaikan. Tidak diwajibkan untuk melaksanakan puasa Syawal secara terus menerus akan tetapi hal itu adalah lebih utama berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam (yang artinya) : "Amalan yang paling dicintai Allah adalah yang terus menerus dikerjakan walaupun sedikit"
Tidak disyari'atkan untuk mengqadha puasa Syawal setelah habis bulan Syawal, karena puasa tersebut adalah puasa sunnat, baik puasa itu terlewat dengan atau tanpa udzur.
Mengqadha enam hari puasa Ramadhan di bulan Syawal, apakah mendapat pahala puasa Syawal enam hari
Pertanyaan
Syaikh Abduillah bin Jibrin ditanya : Jika seorang wanita berpuasa enam hari di bulan Syawal untuk mengqadha puasa Ramadhan, apakah ia mendapat pahala puasa enam hari Syawal ?
Jawaban
Disebutkan dalam riwayat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bahwa beliau bersabda (yang artinya) : "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun"
Hadits ini menunjukkan bahwa diwajibkannya menyempurnakan puasa Ramadhan yang merupakan puasa wajib kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal yang merupakan puasa sunnah untuk mendapatkan pahala puasa setahun. Dalam hadits lain disebutkan (yang artinya) : "Puasa Ramadhan sama dengan sepuluh bulan dan puasa enam hari di bulan Syawal sama dengan dua bulan"
Yang berarti bahwa satu kebaikan mendapat sepuluh kebaikan, maka berdasarkan hadits ini barangsiapa yang tidak menyempurnakan puasa Ramadhan dikarenakan sakit, atau karena perjalanan atau karena haidh, atau karena nifas maka hendaknya ia menyempurnakan puasa Ramadhan itu dengan mendahulukan qadhanya dari pada puasa sunnat, termasuk puasa enam hari Syawal atau puasa sunat lainnya. Jika telah menyempurnakan qadha puasa Ramadhan, baru disyariatkan untuk melaksanakan puasa enam hari Syawal agar bisa mendapatkan pahala atau kebaikan yang dimaksud. Dengan demikian puasa qadha yang ia lakukan itu tidak bersetatus sebagai puasa sunnat Syawal.
Apakah suami berhak untuk melarang istrinya berpuasa Syawal
Pertanyaan
Syaikh Abdullah bin Jibrin ditanya : Apakah saya berhak untuk melarang istri saya jika ia hendak melakukan puasa sunat seperti puasa enam hari Syawal ? Dan apakah perbuatan saya itu berdosa ?
Jawaban
Ada nash yang melarang seorang wanita untuk berpuasa sunat saat suaminya hadir di sisinya (tidak berpergian/safar) kecuali dengan izin suaminya, hal ini untuk tidak menghalangi kebutuhan biologisnya. Dan seandainya wanita itu berpuasa tanpa seizin suaminya maka boleh bagi suaminya untuk membatalkan puasa istrinya itu jika suaminyta ingin mencampurinya. Jika suaminya itu tidak membutuhkan hajat biologis kepada istrinya, maka makruh hukumnya bagi sang suami untuk melarang istrinya berpuasa jika puasa itu tidak membahayakan diri istrinya atau menyulitkan istrinya dalam mengasuh atau menyusui anaknya, baik itu berupa puasa Syawal yang enam hari itu ataupun puasa-puasa sunnat lainnya.
Hukum puasa sunnah bagi wanita bersuami
Pertanyaan
Syaikh Shalih Al-Fauzan ditanya : Bagaimanakah hukum puasa sunat bagi wanita yang telah bersuami ?
Jawaban
Tidak boleh bagi wanita untuk berpuasa sunat jika suaminya hadir (tidak musafir) kecuali dengan seizinnya, berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda (yang artinya) : "Tidak halal bagi seorang wanita unruk berpuasa saat suminya bersamanya kecuali dengan seizinnya" dalam riwayat lain disebutkan : "kecuali puasa Ramadhan"
Adapun jika sang suami memperkenankannya untuk berpuasa sunat, atau suaminya sedang tidak hadir (bepergian), atau wanita itu tidak bersuami, maka dibolehkan baginya menjalankan puasa sunat, terutama pada hari-hari yang dianjurkan untuk berpuasa sunat yaitu : Puasa hari Senin dan Kamis, puasa tiga hari dalam setiap bulan, puasa enam hari di bulan Syawal, puasa pada sepuluh hari di bulan Dzulhijjah dan di hari 'Arafah, puasa 'Asyura serta puasa sehari sebelum atau setelahnya.
(Al-Fatawa Al-Jami'ah Lil Mar'atil Muslimah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita, Amin bin Yahya Al-Wazan)
Sunday, September 27, 2009
:: Keperluan Ikhtilat
Apakah itu ikhtilat? Adakah lelaki langsung tidak memandang wanita dengan menundukkan pandangan sehingga hampir terlanggar tiang? Ketika berprogram, adakah harus diasingkan antara lelaki dengan perempuan supaya terjaga? Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya. Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.
Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kucar-kacir. Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam.
Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.
Saya menyarankan ikhtilat adalah baik lelaki atau wanita, masing-masing tidak melayan perasaan sehingga menghanyutkan diri. Mereka jadi tidak tenang dan gusar, tidak melakukan apa-apa gerak kerja, ataupun jika dilakukan itu pun kerana si dia. Si lelaki tidak akan berjalan berdekatan si wanita, begitu juga tidak akan berjalan belakang si wanita. Ini sangat pantang. Jika mahu berjalan bersebelahan sekalipun, ia mesti dalam jarak yang jauh untuk menjaga perasaan. Si wanita tidak akan keterlaluan dalam melembutkan suara sehingga mampu menggoda dan meransang, dan tidak menunjukkan aksi-aksi yang boleh menimbulkan rasa yang kurang baik dalam hati wanita.
Kedua-duanya tidak akan tenggelam dalam percintaan sehingga bahasa SAYANG menguasai menyebabkan hidup tidak tenang dan tenteram. Ikhtilat dengan tidak berada berdekatan seperti berhadapan dengan secara dekat semasa mengadakan mesyuarat apatah lagi berpegangan tangan dan berjalan di waktu malam. Ikhtilat adalah SAD ZARAIE, satu kaedah pencegahan sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini berdasarkan slogan JANGAN SEKALI KAMU DEKATI ZINA.
Kenapa perlu si lelaki sentiasa bertemu si wanita atas alasan rindu dan sayang seolah-olah mereka tidak punya masa untuk mencurahkan rindu kepada Tuhan yang Maha Esa dan untuk perjuangan. Kenapa dihabiskan duit si dia terlalu banyak sedangkan duit untuk perjuangan langsung tidak dihulurkan. Saya mengingatkan kepada yang asyik bercinta. Bercinta harus, tetapi lemas haram. Bercinta harus, tetapi sekiranya anda makin hilang fungsi sebagai hamba, maka ia haram. Berhubungan dengan wanita, atau dengan lelaki, adalah dengan tujuan untuk saling lengkap-melengkapi dan untuk memudahkan urusan. Jika magnet itu teransang, maka salurlah dengan cara yang paling baik – yakni kahwin. Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka.
sumber-iluvislam.com
Thursday, September 17, 2009
:: selamat menyambut lebaran ^^ ~
bismillahirrahmanirrahim...
alhmdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya diri ini masih lagi sihat walafiat.. di harap juga keluarga yang tercinta yang berada di kampung juga alhamdulillah sihat hendaknya.. insyaALLAH.. ya ALLAH.. lamanya ana x'update' blog usang ana ini.. sangat sibuk.. haih~ walaubagaimanapun, sykran buat sahabat sahabiah yang masih lagi sudi mampir/berkunjung ke blog usang ana ini.. sykran ya ^^.. masa berlalu begitu cepat.. ana terasa yang baru je minggu lepas ramadhan bermula... pejam celik, pejam celik.. sekejap ja masa berlalu...
banyak perkara yang berlaku sepanjang bulan ramadhan ya barokah ini.. banyak!! moga ianya menjadi pengajaran dan iktibar bagi ana.. insyaALLAH... insyaALLAH, jika punya kesempatan ana akan masukkan nanti dalam blog usang ana ini.. dikesempatan ini, ana ingin pohon maaf kepada sahabat dan sahabiah sekalian jika selama kita berhubung di "alam maya" ini ana telah melakukan khilaf terhadap kalian.. asif ya teman-teman.. ^^ ana harap ukhuwwah yang terjalin akan kekal dan diberkatinya selagi hayat kita masih ada.. amin~ insyaALLAH... selamat menyambut lebaran semua !!^^
~ malam ini ana akn pulang ke kampung.. xsabar rasanya mahu bersama dengan keluarga yang tercinta ^_^
k, ilalliQa' insyaALLAH ~
Wednesday, August 19, 2009
“Berbanggalah Muslimah……………yang Cantik..!
salam wbt..
alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, alhamdulillah..
diri ini masih lagi d beri peluang untuk menikmati hidup ini.. diri ini berharap juga yang keluarga di kampung sana semuanya sihat walafiat dan sentiasa dlindungiNya. amin~ sudah lama x'update' blog yang usang dan serba sederhana ini.. asif jiddan ya sahabat-sahabat ana sekalian.. ana xpunya waktu yang terluang untuk meng'update' blog ana ini.. pada semester ini, begitu banyak sekali tugasan-tugasan, aktiviti-aktiviti dan kajian lapangan yang ana kena lakukan.. ades~ redhO dan pasrah di atas setiap yang berlaku.. alhamdulillah.. semenjak dua menjak ini, banyak peristiwa yang berlaku di sini.. dengan penangan H1N1 nya.. dengan pesta kOnvo nya.. dan macam-macam peristiwa lagi.. kalau nak cerita kat sini, alamatnya entri pada kali ini akan menjadi teramatlah panjang.. ehhhe... pada entri kali ini, ana ada nak kongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat ana .. insyaALLAH ia amat bermanfaat untuk semua.. entri pada kali ini ana telah terima dari sahabat dari IndOnesia sana melalui facebOok.. sykran jddan ya sahabiah.. ^~
sebelum ana masukkan entri ini, di kesempatan ini.. ana nak ucapkan kepada sahabat/sahabiah sekalian.. selamat menyambut ramadhan al-mubarak.. mudah-mudahan pada ramadhan kali ini kita dapat memperbanyakkan lagi ibadat kita, memperbanyakkan buat amal jariah dan mOga ibadat kita semua diterima oleh Yang Maha Esa.. amin ya ALLAH.. insyaALLAH..
