Tuesday, February 24, 2009

kEnangaN menggamIt memOri, menimbUlkaN kEinsafaN~

bismillahirahmanirrahim...
alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah...
kerana dengan limpah dan kurniaNya, aku masih lagi sihat walafiat.. masih lagi mendapat rahmatNya sehingga ke saat ini... alhamdulillah.. syukur ya ALLAH..
mOga keluargaku yang jauh di mata tetap dekat di hati juga sentiasa sihat2 walafiat..
amin ya ALLAH...

adEs~ lama rasa xupdate blog aku nEh...xsempat, tambahan pula wireless kat rumah aku 3,4 hari neh susah pulak nak dapat... alhamdulillah, hari ini baru dapat on9 balik..
dapat aku update blog aku nEh.. ^.~ akhir-akhir neh sibuk sikit.. dengan esaimennya... dengan aktivitinya..huk3..

tp, paling yang tidak dapat aku lupakan aktiviti blOk aku yang pErgi ke GOmbak pada hari ahaD lepas.. subahanallah... satu pengalaman yang menarik... yang menginsafkan aku.. yang membuatkan aku begitu merasa bersyukur dengan kehidupanku walaupun aku di uji dengan sedikit dugaan... yang sebenarnya telah membuatkan diriku menjadi lebih kuat dari sebelum ini.. lebih pasrah... lebih menerima... lebih tabah... lebih kebal... ya ALLAH.. alhamdulillah kerana Engkau telah memberikan hamba dugaan ini yang telah membuatkan hamba tidak lalai dan leka ya ALLAH... alhamdulillah.. syukur yang tidak terhingga ya ALLAH...terima kasih kerana begitu sayang akan hambaMu ini.. ^.^

ehm..
aktiviti ke POndOk penyayang raudhaH tidak aku lupakan selagi hayat dkandung badan...
insyaALLAH... aku rasa nak cerita secara terperinci aja pengalamanku pada hari tersebut... memang sangat perlu untuk berkongsi dengan sesiapa aja yang singgah atau mampir ke blOgku... ehehe.. insyaALLAH...

kami bertOlak dari kOlej Za'ba, UPSI pada pukul 8pg.. alhamdulillah.. perjalanan yang mengambil masa selama 2jam itu berjalan dengan lancar... kami sampai d pOndOk penyanyang raudhah kira2 jam 10pagi.. alhamdulillah.. perjalanan kami berjalan dengan lancar ya ALLAH... sampai2 je kat sana.. kami telah disambut oleh akh apai yang sentiasa membuatkan kami tidak kering gusi dengan lawaknya... ehehe.. tutur kata beliau pun penuh dengan unsur nasihat dan dselitkan dengan hadis dan ayat Quran.. subhanallah... Maha Suci ALLAH... dia adalah anak angkat kepada pemilik tmpat tersebut iaitu uztaz Mokhtarudin.. <---betul ke x aku eja nama nEh... ehehe

kEmudian..... bermulalah episOd yang kami nanti-nantikan... kami dikehendaki berjalan kaki masuk ke dalam sikit dalam 500m.. apabila sampai je kat situh..
subhanallah... terkagum ku sejenak... masyaALLAH.. tempatnya amat indah... bayangkan dalam kawasan yang sedikit hutan, berbukit, redup, dengan daun-daunnya yang berguguran... subhanallah.. sungguh menarik ya ALLAH! tetapi tempat tersebut sedikit daif... eh, bukan...! terlalu daif ya ALLAH... xdapat aku bayangkan anak-anak kecil yang hanya berumur beberapa bulan sudah tinggal d sini yang hanya d temani oleh ibunya, tanpa d temani oleh ayahnya... subhanallah....

begitu sebak hati ini tatkala melihat anak-anak yang menjadi penghuni d sini... dengan berpakaian yang serba kekurangan dan begitu naif sekali.. masih kecil lagi, tetapi sudah tinggal dengan rakan-rakan yang senasib tanpa kasih sayang dari ibu bapa mereka.. tp, alhamdulillah.. mereka punya abuya ( pak long a.k.a ust mokhtarudin ), akh apai dan beberapa orang lagi menjadi tempat untuk mereka mengadu dan mendapatkan kasih sayang... alhamdulillah...

