Tuesday, February 2, 2010

:: Contoh Buat Wanita Muslimah

www.iLuvislam.com



Sebab apa jadi sebegini? Semenjak hari-hari yang saya lalui minggu ini, saya terbaca banyak perkara dan belajar pelbagai perkara mengenai wanita. Dan hari-hari yang saya lalui di tempat saya menyambung belajar ini, saya melihat pelbagai ragam dan jenis wanita. Dan dengan itu juga, saya ingin berkongsi dengan kalian akan tajuk mengenai, 'WANITA'.

Dalam realiti dunia yang penuh dengan kemajuan hari ini, kita dapat lihat bahawa wanita-wanita juga seiring dengan kebangkitan kemajuan pada hari ini. Akan tetapi, kita dapat lihat juga segelintir dalam kalangan wanita-wanita yang menjadikan diri mereka ini sebagai fitnah yang besar, terutamanya kepada agama mereka sendiri. Rasulullah SAW bersabda;
" Berhati-hatilah kalian daripada godaan dunia, dan waspadailah terhadap wanita, sebab fitnah pertama yang menimpa Bani Israil adalah fitnah wanita" ;Riwayat Muslim.

"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." ;HR Bukhari.




Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut. Dan pada hari ini juga, kita dapat lihat wanita-wanita Islam semakin ramai antara mereka yang terhakis akhlaknya seterusnya menghilangkan identiti Muslimah sebenar daripada diri mereka.

Dengan ini, saya ingin mengajak kita semua, tidak kira kaum lelaki dan kaum wanita untuk sama-sama menyelusuri kisah kehidupan seorang wanita yang kehidupannya banyak dijadikan sebagai tulang belakang pendokong seorang lelaki. Siapakah wanita itu? Semestinya dialah Saidatina Khadijah RA. Isteri tercinta seorang lelaki, Nabi Muhammad SAW. Mengapa saya ingin bawakan kepada wanita-wanita sekalian akan kisah wanita ini? Kerana hakikatnya juga, wanita-wanita pada hari ini lebih menjadikan artis-artis sebagai idola dan pujaan hati dalam diri mereka untuk dicontohi.
"Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan."
Begitulah Rasulullah saw berkata tentang kepribadian Khadijah, isterinya. Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam.

Siti Khadijah berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas. Bukan sekali dua kali pemuka kaum Quraisy cuba untuk mempersunting dirinya. Tetapi pilihannya justeru, jatuh pada seorang pemuda yang bernama Muhammad, pemuda yang begitu mengenal harga dirinya, yang tidak tergiur oleh kekayaan dan kecantikan yang dimiliki oleh Saidatina Khadijah Khuwailid RA.

Saidatina Khadijah RA merupakan wanita pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad Rasulullah SAW melaksanakan risalah dakwah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah. Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah SAW. Adakah ramai wanita-wanita yang bergelar isteri di luar sana mencontohi sebagaimana peribadi Ummul Mukminin ini? Sanggup bersusah-payah bersama suami meskipun seorang yang kaya-raya... Dan adakah wanita-wanita di luar sana, yang bakal bergelar isteri, sudah bersedia mencontohi peribadi Ummul Mukminin ini?

Apabila ditanya tentang Siti Khadijah RA akan perpisahan Rasulullah SAW atas pemergiannya, Rasulullah SAW menjawab, "Ya! Sesungguhnya Khadijah adalah pentadbir dan suri rumah yang terbaik."

Buat wanita-wanita yang membaca dan berkongsi pandangan bersama, Apakah ada wanita lain yang dapat menyambut sedemikian baik peristiwa bersejarah yang berlaku di Gua Hira seperti yang dilakukan oleh Khadijah kepada suaminya? Apa yang dikatakan oleh Khadijah kepada suaminya pada saat menghadapi peristiwa besar itu menunjukkan betapa besarnya kepercayaan dan kasih sayang seorang isteri kepada suami yang dilandasi iman yang teguh. Sedikit pun Khadijah tidak berasa ragu-ragu atau syak di dalam hatinya. Persoalannya, dapatkah kita jika sebagai suami dan isteri berlaku demikian untuk diri dan tugas masing-masing?