“Berbanggalah Muslimah……………yang Cantik..!
Cantik………………sungguh cantik
Tahukan wahai saudariku,…bahwa muslimah itu cantik…..dan bukankah tiap kita mencintai dan menginginkan kecantikan …?
Muslimah itu sungguh cantik……..
Bibirnya slalu dihiasi dan dibasahi dengan kecantikan tasbih (Ali Imron : 41) dan tahmid kepada Robnya. Lantunan ayat-ayat Quran yang menyejukkan hati dan menenangkan pikiran senantiasa berteman dengan bibir dan lidahnya, nasehat dan tutur kata yang santun menghancurkan semua karang dan benteng rasa dendam. Lidahnya tak pernah lepas dari ucapan syukur atas nikmat nikmat dari tuhannya (Al Baqoroh : 152). Terjaga lidahnya dari cacian, umpatan, olok-olokan, makian dan segala kata-kata kotor yang menyakitkan hati (Al Hujaraat: 11).
Ya….Muslimah memang sungguh cantik…secantik bening matanya.
Kedua matanya yang bening selalu terjaga dari hal-hal yang haram untuk dilihatnya (An Nuur: 31). Kebeningan dan kejernihan matanya sejernih air mata yang setiap malang keluar dari telaga airmatanya (AL Muzammil : 2), mencuci dosa-dosa yang sempat hinggap, yang mengalir deras karena rasa takut dan penyesalan yang mendalam, bersimpuh dihadapan Rob nya, merayu dan merajuk agar mendapatkan maghfirohnya.
Sungguh ….Muslimah itu cantik…..
Secantik hatinya yang slalu tunduk pada Rob nya. Hati yang penuh dengan rasa kecintaan kepada Rob nya (Ali Imron:31). Jauh hatinya dari rasa dengki, sombong dan hasud. Keikhlasan senantiasa menghiasi qolbu yang yang pernah lupa akan kebesaran Rob nya (An Nisaa: 125). Hati yang senantiasa siap menerima kebenaran dan keimanan. Hatinya bak cermin nan indah dan bersih, yang selalu siap menerima nur hidayah dari Robnya dan memantulkannnya, menyebarkannya keseluruh penjuru jagad raya. Qolbu yang senantiasa bersih dari prasangka dan fitnah kepada saudaranya.
Maha Besar dan Maha Suci Allah yang telah menciptakan muslimah dengan kecantikannya. Secantik pakaian taqwa yang senantiasa dikenakannya. Sebaik-baik pakaian yang mendapatkan pujian dari Rob nya (Al A’raaf : 26). Seindah indah pakaian yang tiada ganti yang lebih indah darinya. Pakaian yang senantiasa melindunginya, dimanapundan kapanpun dia berada. Pakaian yang membedakan dirinya dari wanita wanita lain yang tanpa pakaian, pakaian yang akan membawanya menuju pribadi nan mulia, pakaian yang akan membawanya berjumpa dengan Rob nya tercinta.
Sungguh…..cantik muslimah…
Secantik akhlaq dan budi pekertinya yang diselubungi pakaian taqwanya (As Shaad : 46)(Al Qalam: 4). Yang dengan akhlak dan budi pekertinya yang mulia itu menentramkan orang orang disekitarnya, hilang kecemasan dan kerisauan disekelilingnya, berganti rasa cemburu dan curiga menjadi rasa kasih sayang dan kepercayaan yang mulia.
Sungguh……..muslimah itu cantik
Secantik ketulusan cintanya kepada saudaranya. Ukhuwah yang demikian mendalam menghancurkan bongkahan-bongkahan kebekuan yang bersemayam di dalam hati, melunakkannya dari kekakuan dan kekerasan, menyegarkannya kembali dengan kasih sayang dan kepercaaan.(Al Maaidah:54)
Sungguh,……Muslimah itu benar-benar cantik…
Kecantikan yang sesungguhnya…
Kecantikan yang tiada bandingannya..
Tasbih sebagai lipstik bibirnya
Air mata taubat sebagai pelentik bulu matanya
Malu dan Akhlak mulia sebagai perhiasannya
Taqwa sebagai pakaian terindahnya…..
Sungguh…muslimah itu cantik
Maka bersyukur para muslimah
Yang bangga akan kemuslimahannya
Tapi…….