untuk persembahan alu-aluan menyambut kedatangan kami, anak-anak kecil d sini telah mempersembahkan satu persembahan yang mantop dan bertenaga sekali..!terkelu aku seketika...~~ selepas itu, kami d bahagikan kepada kumpulan masing-masing untuk aktiviti dalam kumpulan... aktiviti taa'ruf antara kumpulan aku dan anak-anak kecil itu... ALLAH..... mereka sungguh naif ya ALLAH.... hampir berguguran air mataku apabila anak kecil yang paling muda dalam kumpulan kami merengek kelaparan dan d mintakan kami membelikannya aiskrim atau keropOk... ya ALLAH... kesiannya... tp, kami terpaksa mengabaikan permintaannya kerana duit pokEt masing-masing berada dalam keadaan yang meruncing.. aDEs~ aku pun dok tunggu duit ptptn masok skang... lambatnyaa... haiz~

tp, alhamdulillah.. kami dapat kenal ngan mesra lepas tuh walaupun dalam keadaan anak kecil itu yang terlampau aktif.. huhuh.. xreti dok diam.. asyik merayap je kerjanya... melihat dia, sedikit sebanyak rinduku kepada anak buahku telah berkurangan.. alhamdulillah... aktiviti kami berhenti pada pukul 1.. berhenti untuk bersiap sedia untuk menunaikan sOlat ZohOr dan makan tengah hari... makan dalam talam lagik..?? subhanallah.. aku amat suka makan dalam talam beramai-ramai... kami makan dalam 6 orang satu talam dan 2 orang adik.. kami saling suap-menyuap antara satu sama lain.. alhamdulillah.. nikmatnya makan begitu... ^.~

selepas makan, dalam pukul 3.. kami adakan pula aktiviti gotong-royOng... alhamdulillah, kami sama-sama bersatu hati, ringankan tulang membersihkan beberapa tempat yang telah dikhaskan.. alhamdulillah, aktiviti tersebut berjalan dengan lancar.. kami merancang mahu adakan pula acara sukaneka iaitu acara penghabisan dalam lawatan kami ke sana... subhanallah.. hujan telah turun dengan lebatnya..
kami teruskan juga dengan perancangan kami dengan mengadakan aktiviti tersebut d kawasan atas yang lebih tertutup dan selesa.. rasa xbetah untuk menghampakan permintaan mereka walaupun hujan turun dengan lebatnya.. sebab itulah kami mengambil keputusan untuk terus menjalankan aktiviti sukaneka tersebut.. di wajah mereka terpancar sinar bahagia.. betapa gembiranya mereka tatkala menyertai acara sukaneka tersebut.. walaupun kami penat dan mengantuk.. tetapi tatkala melihat telatah mereka telah membuatkan keletihan dan rasa mengantuk kami hilang... gembira... gembira melihat mereka begitu seronok dalam menyertai aktiviti tersebut...

selepas itu... sOlat asar.. minum petang.. dan majlis penutup.. rasa sayu je nak tinggalkan tempat tersebut... banyak yang aku belajar hari neh.. tentang rasa bersyukur dalam hidup kita.. kita ini sudah terlalu bernasib baik.. kerana hidup dalam keadaan yang serba baik dalam dunia hari ini.. kita terlalu bernasib baik kalau nak dibandingkan dengan nasib anak-anak tersebut... ya ALLAH... syukurlah.. harapanku semasa meniggalkan kawasan yang indah tersebut.. mOga mereka dapat menjalani kehidupan yang baik dan akan menjadi lebih baik apabila mereka meningkat dewasa kelak.. amin ya ALLAH.. insyaALLAH... pengalaman ke sana telah membuatkan aku merenung diriku ini yang serba kekurangan... banyak lagi yang perlu aku perbaiki dalam diri aku ini..

ilalliqa'

Thursday, February 19, 2009

~sifat romantik Rasulullah S.A.W~





Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian~. "

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa~. ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga~ kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin~ Ya Rabbal 'Alamin~^^ Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya ALLAHUAKBAR~

Tuesday, December 23, 2008

alhamdUlillah~

bismillahirrahmanirrahim...

subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar.... segala puji hanya pada Yang Maha Esa...
alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya.. aku sekeluarga masih lagi sihat walafiat dan d kurniakan rahmatNya yang tidak jemu-jemu sehingga ke hari ini... ades~ rasa fOrmal plak kalo aku taip dalam bahasa baku neh... memang kebiasaan pun aku biasa taip dalam bahasa baku.. tp, sejak akhir-akhir neh aku rasa lebih selesa menaip dalam bahasa ibundaku... ehehe.. ofcOz la, bahasa kelantan... ^.^
ehm, aku akan menaip dalam bahasa baku lorr.. ehehhe..

aku sebenarnya rindu nak coret sesuatu dalam neh, tp d sebabkan kekangan masa dan sikap kemalasan yang ada dalam diri aku yang membuatkan niat aku nak ber'blogging' seringkali saja terbantut.. eheheh.. apa nak jadi la dengan aku neh.. harap ada blog, tp malas nak update... ades~


hari neh adalah hari yang menggembirakan aku lorrr.. ehehe.. akhirnya impian aku nak sambung belajar telah tercapai.. ehehe.. alhamdulillah, syukur yang xterhingga ke hadrat ALLAH swt kerana telah memberikan aku peluang ini.. alhamdulillah... aku d tawarkan belajar dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak ( PAKK ) d Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ).. memang sejak dari aku lower 6 lagi aku mempunyai impian nak sambung belajar kat sana.. mase tuh aku dok tergila-gilakan kos sejarah dan kaunseling.. tp, untuk kali ini.. aku dapat peluang untuk sambung belajar dalam jurusan PAKK neh.. alhamdulillah.. arineh last aku kerje kat cc nEs... ya ALLAH ,betapa susahnya nak cari majikan macam bOs aku nEh.. sporting dalam segala hal.. xlOkek ilmu pulak tuh.. mOga ALLAH swt murahkan rezki dia.. amin ya ALLAH..

mase pergi temuduga arituh, sebenarnya.. its ma secOnd interview lOrr.. ^.^ aku pun xjangka yang aku bOleh g temuduga kat tanjung malim arituh... rezki.. alhamdulillah..
mmg mase temuduga tuh pun.. penemuduga tuh tanya sOalan2 yang xberkaitan langsung pasal pendidikan dana berkaitan dengan kOs yang aku apply arituh.. ehehehe..
dan nak tunggu result nEh, punyalah cuak aku... seminggu yang lepas ag aku rase xsedap duduk je... ehehe.. asyik dOk pikir pasal result nEh...

alhamdulillah, dengan berdebar-debarnya aku cek kat laman web rasmi UPSI pagi tadi..
alhamdulillah, terkaku sebentar dbuatnya.. ya ALLAH.. alhamdulillah.. alhamdulillah... alhamdulillah.... terima kasih ya ALLAH~ family aku orang 1st yang tahu berita gembira nEh.. ma aku sambut cerita nEh dengan penuh gembira dan kesyukuran.. eheheh.. lepas tuh, ade a few frenz lorr.. aku xhebOhkan mase aku apply upC neh sbb aku pun xpasti ag yang aku nEh ade rezki x kat sini... orang kata,biar benda tuh dah ada dalam genggaman kita, barulah kita hebOhkan kat orang lain.. ^.^
tuh prinsip aku... aku xmo laa aku dok heboh2 kat orang.. lepas tuh aku xdapat sambung.. kan ke aku jugak yang kecewa nanti..?? ades~ aku xmo pisang berbuah 2x.. biarlah aku jadikan peristiwa yang lalu sebagai ikhtibar buat aku.. insyaALLAH..

2hb jan neh aku da kena daftar kat sane.. maybe aku g awal2 ag.. dalam 29 atau 30hb gtuh lorr... skang dok tengah pening nak wat preparation lorr plak.. ehehhe..
nanti aku g sana.. alamatnya.. blog aku neh akan bersawang lebih lama la nampak gayanya.. huk3...

ok lorr, aku sebenanrnya ada banyak yang nak coret.. tp... mase telah mencemburui aku... insyaALLAH, kalo ada masa, aku akan update blog aku nEh...

salam wbt..
ilalliQa'.. insyaALLAH.

Thursday, December 18, 2008

Perihal Kematian dan Dua Kesibukkan::.