Khadijah berusaha menabahkan hati suami yang ditaatinya dengan berkata, " Wahai kekanda, demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakanmu kerana sesungguhnya kekanda adalah orang yang selalu memupuk dan menjaga kekeluargaan serta sanggup memikul tanggungjawab. Dirimu dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara, sebagai tuan rumah yang menyenangkan tamu, ringan tangan dalam memberi pertolongan, sentiasa berbicara benar dan setia kepada amanah."

Sememangnya, wanita-wanita yang begitu tinggi darjatnya dalam Islam dalam lipatan sejarah suatu masa dahulu semakin dilupakan.



Kesetiaan yang mendorong kegigihan

Mari kita teliti, fahami serta hayati beberapa gambaran kesetiaan Khadijah yang telah membina kekuatan pada diri dan kehidupan penegak risalah Islam itu. Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW, Khadijah begitu setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah SAW agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan baginda. Sekiranya baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga baginda pulang.

Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama dan membantu baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.

Kecintaan Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya yang jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat tentang keesaan Allah SWT. Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah SWT. Allah Maha Adil dalam memberi rahmat-Nya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan. Firman Allah yang bermaksud:
"Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan." (An-Nahl: 97)

Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah SAW, malah membawa barakah yang besar kepada rumah tangga mereka berdua. Anak-anak yang lahir juga adalah anak-anak yang soleh. Keturunan zuriat ahlul-bait Rasulullah SAW merupakan insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah SWT. Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.



Wahai lelaki, wanita bagaimanakah yang kamu hajatkan sebagai pasangan hidup, tulang belakang (pendokong) hidupmu dan pembimbing anak-anakmu?

Wahai wanita, suami yang bagaimanakah peribadinya yang kamu inginkan sebagai ketua,pembimbing dirimu dan keluargamu?

Wahai ummah, wanita yang bagaimanakah kita lihat pada hari ini, yang bagaimana kita cari, dan yang bagaimanakah kita puja dan puji?

Moga-moga renungan ini sedikit sebanyak membuka mata buat kaum Hawa dan kaum Adam yang membacanya. Agar sebagai persediaan buat hari-hari seterusnya.

Monday, February 1, 2010

:: MAHASISWA PENDIDIK! ^_^

bismillahirrahmanirrahim...

alhmdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya diri ini masih lagi sihat walafiat , teguh berdiri di sini ya ALLAH.. alhmdulillah, keluarga yang tersayang di kampung juga sihat walafiat selepas diri ini menelefon bertanya khabar mereka semalam.. alhmdulillah3x~ syukran ya ALLAH kerana terus meberi hamba, keluarga hamba dan teman-teman hamba merasai nikmatMu yang luas ya ALLAH..
sudah lama diri ini tidak meng'update' blog usang ini.. bukan kerana malas pula pada kali ini.. tapi, diri ini telah dihujani dengan tugasan-tugasan yang banyak.. biasalah.. sem ini adalah yang paling sibuk bagi diri ini.. kerana diri ini telah mengambil minor atau subjek tumpuan pada sem ini yang telah mbuatkan diri ini menjadi sibuk sedikit.. moga ALLAH swt memberi kemudahan kepada diri ini dalam menempuh kehidupan-kehidupan yang dilalui d sini ya ALLAH.. amin ~