Kebanggaan karena ketaqwaan dan keikhlasannya
Wahai para wanita………
Sudahkan engkau menggapai kecantikan itu...
Friday, July 24, 2009
ku di sini::.
alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, aku dapat lagi bernafas sehingga ke saat ini n sihat tubuh badan walaupun semalam sakit kepalaku kembali menyerang .. alhamdulillah, makin kurang sakitnya di saat ini.. dan kuharap juga family tercinta yang berada di kampung sana juga sihat alhamdulillah.. insyaALLAH.. dan kujuga berharap agar teman-teman tidak kira d luar mahupun d alam siber juga sihat dan sentiasa berada d bawah lembayung rahmatNya.. amin ya ALLAH.. ehm.. rasa-rasanya dah 2minggu aku xmeng'update' blogku ini.. maaf ya teman-teman..
semenjak dua menjak neh, aku sibuk sekali... memang, xpunya banyak masa untuk mengadap laptopku dan meng'update' blogku ini.. huk3.. hari ini, terdetik d hatiku untuk meng'update' blogku yang serba kekurangan ini.. apa yang nak aku kongsikan ya kali ini..??? ehm.. aku tiada idea.. dan memanglah aku pun bukannya bloggEr profesiOnal pun.. eheh.. aku hanya blogger yang mempunyai blog yang biasa-biasa je.. yang jarang dkunjungi oleh blogger-blogger ataupun teman-teman maya yang lain... tujuan ku berblogging adalah sebagai hobiku.. untuk mengisi masa lapangku.. dan blogku dijadikan tempat untukku meluahkan apa saja yang aku rasakan nak kukongsikan.. kongsi bersama siapa ya..??? entah..??? ehehe.. mungkin aja teman-teman mayaku.. :)huuu~ apa yang aku membebel neh..?? yaya.. yaya... eheh.. ^^
ehmm.. memangku sibuk sangat sekarang neh.. esaimen banyak.. ada esaimen yang nak kena submit pada hujung minggu ini.. walhal, baru je minggu lepas kami mendapat tajuk untuk esaimen tersebut!! ya ALLAH... memang terkejar-kejar aku dbuatnya.. ades~
dateline 1st esaimen pada hari jumaat ini, bersamaan dengan 31hb Julai 2009.. dan sebelum itu 1st presentku untuk sem ini ialah pada 29hb Julai 2009 iaitu pada hari rabu ini..! publiC speaking... ades~ tuh yang jadi sakit kepala tuh semalam... terlampau dok fikir sangat tentang esaimen... kan da sakit kepala tuh... huk3~ ku doakan supaya ALLAH swt mempermudahkan kerjaku.. harap ku dapat siapkan esaimen-esaimenku dengan jayanya.. insyaALLAH.. ~
apa yang terjadi ya sepanjang 2,3 minggu ini..??? selepas program Malam Bersama Rakan Penggerak Ad-din [RPA] malam 2minggu lepas.. aku sekarang telah mempunyai adik-adik usrah iaitu seramai 7 orang yang pada mulanya ialah seramai 13 orang.. dan alhamdulillah kami telah membuat usrah yang pertama pada malam sabtu lalu.. usrah telah kujalankan dalam keadaan yang santai je.. aku xmau rigid sangat sebab dari pemerhatianku , adik-adik usrahku ini baru pertama kali menghadiri usrah.. nanti, kalau aku terlalu rigid, terlalu skema.. nanti dorang akan bosan pulak.. alhamdulillah, usrah pertama berjalan dengan lancar.. dan alhamdulillah aku juga mendapat respon yang baik dari adik-adik usrahku.. alhamdulillah.. :) usrah yang seterusnya akan ku adakan pada malam esok d surau Al-falah insyaALLAH.. kuharap yang aku dapat menjadi naQibah yang baik bagi adik-adik usrahku.. insyaALLAH.. mudah-mudahan..
dalam minggu ini, asyk malam je. mesti aku akan menghilangkan diri dari rumahku.. ada je aktiviti yang akan ku hadiri... discussiOn... ceramaH.. dan pada malam selasa pada minggu ini jugak aku telah menjadi salah satu penonton untuk rancangan "Suara Siswa" [SS] terbitan RTM yang sebelum ini ku hanya saksikan dari kaca televisyEn.... alhamdulillah.. memang aku sangat senang kerana untuk pertama kalinya ku dapat menyaksikan SS depan mataku sendiri.. orang kata.. secara 'live'.. eheh.. ku dapat timba pengalaman dan ilmu yang begitu bermanfaat dari rancangan tersebut insyaALLAH..
sedikit teruja ku pada malam itu kerana pertama kali juga ku menyaksikan pengacara rancangan tersebut iaitu Dr.FaZley secara langsung. terdetik rasa kagumku pada beliau yang begitu santai ketika mengendalikan rancangan tersebut.. eheh .. :)
aku rasa biarlah setakat ini dahulu untuk kali ini.. kerana esaimen sedang menungguku... ~~~ mungkin aku akan mengambil masa untuk ku meng'update' blogku ini pada masa akan datang.. mungkin aja selepas ku selesaikan esaimen-esaimen yang terdekat ini.. k, illaliQa'
salam wbt..