Ketika engkau dimasukkan ke liang kubur, merekapun melemparkan tanah padamu. Itu adalah sunnah. Apakah alasannya? Setiap jengkal tanah akan meresap jasad simati. Habil terbunuh oleh Qabil, kemudian Allah swt menunjukkan bagaimana menguburkan jasad Habil. Jika manusia tidak belajar bagaimana mengubur jasad orang mati, maka "Jika jasad orang mati tidak tertutupi oleh tanah, bau jasad itu membuat orang seisi dunia jatuh pengsan."

Tanah yang diguna untuk menguburkan jasad itu adalah rahmat dan kurniaan Allah SWT. Bila jasad tidak dikubur semua orang akan mengutuk simati karena bau busuk yang berasal dari mayatnya. Dengan kata lain, ketika kamu menguburnya, kamu juga sedang menutupi aibnya.

Salah satu asma Allah adalah Sattar, Dia Yang menutupi dosa. Dia sedang menutupi dosa simati dengan menguburinya. Jika tidak dikuburkan, maka berleluasalah org hidup menceritakan keburukan simati satu persatu. Dengan terkuburnya simati, yg tinggal hanyalah kenangan yg akhirnya hilang ditiup angin waktu yg berlalu.

Ketika kamu melihat jasad itu di lantai terlalu lama, akan datang satu bayangan jasad itu kembali hidup! Itulah ketakutan yang muncul dalam hati kamu bilamana jasad tidak dikuburkan. Jika seseorang meninggal disebuah rumah dan jasadnya disana,selama itulah ahli rumah pun merasai kesedihan dan seterusnya ketakutan. Ini kerana kematian adalah suatu gambaran yg agung yg kadangkala menakutkan. Ambang kematian pula adalah sesuatu gambaran yang menggigilkan tubuh, yang pasti kamu rasakan ketika melihat malaikat pencabut nyawa dimuka pintu.

Allah menzahirkan hal keadaan kematian itu sebagai rahmat jika kita menguburkan simati di dalam tanah. Jika jasad berada di atas tanah, kamu pasti tidak lalu untuk makan & minum saat melihat jasad tersebut, karena akan terlihat suatu yang menjijikkan. Apatah lagi jika jasad simati terbiar beberapa hari. Disebabkan gambaran yang menjijikkan itu jugalah jasad dikuburkan. Maka hilanglah rasa takut dan jijik setelah jasad simati tertanam di dasar bumi. Tapi ingatlah! Jika kamu jijik dan merasa takut padanya, tahukah kamu apa yang dirasakan oleh simati tentang hukuman Allah ? Jawabnya : “Mereka (malaikat tukang siksa) sedang menunggu ketibaanku.”

Berapa banyak jasad yang sedang ketakutan menunggu hukuman Allah dan saat dikirim malaikat Munkar & Nakir. Orang itu ditinggal sendirian, dibawah tanah, tak mampu bergerak ke kanan & ke kiri karena ada tanah di sampingnya untuk menjaga jasad agar tetap lurus.

Setiap orang akan mati, tak seorangpun ditangguhkan kematiannya.. Nabi bersabda bahwa Allah mengirim ruh kembali ke jasad tersebut. Apabila ruh dikembalikan, orang itupun duduk tegak. Lalu dahinya terhantuk batu. Setiap kali ia ingin duduk kepalanya terhantuk batu. Saat itulah baru ia menyedari, bahawa ia sudah mati dan saat itu adalah kali terakhir dia di dunia. Dia menyedari bahwa dia sedang berada diambang akhirat.

Dua malaikat datang, bertanya padanya,"Siapa Penciptamu ? Siapa pembawa RisalahNya ? Apa agamamu ? Dan apa kitab sucimu ?" Jika lidahmu membeku saat itu, maka kamu berada dalam bahaya. Jika lidahmu tidak membeku dan mampu menjawab, maka kamu akan selamat. Itulah sebab suatu masa dulu, sebahagian ulama’ sufi menyuruh murid2nya untuk menyendiri di dalam kubur, untuk mengajarkan mereka, "Suatu hari kamu akan seperti itu."

Jika kita merasakan ini dan menyedarinya, kita tak akan duduk bersenang-lenang. Kita akan sibuk mencari ruang untuk berbuat amal kebaikan. Hati tidak akan dibiarkan kosong daripada zikir, selawat dan alunan Al Quran. Sibuk memohon keampunan Tuhan sambil menanti saat kematian.