entri pada kali ini akan ditaip serba ringkas dan padat je insyaALLAH.. hee~ saje diri ini mahu masukkan news yang terbaru yang berlaku di sini semenjak dua menjak neh.. apa ya yang berlaku..?? minggu lepas alhamdulillah Pilihan Raya Kampus [PRK] untuk memilih kpimpinan Majlis Perwakilan Pelajar [MPP] sesi 2009/2010 telah diadakan dengan jayanya di sini insyaALLAH.. gelombang kuning bersama Mahasiswa Pendidik telah menular di sini ke atas mahasiswa-mahasiswa yang mahukan perubahan-perubahan yang akan mencetuskan revolusi dan transformasi d sini pada masa akan mendatang insyaALLAH.. ! alhamdulillah, Mahasiswa Pendidik telah menghantar 7 orang calon semuanya dan 6 orang calon telah berjaya memenangi kerusi masing-masing.. tahniah dan takziah diucapkan kepada Mahasiswa Pendidik kerana telah memenangi hampir separuh dari kerusi yang telah dipertandingkan... ^^v moga antum wa antunna tabah dan kuat dalam menjalankan tugas dan misi kalian dalam menegakkan kebajikan pelajar-pelajar UPSI insyaALLAH ! majulah Mahasiswa Pendidik untuk mahasiswa ! pada pagi semalam telah diadakan riadah " Sihat Bersama Mahasiswa Pendidik " yang telah berlangsung di Kolej Harun Aminur Rasyid [KHAR] .. walaupun tidak ramai yang dapat menghadirkan diri kerana ada komitmen-komitmen lain tetapi tidak mencacatkan suasana yang meriah di sana.. alhamdulillah, aktiviti telah berjalan dengan lancar .. ^_^ di sini , diri ini akan masukkan beberapa gambar yang telah berjaya dirakamkan semalam.. alhamdulillah !.. sehingga berjumpa lagi insyaALLAH.. ilalliQa' ^^

" bangkitlah pejuang bangkitlah
rapatkan barisan rapatkan..
meneruskan langkah perjuangan..
suara dan harapan mahasiswa..

kobarkan dirimu kobarkan...
kentalkan jiwamu kentalkan..
tak kan pernah usai pertarungan..
hingga tertegak kebenaran..

renyahkan rasa takut dan gentar..
robohkan segala kebatilan..
perjuangan harapan bersama..
untukmu varsiti tercinta.. "




:: jumlah keseluruhan mahasiswa yang telah hadir untuk memeriahkan lagi aktiviti yang berlangung pada pagi semalam.. ^^v







:: muslimat .. ! ^^

Saturday, January 23, 2010

:: di sebalik AJL 24 ~

04 Safar 1431H
Email : ameer ..
http://idhamlim.blogspot.com

Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;







Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?





Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?








Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..

3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.





Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video di youtube apa itu lady in red.
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.

Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.





Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.











* ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.
Dan apa pula ini?



Apa persamaannya?



Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah



Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.

Monday, January 11, 2010

:: Jerat Hedonis Sudah Mengena Kebodohan~



Berulang kali kita katakan bahawa tidak salah menjadi bodoh, yang salah adalah tiada usaha membaiki kebodohan. Tapi ramai orang menganggap kebodohan juga satu hal dari hal kepandaian. "Jangan kata orang bodoh," kata mereka. Mereka menganggap kebodohan itu suatu SENI dan suatu REALITI.

Kebodohan Suatu Seni

Apabila Faisal Tehrani menegur akan Filem Gubra yang ada peluk gomol yang tak sepatutnya diperlakukan oleh seorang penulis skrip muslim, seorang pengarah muslim, oleh beberapa pelakon muslim, ramai penyokong islami datang mengutuk keras filem itu. Sebenarnya apa yang kita kutuk bukan kebodohan-kebodohan yang ada pada setiap diri muslim-muslim itu tadi. Mengapa? Sebab kalau nak dikira kebodohan, siapa yang tiada kebodohan? Saya sendiri akui diri saya sendiri ada kebodohan. Kalau saya tiada kebodohan, maka saya tak perlukan pada usaha menuntut ilmu, saya tak perlukan kepada para alim, saya tak perlukan sesiapa kerana saya sempurna, saya pandai segala.

Maka kita semua akui diri kita ada kebodohan yang perlu diperbaiki, dan ada ilmu yang tak rugi ditambah dan diperkasakan lagi. Nah, bukankah ilmu Allah itu luas hingga yang ada pada kita ini hanya laksana setitik air dari seluruh lautan dunia. Hal itu kita sepakati. Tapi orang yang anggap dirinya tak bodoh itu memang bodoh, dia itu kita tolak tepi kerana orang bodoh sombong tak ada tempat dalam perjalanan ini. Jadi yang kita perangi itu apa?