Tuesday, July 7, 2009
Sepanjang cuti sem ^~
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya aku masih lagi sihat walafiat pada saat ini.. Alhamdulillah.. kuharap juga keluarga yang berada jauh di kampung di sana juga insyaALLAH sihat jugak hendaknya.. selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta para sahabat baginda dan para muslimin-muslimat amnya.. ades~ehehhe… lamanya xupdate blog neh.. kan aku da kata, kalau aku balik kampung.. alamatnya, bersawanglah blog aku neh.. ehehe.. berapa lama eak aku berada kat kampung untuk cuti sem kali ini..?? ehm, dalam sebulan lebih jugak lerr… lama tuh.. malasnya aku nak update blOg aku neh.... huk3.. kemalasan telah melanda diriku ini.. alala~ atas desakan sahabatku akh aimiEn, aku gagahkan juga diriku ini untuk meng'update' blogku ini... haiz~
Apa yang aku buat dalam sepanjang cuti sem neh..?? niat sebelum cuti arituh ada perkara yang nak nak diberesin masa cuti sem neh… balik2, jadi lain pulak.. xkesampaian niat aku tuh.. kecuali ada 1,2 perkara tuh.. huk3… apa nak jadik laa dengan ukhti yaya a.k.a mariasEtO neh.. ehehe.. cuti sem neh, aku xlekat sangat kat umah.. mesti ada je aktiviti-aktiviti yang akan aku jOin.. ehm, setelah sekian lama aku xjOin aktiviti under belia.. dan, cuti neh secara tidak langsung aku telah jOin program-program under belia.. niat aku, nak cari pengalaman, isi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, cari kawan… lagi.. apa ya..??? ehehe.. ingatkan nak buat aktiviti-aktiviti seperti perbincangan kecil dengan anak-anak sepupuku.. tp, xjadi lerr plak.. sebab ada beberapa masalah yang xdapat dielakkan.. ades~ redha, pasrah, terima je keadaan ini.. aku tahu, ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku dalam hidup ini..
1st akitiviti yang aku join ialah Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional [pjkn] anjuran Pejabat Belia Daerah Kota Bharu.. program ini dijalankan selama 10hari. Bermula 28hb Mei-6hb Jun 2009.. mula-mula tuh pegi Kem Damai Beach Resort, Besut Terengganu.. berada kat sana dalam 6hari jugak lerr.. dari 28hb hingga 3hb.. Alhamdulillah, banyak aktiviti yang bermanfaat telah dijalankan sepanjang aku berada di sana .. memang sepanjang 6hari kat sana telah mencetuskan penglaman-pengalaman yang xdapat aku lupakan.. ukhuwwah yang terjalin antara kami peserta pjkn juga memang sangat rapat sepanjang di sana.. ini adalah kerana kami telah bersama di kala waktu susah dan senang selama hampir 6hari di sana dan hampir 3hari di rumah keluarga angkat kami masing-masing di Kampung Geting Tumpat, Kelantan.. Alhamdulillah aku merasa sangat senang dengan ukhuwwah yang telah terjalin ini.. Alhamdulillah, sampai sekarang .. kami masih lagi bertanya khabar antara satu sama lain.. kami telah ke kampung Geting kerana Program Anak Angkat di sana.. subhanallah.. memang sangat best… !!^~ pengalaman berada di sana tidak akan kulupakan.. insyaALLAH..
Pulang ke rumah dalam seminggu, then pergi ke Kem Sri Mahmud.. berada di sana dalam 2hari je.. tp, Alhamdulillah sangat-sangat memberi input kepada aku.. banyak yang aku peroleh ilmu di sana.. program kat sana lebih kepada untuk memberi kesedaran kepada golongan remaja. Tp, dari pemerhatian aku.. program kat sana boleh dikatakan kurang berjaya.. aku lihat, kebanyakan peserta yang jOin kursus ini seperti biasa ja.. xder perubahan apa-apa pun.. dorang neh datang nak menghadiri kursus, menimba ilmu, dan bina jati diri atau nak berseronok-seronok ja..??? wallahu’alam. Aku pun kurang pasti, tp dari segi pemerhatian aku.. dOrang neh datang nak berseronok ja.. dOrang xambil pun peluang menghadiri kursus-kursus seperti ini untuk menambahkan ilmu dalam dada mereka.. hope, mereka akan sedar yang tingkah laku mereka itu akan mendatangkan kerugian kepada mereka.