Namun, ada satu lagi kesibukkan yang membuat kita ghaafil(lalai), sibuk, tak peduli dengan hal kematian. Itulah saat kita sedang sibuk dengan pekerjaan dunia. Mengapa? Kerana tarikan dunia lebih kuat daripada tarikan akhirat. Sesuai dengan bumi yg mempunyai graviti yang tinggi. Dek kesibukan itulah hati-hati kita menjadi rabun dan seterusnya buta. Lalu membayangkan kesibukkan kita terhadap dunia itu sebagai satu kebaikan juga. Maka terdetiklah didalam hati, ”Tanpa orang yg sibuk seperti aku, dunia akan berhenti. Jika Allah tak membuatkan aku sibuk, maka semuanya pasti sepi tidak bergerak." Semoga Allah mengampuni dan menyelamatkan kita dari kesibukkan yg sebegini.

Inilah antara pati mutiara kalam dari Shaikh Hisyam Kabbani, salah seorang ulama sufi tersohor, terutama dikalangan penggemar ilmu tassawuf.

Terkadang terfikir juga, kesibukan terhadap dunia ini memang melalaikan. Namun terkadang diriku tidak dapat lari dari kesibukkan terhadap dunia, apatah lagi dalam keadaan zaman sekarang. Dalam masa yg sama, aku tahu, kesibukan inilah yg melupakan aku, melalaikan aku dalam mempersiapkan diri menghadapi kematian. Pada masa yg sama, aku tidak mahu kematianku menjadi gerbang neraka bagiku. Tapi…..Ya Allah! Tunjukkanlah aku jalan terang.

Seorang Sheikh pernah diadukan seseorang tentang masalah ini. Lalu beliau menjawab dengan satu jawapan yang ringkas, tapi amat mendalam maknanya. Maka jawab beliau, “Nasib baik lupa… boleh ingat, boleh diingati, boleh pula mengingatkan.”

Ya! Itulah! Itulah penyelesaiannya!. Sememangnya aku tidak dapat lari dari kesibukkan. Sibukku dengan makan dan minum, sibukku dengan keluarga, sibukku dengan rakan-rakan, sibukku dengan sesuatu yg aku mahukan. Tapi… hatiku boleh mengingatkan aku! Hatiku boleh menyedarkan aku! Hatiku boleh keluar dari kesibukkan dunia! Bukankah hati ini boleh sampai ke bulan, walaupun jasad ini masih berada di bumi. Bukankah hati ini boleh sampai kepada kekasih, walaupun jasad ini tidak bersama kekasih. Ya… hati ini mesti keluar, tidak perlu menyertaiku menyibuk dalam urusan dunia. Hati ini mesti sibuk dengan satu lagi kesibukkan. Kesibukkan Zikrullah!.

Dengan hati inilah, tangan manusia yang sibuk menaip di papan kunci komputer, diingatkan agar tidak menaipkan fitnah dan perkara yg bukan-bukan. Mata manusia yg sibuk meneliti sesuatu dihadapan, diingatkan agar sentiasa menjaga pandangan. Kesibukkan manusia yg terkadang melampaui waktu rehatnya, diingatkan agar tidak melampaui waktu solat. Kesibukkan seorang pemimpin dalam menguruskan urusan dan perbendaharaan negara, diingatkan agar berlaku adil dan tidak melanggar amanah. Hati bagaimanakah yg mampu memberi peringatan sedemikian. Itulah hati yg sibuk dengan ingatan kepada Allah SWT.

Namun, kematian tetap menjadi suatu yg menggusarkan jiwa. Kerana seorang pun tidak mengetahui bagaimanakah keadaan mereka ketika menghadapi saat kematian. Husnul Khatimah kah? Suu’ul Khatimah kah? Rabi`ah al`Adawiyyah sering menangis seharian sambil istighfar. Beliau berkata, "Bagaimana aku tidak beristighfar ? sedang aku tak tahu bagaimana Sayyidina Izrail akan mengambil nyawaku, dengan siksaan atau kebaikan?" Jika kamu tahu, maka semuanya lancar;

Tapi... tak seorangpun tahu !

Wallahu Waliyyutaufiq…

sumber-iluvislam.com