Kita perangi hal-hal bodoh yang dirai dan dianggap suatu seni malah suatu hal yang diagung dan dipuja dipuji. Hal ini berlaku dalam industri hiburan kita. Kita sudah berulang kali berkata, tiada pandainya seorang gadis membuka auratnya menari, terkinja-kinja, terkangkang, tertonggek untuk mendapat "feel" lagu, kita sudah maklumkan hal itu bodoh, tapi mereka tak mahu dengar. Kita sudah kata filem atau drama yang nak bergomol, nak berpegang, nak terdedah-dedah itu satu kebodohan, mereka tak mahu dengar juga. Orang yang berkata, "bagaimana kamu nak menyampaikan kejahilan tanpa menunjukkan contoh kejahilan?" adalah jahil sungguh kata-katanya. Orang seni islami yang tak dapat nak hasilkan sebuah persembahan muzik yang mengikut aturan syarak, lakonan filem dan drama yang mengikut aturan syarak, berprogram TV yang tak ikut aturan syarak, tidakkah perlukan ilmu syarak untuk memandu mereka?

Nah, kita ada pula penasihat syarak untuk menghasilkan produksi dakwah , tapi masih tak ikut aturan syarak. Sekarang kita kata mereka melakukan hal yang bodoh, mereka juga tak mahu dengar. Apa cerita? Ini orang senikah orang bodoh seni? Apa itu seni?

Seni bermaksud halus, tak nampak jelas, samar-samar,kecil, cenonet, mikro-nano, dan sebagainya. Yang kau orang nak tunjuk betapa besar kebodohan itu apa hal pulanya? Dah nama pun seni, halus, mesej juga boleh disampaikan tanpa perlu tunjuk betul-betul kepala syaitan nafsu najis kau orang itu. Orang dah bagitahu banyak kali, tak dengar juga, degil namanya, bukan marah, tapi nak bertegas sikit supaya cairlah nanti kebebalan otak-otak seni itu. Kita boleh cakap baik-baik, bukan?

Nak tegur kebodohan orang biar tegur baik-baik. Jangan berterang-terang, jangan sampai pecah hati orang, jangan sampai terhiris terluka orang, mereka mungkin belum menerima hidayah, maka perlahan-lahan sedikit intonasi itu. Nah, bab itu kau faham pula, bab kebebalan nak sampaikan mesej "jangan jadi jahil" dengan melakonkan aksi jahil yang jelas haram hukum perilakunya mana ada satu ulama pun yang kata boleh.

Nak tunjuk orang kena rogol, maka kena lakonkan aksi telanjang, jilat menjilat lelaki dan perempuan yang bukan mahram tapi islam adalah haram hukumnya. Mana boleh kita kompromi. Nak tunjuk perempuan yang belum dapat hidayah yang terbuka aurat kena melakonkan aksi terbuka aurat dan berpegang tangan watak ayah dan anak perempuan, ibu dan anak lelaki yang sebenarnya bukan mahram, adalah haram hukumnya.

Mana boleh kita kompromi. Kalau kau kata boleh kompromi, adakah kau sanggup buka tudung isterimu dan tayang depan khalayak dan layar perak kerana isterimu perlu melakonkan watak perempuan tak dapat hidayah, adakah kau boleh kompromi? Kau sanggup terima saham api neraka dari setiap ulas rambut isterimu yang ditayangkan itu? Kau sanggup biarkan isterimu dipegang, dipeluk oleh pelakon lelaki untuk melakonkan aksi kemesraan kekeluargaan ukhuwwah fillah? Boleh kompromi? Bagaimana jika isterimu terpaksa berlakon aksi ditindih lelaki untuk menjayakan adegan dirogol sang lelaki bangsat? Baju isterimu dikoyak, diraba seluruh badannya, digomol dicium, ah itukan semuanya adalah cabul kebangsatan yang telah diakui oleh alam sejagat seluruh dunia seisi alamraya ini? Kalau kau tak mahu isterimu, ibumu, adik perempuanmu, kakakmu, anak perempuanmu diperlakukan begitu, mengapa kau sanggup biarkan pelakon muslimat kita menjadi begitu dengan alasan seni?