Program last aku sepanjang cuti sem neh.. pergi ke Jeram Linang, Pasir Putih Kelantan . kami pergi bawah Kelab Pencinta Alam bawah Persatuan Belia Kelantan [PBK]. Alhamdulillah, pergi kat sana memang best.. ^~ banyak aktiviti telah dijalankan. Seperti gotong-royong, aktiviti mengenal nama pOkok dan BBQ.. ehehe.. Alhamdulillah, program di sana telah berjalan dengan lancar.. tp, aku memang rasa xberkenan dengan beberapa masalah neh.. tentang surau dorang.. masyaALLAH.. terlalu daif!!! Harap surau ja besar, tp tahap kebersihan dan infrastruktur yang disediakan berada pada tahap yang tidak memuaskan..! harap nama ja gah, tp keadaan tempat yang paling terpenting tidak seperti yang diharapkan.! Aku harap pihak-pihak yang berkenaan mengambil berat akan hal ini.. insyaALLAH.. satu lagi, aku memang xberkenan sangat-sangat dengan perangai/sikap umat pada zaman ini.. kebetulan kami pergi ke sana pada hari jumaat.. makin nak dekat waktu solat jumaat, makin ramai pulak orang yang pergi ke sana.. !! masyaALLAH.. apa nak jadi la dengan dorang neh.. ??? aku telah menjadi pemerhati bebas secara xlangsung pada tengah hari yang panas itu.. kebetulan kami, kaum hawa ditugaskan menjaga tempat parking bas kami kerana kaum adam telah pergi menunaikan solat jumaat di masjid yang berada di kampung itu.. aku pun heran gak, kenapa la dOrang neh lebih pentingkan 'bermandi-manda' [betul ke ayat aku neh..?? huhu] dari pergi menunaikan solat jumaat… ades~ dunia akhir zaman… “beginilah dunia akhir zaman”, keluhku dalam hati.. aku doakan supaya ALLAH swt bukakan pintu hati mereka, supaya mereka sedar akan kekhilafan mereka itu dan tidak akn mengulanginya lagi pada masa yang akan datang insyaALLAH.. amin~
Ehm, setelah sekian lama gastrikku tidak menyerang.. minggu lepas, ia telah menyerang kembali.. ya ALLAH..teruk sangat2!! Maha Suci Allah.. alhamdulillah, aku merasakan yang aku ini sangat beruntung ya ALLAH.. kerana telah dipilih untuk menghadapi dugaan ini.. hidup ini, kita tidak akan sentiasa sihat tubuh badan.. adakalanya, ALLAH swt akan menimpakan sakit ke atas kita supaya kita merenung balik, muhasabah diri kita balik.. atas perbuatan-perbuatan yang telah kita lakukan selama ini.. hamba begitu bersyukur ya ALLAH.. kerana telah terbukti bahawa Engkau sangat menyayangi dan mengambil berat akan hamba ya ALLAH… alhamdulillah.. 'koleksi' ubatku telah bertambah... huk3.. semakin banyak.. tp, kelemahan aku.. aku neh jenis yang jarang makan ubat.. biar pun mngalami sakit yang amat teruk.. ades~
ades~... mOod.. mOod..... mOod........... mana kamu.....?? kemalasan menjelma kembali... :P.. haiz~ nanti akan aku update lagi blogku ini.. tengok kepada keadaan.. kerana selepas ini aku akan sibuk sangat-sangat dengan esaimen-esaimen, discussion-discussion, aktiviti-aktiviti, dan RPA...
sekejap!! ^^ eheh.. alhamdulillah, ahli keluargaku telah bertambah seorang lagi.. dan aku juga mendapat anak sepupu baru jugak masa cuti sem neh.. alhamdulillah... wan humairah khadijah dan mohd irfan.. ^~.. eheh
k lah, sykran jddan kerana sudi meluangkan masa membaca coretanku ini.. coretan ke..?? ehehe.. mOga ALLAH swt sentiasa mberkati kita semua.. amin ya ALLAH..
jazakallah/i antum antuna.. ilalliQa'. salam wbt..
Wednesday, May 6, 2009
Hakikat Penyakit Riak~
alhamdulillah, syukur kehadratNya kerana dengan limpah kurniaNya aku masih lagi sihat walafiat sehingga ke hari ini.. alhamdulillah.... aku harap keluarga tersayang jugak insyaALLAH sentiasa sihat dan berada di bawah lindunganNya.. amin~
menjelang esok last paper final xam untuk sem ini.. eheh.. pejam celik, pejam celik.. subhanallah.. terasa begitu cepat masa berputar ya ALLAH.. baru semalam ku rasakan yang aku baru mendaftar d sini.. dan esok sudah last paper untuk semester ini.. eheh.. cepatnye... menjelang bulan 7 nanti atau semester depan nanti, aku da masuk sem 2... ehhehe.. sem depan yang akan jadi sem yang sibuk.. huk3.. hope aku kuat dan tabah untuk menjalaninya... :) berbalik pada hari esok... last paper... all da bez semua.. !!^^ lepas tuh, kuar dari sinih.. sebelum balik ke kampung halamanku, aku akan pergi dulu umah abang ipar aku dekat felda besOut.. xsabar nak jumpa anak buahku yang cOmel itu.. ehee... lepas tuh, dalam hari isnin malam insyaALLAH aku balik kelantan.. xsabar rasanya nak jumpa ngan keluargaku terutama sekali ma dengan ayah.. ^~ .. dan xsabar rasanya mahu menyambut bakal ahli baru dalam keluargaku.. bakal anak buahku yang ke 10.. ehehe.. insyaALLAH.. hampir 2bulan aku akan berada kat kampung dan besar kemungkinan aku akan jarang on9 selepas ini.. on9 pun kat cc je kot.. panjang pulak intro aku untuk entri kali ini.. aku sertakan sekali artikel yang begitu bermanfaat untuk santapan rohani pengunjung blogku ini.. walaupun xberapa nak ada.. ehehe.. renung-renungkan dan cuba fikir-fikirkan dari entri pada kali ini.. :)
k, selamat bercuti semua.. !!^~ ilalliQa'
Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6 yang bermaksud:
"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak."
Pengertian riak
Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.
Perkara yang diriakkan oleh manusia;
1. Riak dari segi badan
Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.
2. Riak pada pakaian
Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.
3. Riak dengan perkataan
Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata-kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.
4. Riak pada amalan
Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.
5. Riak dengan ramainya murid dan pengikut
Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.
Peringkat Riak
1. Riak Akbar
Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.
2. Riak Asghar
Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.
3. Riak Jali (yang terang)
Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.
4. Riak Khafi (yang tersembunyi)
Riak ini pula tersembunyi di dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.
Punca Riak
Sebab-sebab yang boleh membawa kepada penyakit riak ini antaranya ialah;
1. Sifat suka dipuji oleh orang lain.
Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain.
2. Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.
Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.
3. Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.
Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.
Bagaimana mengelakkan sifat riak?
Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah dengan menjauhi sebab-sebab dan punca terjadinya penyakit.
Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;
1. Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.
2. Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.
3. Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.
4. Menanamkan di dalam diri bahawa melakukan sesuatu perkara kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu patut dijauhkan.
5. Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.
6. Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan. Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak.
Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun, untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya akan menyebabkan timbulnyaperasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.
Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi, jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka.
Wallahua’lam.
sumber: http://kembaraislam.blogspot.com
Friday, April 24, 2009
::Manusia istidraj dihina Allah
alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya.. kita semua masih lagi bernafas di atas bumi milikNya ini.. alhamdulillah..
moga aj kita semua tergolong dalam umatNya yang mensyukuri nikmatNya.. amin..
insyaALLAH.. mudah2an yach !!^^
menjelang xam yang bakal menjengah.. sempat lagi aku on9 ea.. ehehe..
harap xam yang bakal menjengah nanti akan membuatkan aku dan teman-teman yang lain sabar dan tabah.. dan dapat jawab dengan baik insyaALLAH.. xsabar mahu pulang ke kampung nEh.. !! apa la yang aku bebelkan neh.. :P
ehm, tadi on9 dalam asakelate.net.. aku terjumpa artikel yang sangat bagus untuk dikongsi di sini.. sykran jddan akh jex kerana memberi kesempatan untuk aku 'copy paste' masuk dalam blog aku neh.. alhamdulillah.. perkongsian yang bermanfaat insyaALLAH...
_
Manusia istidraj dihina Allah
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
rencana@utusan.com.my
MUNGKIN ramai di kalangan kita tidak memahami istilah "istidraj". Istilah ini berasal daripada bahasa Arab dan diambil daripada perkataan darajatun iaitu tangga.
Berdasarkan maksud sebenar, istidraj merupakan kelebihan atau keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk seperti dikehendaki-Nya.
Bagaimanapun anugerah Allah itu bukan disebabkan Allah menyayangi mereka tetapi lebih merupakan tanda kebencian Allah terhadap golongan berkenaan.
Dengan kata lain, Allah mahu mereka menjadi lebih sesat melalui kelebihan itu dan akhirnya tergolong di kalangan kaum yang tidak mendapat hidayah-Nya.
Ada juga pihak yang mentakrifkan istidraj sebagai anugerah Allah kepada hamba yang tidak diredai-Nya dan nikmat tersebut datang dalam pelbagai bentuk antaranya kuasa, kemewahan harta benda, kedudukan di sisi masyarakat, pengaruh serta pangkat.
Persoalannya, adakah mereka yang diberikan kemewahan dunia dianggap manusia istidraj? Begitu juga yang diberikan kuasa dan pengaruh. Adakah mereka yang berpangkat besar dianggap istidraj?
Jawapannya, tidak sama sekali. Istidraj hanya untuk golongan yang derhaka kepada Allah. Sebaliknya mereka yang menggunakan kelebihan sama ada kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat ke jalan Allah, pasti beroleh kejayaan di dunia serta akhirat.
Lihat sahaja para sahabat Rasulullah SAW. Ada di antara mereka diberikan kekayaan yang melimpah ruah antaranya, Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman dan Abdul Rahman Auf.