Kebodohan Suatu Realiti

Kalau betul mereka bukan mahu baiki masyarakat atas simptom kebodohan dengan paksa masyarakat menutup aurat segala, tapi mahu baiki punca simptom kebodohan itu terjadi, maka mesej apa yang patut kalian tonjol dalam hasil seni kalian?

Mesej iman.

Alhamdulillah. Nak tonjol mesej iman dengan biar pelakon melakonkan watak tak beriman? Nak suruh pelakon buka aurat, kena rogol, terkinja, peluk gomol segala atas mesej iman? Itu kau saja fikir begitu, mesej iman boleh disampaikan tanpa melakukan perkara yang melanggar syarak. Marilah bagitahu kau satu rahsia. Kau pernah tengok cerita Star Wars?

Oh, kau tahu filem itu mendapat sambutan, tapi kau tahu tak pelakon cerita itu banyak makhluk asing. Tapi kenapa penonton tak kisah melihat makhluk asing beraksi tapi hanya mahu melihat jalan cerita dan mesejnya saja? Kau tak pernah berfikirkah?

Tak, bingung itu biasa, memang kita pun bingung, tapi bengong itu satu hal yang kau harus waspada. Filem atau drama islami boleh menonjolkan 100% isi islam dan iman, tanpa perlu menukar pelakon islami menjadi kuffar. Kalian boleh menonjolkan 100% pelakon wanita bertudung menutup aurat kemas dan tak akan biarkan kamera anda mengambil satu haram aurat mereka untuk dicabul. Kau kata nanti tak jadi realiti, jadi fantasi sebab mana ada semua wanita islam Malaysia bertudung menutup aurat kemas, habis alien Star Wars itu fantasi pun orang boleh terima , apa kena dengan perempuan bertudung 100% pula?

Yang pentingkan jalan cerita dan mesejnya saja? Atau kau juga penting rambut dan buah dada untuk ditayang sebagai seni? Sebenarnya bukan suatu tanggungjawab kau menonjolkan kejahilan dan kebatilan sebagai realiti atas nama dakwah, tapi atas nama dakwah adalah satu tanggungjawab kau menonjolkan keislaman, keimanan dan ketaqwaan sebagai suatu yang perlu direalitikan. Begitu jugalah halnya dengan persembahan konsert, teater, atau apa saja acara persembahan pentas, pentas lakonan, pentas filem drama, semuanya merupakan pentas dunia yang tidak boleh lari dari penglihatan Allah dan penilaian Allah sebagai hisab di hari kemudian. Kau jangan ingat kau boleh lari. Adalah menjadi suatu ketegasan untuk kita bersama menghapuskan para hedonis ini.

Walaubagaimanapun penulis tidak pula mahu mempromosikan kaedah kejam,maka penulis menyarankan golongan artis ini diberikan dakwah yang berkesan supaya mereka kembali ke pangkal jalan sebelum dipersisihkan mereka. Jika mereka berdegil untuk terus menjadi sekular,maka marilah kita tunjukkan kepada mereka bahawa SEKULARISME ARTIS adalah suatu yang tidak diperlukan oleh masyarakat Malaysia untuk membangunkan modal insan.

Oleh itu, sebarang aktiviti seni dan program hiburan mestilah diangkat artis yang membawa mesej-mesej mencari Redha Allah iaitu penumpuan kepada cita-cita seluruh umat islam yang mahu mendapatkan keredhaan Allah. REDHA ALLAH CENTRIC mestilah dipertontonkan secara terang,jelas dan gah di dalam setiap media hiburan seperti majalah,stesen televisyen,dan radio dan bukannya GAMBAR-GAMBAR GLAMOR ARTIS yang hanya menyuburkan kekuatan pengaruh sekular mereka. Oleh itu masyarakat mestilah memulau artis-artis yang berdegil,dan menyeru kepada makruf buat artis-artis yang mahu pulang ke pangkal jalan,serta SOKONGLAH ARTIS yang BAWA mesej-mesej yang dapat membangunkan modal insan semata-mata.

sumber-www.iluvislam.com