Mereka semua dianggap golongan berada. Siapa tidak kenal Abu Bakar yang juga merupakan khalifah Islam pertama dan seorang usahawan berjaya.
Ketika mudanya beliau berjaya mengumpulkan 40,000 dirham iaitu hasil daripada perniagaannya tetapi tidak pernah leka dengan kekayaan itu.
Semasa menjadi khalifah Islam pertama, Abu Bakar tidak pernah sekalipun menggunakan kuasanya sebagai pemimpin untuk kepentingan diri atau keluarganya kerana beliau amat takut dengan azab Allah.
Abu Bakar merupakan pemimpin hebat yang tidak ada tolok bandingnya dan meninggal dunia dalam keadaan beliau membelanjakan segala hartanya ke jalan Allah.
Berbalik kepada istidraj, manusia derhaka adalah mereka yang tidak mahu menunaikan suruhan Allah dan sering melanggar larangan-Nya.
Mereka enggan menunaikan kewajipan sebagai hamba dan lebih malang, gemar memperlecehkan hukum agama. Mereka juga cenderung melakukan maksiat dan menzalimi orang lain.
Golongan ini akan jauh daripada hidayah Allah. Mereka langsung tidak patuh dengan suruhan Allah.
Mereka enggan bersolat dan mereka terlalu sayangkan harta hingga mengingkari suruhan menunaikan zakat walaupun mereka diberikan pelbagai bentuk kemewahan.
Mereka diberikan segala kenikmatan tetapi tidak pernah bersyukur dengan nikmat. Golongan ini sanggup menindas dan mengambil kesempatan ke atas orang lain demi kepentingan sendiri. Mereka tamak dan tidak pernah mensyukuri nikmat.
Rasullullah SAW pernah bersabda: "Apabila kamu melihat Allah Taala memberi nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
Menurut pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zahazan Mohamed, terdapat tiga tanda manusia istidraj iaitu sering memperlecehkan ibadat, penasihat di sekelilingnya bukan di kalangan golongan berilmu (dunia semata-mata) dan tidak mempedulikan nasihat yang baik.
Beliau berkata, amat malang apabila golongan yang diberikan kuasa, kemewahan, pengaruh serta pangkat ini lupa bahawa kesemua nikmat tersebut adalah pemberian Allah dan merupakan "pinjaman".
Mereka hanyut dengan nikmat yang diberikan hingga pada satu peringkat menjadi angkuh dan bangga dengan kelebihan tersebut. Nikmat itu gagal menjadikan mereka lebih tawaduk dan bertaqwa.
"Mereka langsung tidak nampak segala nikmat yang mereka peroleh itu datangnya daripada Allah. Manusia seperti ini (istidraj) tidak akan sedar nikmat itu sebenarnya tanda kebencian Allah terhadap mereka.
"Mereka juga tidak sedar bahawa segala nikmat dan kelebihan itu boleh ditarik pada bila-bila masa," katanya.
Firman Allah dalam surah Al-A'raaf ayat 182 yang bermaksud: "Dan orang yang mendustakan ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak ketahui."
Satu lagi Firman Allah iaitu dalam surah Al-An'am ayat 44 yang bermaksud: "Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan)."
Zahazan berkata, kedua-dua ayat di atas merupakan peringatan Allah kepada manusia istidraj bahawa mereka tidak akan selama-lamanya berada di puncak.
"Dalam surah Al-A'raaf ayat 182 tafsir Ibn Kathir ada menyatakan manusia istidraj akan menaiki tangga dan akhirnya sampai ke tangga paling akhir.
"Apabila berada pada kedudukan itu mereka masih mahu menaiki satu lagi anak tangga tetapi malangnya mereka akan jatuh kerana tiada lagi anak tangga selepas itu ," kata Zahazan merujuk kepada ketamakan golongan istidraj.
Dalam pada itu katanya, kecenderungan berlakunya istidraj di kalangan manusia tetap ada hinggalah ke hari ini. Mereka adalah dalam kalangan mereka yang mendapat penyakit ghurur (tipu daya).
Manusia seperti ini kata Zahazan, mudah lupa daratan dan menganggap kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat sebagai lambang kekuasaan.
"Mereka mengenepikan Allah daripada segala segi dan golongan itu melebihkan kemewahan dunia," tegasnya.
Contoh manusia istidraj ialah Firaun, Haman, Qarun, Namrud dan Abu Jahal. Kesemua mereka diberikan kelebihan, kenikmatan dan kemewahan tetapi mereka mengingkari Allah.
Akhirnya, mereka dibinasakan oleh Allah dan mati dalam keadaan yang amat hina.
Justeru beliau meminta masyarakat Islam terutama di kalangan mereka yang diberikan kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat supaya bersikap lebih tawaduk.
"Ingatlah semua pemberian tersebut adalah bersifat sementara kerana tiada apa yang kekal di dunia ini dan ingatlah Allah berkuasa menarik segala-galanya dalam sekelip mata," katanya lagi.
PENULIS ialah wartawan Utusan Malaysia